Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Seperti pasangan curang” – NetEase hentam Blizzard & tidak lagi edarkan WoW, Overwatch, Diablo di China

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 18, 2023
in Artikel, Berita, Industri, PC
0 0
0
“Seperti pasangan curang” – NetEase hentam Blizzard & tidak lagi edarkan WoW, Overwatch, Diablo di China
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menerima komen yang tidak positif oleh syarikat Blizzard, NetEase akhirnya “hentam” syarikat gaming itu semula dan menuduh rakan kongsi lamanya yang bersikap “sangat kasar dan kurang ajar” semasa berunding tentang pengedaran game Blizzard di China.

Kisahnya begini:

Blizzard berkata bahawa NetEase telah menolak tawarannya untuk melanjutkan perjanjian pelesenan selama enam bulan sementara mereka mengubal syarat-syarat baharu. Perjanjian pelesenan ini adalah untuk bantu mengedarkan game buatan Blizzard seperti Diablo, Warcraft, Overwatch dan banyak lagi di negara China.

Tidak lama selepas itu, NetEase memberi respon dan menyamakan keadaan seperti:

“Pasangan lama yang curang atau tidak boleh membuat keputusan. “Ia seolah-olah seperti mereka menunggang keldai sambil mencari kuda, minta cerai walaupun sudah lama dengan pasangan yang sama.”

“Cadangan Blizzard, termasuk kenyataannya hari ini, amat kasar, tidak sesuai dan tidak selaras dengan logik perniagaan. Ia tidak pernah mempertimbangkan kepentingan pemain dan NetEase.

kata NetEase di halaman WeChat rasmi mereka.

Ini agak mengejutkan memandangkan Blizzard dan NetEase sudah menjadi rakan kongsi selama 14 tahun di mana hubungan ini membantu NetEase menjadi pengedar game kedua terbesar di China (selepas Tencent Holdings Ltd), dan turut menawarkan jalan untuk Blizzard menembus ke salah satu pasaran gaming terbesar di Asia.

Malangnya, perbincangan untuk melanjutkan perjanjian pelesenan baharu tidak berjaya dan perbincangan ditamatkan pada lewat tahun lalu. Jadi apakah sebabnya perbincangan ini tidak mencapai kata sepakat?

Selain daripada segi kewangan, antara isu-isu utama yang sering dibangkitkan termasuk pemilikan harta intelek dan kawalan ke atas data berjuta-juta pemain di seluruh China, menurut laporan oleh Bloomberg. Itu sahaja yang diketahui mengikut sumber sahih.

Jika NetEase dan Blizzard benar-benar putus perkongsian, ini bermakna segala game Blizzard akan dibuang dari China pada 23 Januari seperti World Of Warcraft, Overwatch, Hearthstone, Diablo 3, Heroes of the Storm, StarCraft dan banyak lagi.

Blizzard berjanji untuk membenarkan pemain World of Warcraft di China menyimpan “save data/progress” mereka melalui servis baharu, tetapi NetEase memberi amaran dan tidak dapat menjamin keselamatan servis tersebut, yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan data.


Apa pendapat anda tentang kes ini? Jom kongsi dengan saya di ruang komen!

Tags: Blizzardindustrinetease
Previous Post

Kenapa Anime Attack On Titan Final Season Part 3 Dibahagikan Kepada Dua? Ini Jawapan Oleh MAPPA!

Next Post

Penulis DC pertahankan cerita “Joker mengandung”, sokong LGBT!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl
Berita

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

August 26, 2026
Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming
Berita

Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming

August 26, 2026
Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan
Berita

Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan

August 26, 2026
Next Post
Penulis DC pertahankan cerita “Joker mengandung”, sokong LGBT!

Penulis DC pertahankan cerita "Joker mengandung", sokong LGBT!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd