gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime Komik

Penulis DC pertahankan cerita “Joker mengandung”, sokong LGBT!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 18, 2023
in Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Penulis DC pertahankan cerita “Joker mengandung”, sokong LGBT!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendapat respon yang tidak baik daripada pelbagai media, pencipta buku komik, Matthew Rosenberg menjelaskan kisah “Joker mengandung” yang dihasilkan olehnya dalam surat berita Substacknya. Rosenberg, penulis untuk komik The Joker: The Man Who Stopped Laughing dari DC Comics telah mempertahankan ceritanya dan pernah menderma untuk organisasi hak transgender.

Penulis tersebut membuat posting surat beritanya yang sentiasa dikemas kini pada 16 Januari lalu. Rosenberg menghabiskan masanya untuk menjelaskan tentang respon media terhadap karya yang dihasilkan olehnya serta Francesco Francavilla dan Tom Napolitano dalam The Joker: The Man Who Stopped Laughing #4. Rosenberg berkata:

“Kami ingin memberi penghormatan kepada perkara lama yang menyeronokkan dalam sejarah DC di mana Batman menjadi 2 Dimensi, atau Superman mengubah dirinya menjadi singa, atau pokok, atau semut, atau Jimmy Olsen berkahwin dengan gorila, atau Louis Lane bertukar menjadi hitam.

Tidak, bukan itu. Kami ingin memberi penghormatan kepada yang lain, tetapi melalui lensa mimpi Joker sendiri. Jadi ia akan menjadi lebih ganas, sedikit gelap, tetapi kebanyakannya masih tetap menyeronokkan. […]

Kisah Joker mengandung bukan alegori, metafora atau ulasan sosial. Ia adalah jenaka. Saya akan katakan, jadi ini tidak dianggap macam mengubah pendapat, saya percaya hak Trans[gender] juga adalah Hak Asasi Manusia.

Saya telah mengumpul dana dan menderma beberapa kali kepada organisasi seperti TRANS LIFELINE, THE NATIONAL CENTRE FOR TRANS EQUALITY dan THE TREVOR PROJECT yang melakukan kerja luar biasa untuk mempomosikan hak trans dan melindungi kehidupan trans. […] Dengan itu, ia tidak ada kena mengena dengan cerita ini. Ia hanyalah cerita mengenai keracunan makanan ajaib.”

Matthew Rosenberg melalui Substack

Menurut Rosenberg, kisah Joker mengandung hanyalah “kisah gag bodoh”

Kisah yang dipersoalkan adalah sama tidak serius seperti yang Rosenberg mahukan. Dia menceritakan bagaimana kisah ini boleh berlaku. Sebenarnya Joker telah menelan lumpur dan kemudiannya disihir oleh Zatanna. Seperti dalam setiap isu, salah seorang pengikutnya selalu mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal dan berkata mungkin dia (Joker) mengandung. Joker terus menyuruh orang bawahannya mencari penjahat yang bernama Doctor Phosphorous untuk memeriksanya.

Doktor tersebut melihat kelangkangnya dan berkata, “Saya tidak tahu di mana bayi ini akan keluar.” Pada ketika itu, Joker terus memuntahkan lumpur yang ditelannya dan terus dikatakan sudah tidak mengandung lagi. Lumpur itu ternyata merupakan salah seorang penjahat yang bernama Clayface, yang kemudiannya berubah menjadi Joker versi budak-budak.

Cerita ini berakhir begitu sahaja, seperti kebanyakan kisah gag bodoh yang lain. Namun, anda jangan risau kerana cerita ini adalah non-canon. Jadi sedia maklum, kejadian ini tidak berlaku di dunia utama DC, dan berasal daripada realiti alternatif.


Jadi, apa pendapat anda tentang perkara ini? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Pelik juga kalau tiba-tiba Joker boleh mengandung.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Joker, sila tekan pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: batmandcDC Comicsjoker
Previous Post

“Seperti pasangan curang” – NetEase hentam Blizzard & tidak lagi edarkan WoW, Overwatch, Diablo di China

Next Post

Miss Minute bagi teaser Phase 5 MCU termasuk Secret Invasion & Guardian of the Galaxy Vol. 3!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

HYENAS – Hero-Ki diumumkan, muncul dengan reka bentuk Sonic the Hedgehog!
Berita

HYENAS – Hero-Ki diumumkan, muncul dengan reka bentuk Sonic the Hedgehog!

March 24, 2023
Ketahui Perkembangan Pasaran VR Bersama Paul Brady Pengasas Bersama Resolution Games! [GDC 2023]
Temuramah

Ketahui Perkembangan Pasaran VR Bersama Paul Brady Pengasas Bersama Resolution Games! [GDC 2023]

March 24, 2023
“Peranan PICO dalam mempromosikan VR” – Interview Peter Li, Ketua PICO Studios [GDC 2023]
Temuramah

“Peranan PICO dalam mempromosikan VR” – Interview Peter Li, Ketua PICO Studios [GDC 2023]

March 24, 2023
Next Post
Miss Minute bagi teaser Phase 5 MCU termasuk Secret Invasion & Guardian of the Galaxy Vol. 3!

Miss Minute bagi teaser Phase 5 MCU termasuk Secret Invasion & Guardian of the Galaxy Vol. 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

by Razin Syafiq
March 23, 2023
0

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi...

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

by Maira
March 23, 2023
0

Pertarungan antara Hero dan Villain masih belum tamat dengan All For One sedang melengkapkan badannya dengan Shigaraki. Orang ramai pula...

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Banyak betul pengumuman anime baharu untuk bulan ini. Belum masuk lagi pengumuman semasa acara Anime Japan 2023 pada hujung minggu...

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In