Ada seorang Twitter user yang bernama @farhanailiasa yang telah memuatkan naik gambarnya ke dalam Twitternya yang menunjukkan Adiknya iaitu irfan yang berusia 12 Tahun yang beli PS4 dengan duit simpanan dia sendiri iaitu RM600 dalam bentuk RM1, gigihnya adik Irfan ni sanggup kumpul demi PS4 dan kami memang bangga dengan Irfan yang kumpul duit dengan cara yang bijak iaitu buat bisnes.
My 12 years old brother bought ps4 today using his savings. And they’re all RM1 notes 😂 pic.twitter.com/jVavJKYHQ5
— ana ◟̽◞̽ (@farhanailiasa) December 15, 2018
Bisnes apa? Well, Adik Irfan yang seorang comic book collector dan dia bagi kawan-kawan dia pinjam bukunya dengan hanya RM1 ringgit sahaja dengan buku komik Gempak Starz Komik M dan banyak lagi. Adik Irfan bermula kutip duit dari situ.
Just to let uguys know, my brother ni comics collector. So dia buat bisnes servis pinjam komik dkt kwn2 dia. Dari situ lah dia kumpul duit😂😂
— ana ◟̽◞̽ (@farhanailiasa) December 16, 2018
Walaupun masih kecil, Irfan dah pandai menabung dan simpan dengan azam yang tinggi iaitu beli PS4 dengan hasil sendiri, walaupun begitu Adik Irfan tidak selesai lagi menabung kerana kakaknya berkata dia menabung untuk game baru, Kami disini beri penghormatan kepada Adik Irfan yang berikan dedikasi yang kami boleh gelarkan Irfan ni Gamer sebenar. Kami Tabik!
@gamersantaimy
Discussion about this post