Cuba korang bayangkan ketika bermain ‘Overwatch’, korang tutup mic dan speaker korang. Pastikan tiada sebarang suara yang akan membantu korang lansung. Dari segi berkomunikasi dengan skuad korang, korang tidak boleh mendengar sebarang petunjuk bahawa musuh mendekati korang, tiada suara ‘McCree‘ menjerit untuk amaran dan semua yang perlukan pendengaran korang. Jadi sekarang korang bayang kan pula bagaimana seorang yang kurang upaya masalah pendengaran bermain permaianan ini tanpa sebarang bunyi dan kini menjadi antara 500 pemain ‘Overwatch‘ yang terhebat di dunia.
Cerita berinspirasi ini telah terjadi kepada seorang Twitch streamer ‘Overwatch‘ IGN nya Maxim76_OW. Walaupun dia seorang orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran, untuk kali pertamanya dia berjaya memecah rekod Top 500 permainan tersebut. Mempunyai penarafan kemahiran (Skill Rating) sekitar 4,000, Maxim berjaya menaikkan ratingnya di ‘leaderboards‘ ‘Overwatch‘.
Maxim dengan perasaan yang sangat beremosi telah menyiarkan momen tersebut pada 7 April lalu. Sejak dari itu, video klipnya itu telah mencapai tontonan sehingga 55,000 paparan. Dari situ, Maxim mendapat sokongan yang luar biasa dari komuniti dalam talian terutamanya di laman web Reddit. Tidak henti-henti orang yang memberi semangat kepadanya dengan memberitahunya bahawa ini sangat berinspirasi kepada kami dan sesuatu yang sangat luarbiasa.
Ini antara respon komuniti di dalam Reddit;
“This is really inspiring to me,” ;
“If you asked me before I saw this I’d say it is impossible. Good for you dude.” ;
“Not only is communication and listening a big part of team play, it also really helps to hear ultimates (voice lines) among other things,” ;
“Impressive stuff.” –Reddit
Semoga kisah kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada para pemain untuk berusaha mencapai potensi penuh tidak kira apa cabaran yang korang akan hadapi.
@gamersantaimy
Discussion about this post