Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas Kejayaan Di PC & PS5, Where Winds Meet Bakal Menuju Ke Platform Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, RPG
0 0
0
Selepas Kejayaan Di PC & PS5, Where Winds Meet Bakal Menuju Ke Platform Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pelancaran global yang berjaya di PlayStation 5 dan PC, RPG aksi open world free-to-play oleh Everstone Studio, “Where Winds Meet,” bakal dilancarkan pada peranti mobile (iOS dan Android) pada 12 Disember.

Pelancaran versi mobile ini akan disepadukan sepenuhnya dengan platform sedia ada, menawarkan ciri cross-play dan shared progress sepenuhnya.

Sejak penampilan sulungnya di platform global pada 14 November, epik yang diinspirasikan daripada genre Wuxia ini telah menawan khalayak yang besar, menarik lebih dua juta pemain dalam tempoh 24 jam pertamanya dan melonjak kepada sembilan juta pemain dalam masa dua minggu sahaja.

Game ini juga telah mencatatkan puncak pemain serentak yang tinggi iaitu lebih 251,000 di Steam, di mana ia kini memegang penarafan “Very Positive”.

Berlatarkan zaman Five Dynasties dan Ten Kingdoms yang penuh bergolak di China pada abad kesepuluh, “Where Winds Meet” menempatkan pemain sebagai seorang pendekar pedang muda dalam pengembaraan untuk membongkar identiti diri di tengah-tengah kemelut politik dan misteri purba.

Game ini menawarkan dunia terbuka yang luas merangkumi lebih 20 wilayah yang berbeza, dipenuhi dengan bandar-bandar yang sibuk, kuil-kuil tersembunyi, dan ribuan tempat menarik.

Para pemain telah memuji game ini kerana sistem combat gaya Wuxia menarik, yang membolehkan gabungan serangan jarak dekat dengan senjata klasik seperti pedang dan lembing, pertempuran busur jarak jauh, dan seni mempertahankan diri mistik seperti Taichi.

Kebebasan memilih adalah inti utama pengalaman permainan ini, membolehkan pemain menentukan haluan mereka sendiri sebagai seorang wira atau penjahat, di mana setiap tindakan memberi kesan langsung kepada reputasi mereka di dalam dunia tersebut.

“Where Winds Meet” menyediakan naratif singleplayer yang kaya dengan lebih 150 jam permainan, yang juga boleh dialami bersama sehingga empat rakan dalam mod co-op.

Bagi mereka yang mencari interaksi skala yang lebih besar, permainan ini menampilkan sistem Guild dengan pelbagai aktiviti daripada perang yang sengit sehinggalah ke cabaran dungeon dan raid multiplayer yang epik.

Prapendaftaran untuk Where Winds Meet versi mobile kini boleh didapati di App Store dan Google Play.

Tags: Where Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

HomeBois BSE Pertahan Takhta Dunia, Sapu Bersih KIC 2025!

Next Post

Godzilla Kembali Dengan Anime Baharu, Menampilkan Protagonis Unik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Godzilla Kembali Dengan Anime Baharu, Menampilkan Protagonis Unik

Godzilla Kembali Dengan Anime Baharu, Menampilkan Protagonis Unik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd