Ketika semua bersiap untuk acara anugerah paling besar pada bulan Disember, The Game Awards telah mengumumkan siaran langsung khas untuk mendedahkan calon-calon bagi The Game Awards 2020. Siaran langsung ini akan diadakan di laman web The Game Awards pada 18 November, 9AM PT (19 November, 1AM GMT untuk rakyat Malaysia). Walaupun senarai calon masih belum diumumkan, itu tidak menghalang peminat daripada membuat spekulasi sendiri dalam posting Twitter di bawah.
Next week, the moment you've been waiting for:
The nominees for #TheGameAwards will be announced.
Tune in live on Wednesday, November 18 at Noon ET / 9 am PT at https://t.co/i3gkmHsM49 pic.twitter.com/0UaCtyeLzJ
— The Game Awards (@thegameawards) November 11, 2020
Kedua-dua The Last of Us Part II dan Animal Crossing: New Horizons sering disebut dalam ruang komen, kerana populariti mereka semasa pandemik COVID-19 dan strategi pemasaran yang menggambarkannya sebagai karya hebat. Rakan kongsi kami, GamerBraves, juga telah dipilih untuk menjadi salah satu juri bagi acara anugerah akan datang, jadi saya pun tidak akan memberi info lanjut tentang senarai permainan video yang dicalon.
The Game Awards adalah acara anugerah berprestij yang dihoskan oleh Geoff Keighley. Walaupun memiliki hubungan yang kuat dalam industri, mereka tidak malu untuk menegakkan keadilan. Sebagai contoh, mereka memberi pendapat tentang Konami selepas membuang Hideo Kojima. Selain daripada mengumumkan anugerah, ia juga mempunyai pelbagai persembahan muzik, seperti Mick Gordon yang mempersembahkan medley DOOM 2016 secara langsung di atas pentas.
#TheGameAwards memories. What's your favorite moment from a past show? pic.twitter.com/mEkYtMFfPh
— The Game Awards (@thegameawards) October 31, 2020
Itu sahaja buat masa ini. Jumpa anda semua di siaran langsung The Game Awards 2020 akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post