Sony baru saja mengakhiri acara PlayStation 5 Showcase dengan satu pengumuman besar! Setelah mendedahkan harga dan tarikh pelancaran PlayStation 5, Sony secara rasmi mengesahkan bahawa sekuel God of War baru akan hadir ke PS5 pada tahun 2021, dengan Santa Monica sekali lagi sebagai pemaju permainan.
Teaser di bawah untuk God of War baru sangat ringkas, dan menunjukkan simbol francais tanpa apa-apa maklumat besar. Namun, ia menunjukkan mesej: “Ragnarok is coming“. Walaupun teaser God of War ini telah mengesahkan bahawa permainan akan datang pada tahun 2021 untuk PlayStation 5, jalan cerita pada permainan pertama dapat memberikan idea yang baik kepada jalan cerita akan datang.
God of War (2018) mempunyai penamat rahsia di mana ia menunjukkan bahawa Thor, yang merupakan anak Odin dan God of Thunder, akan menjadi antagonis utama dalam permainan baru. Ada kemungkinan lain juga menyatakan bawaha Kratos akan berhadapan dengan Odin juga, tetapi saya rasa Santa Monica akan menyimpan konsep itu untuk permainan kemudian dalam siri God of War. Sebenarnya banyak arah berbeza yang boleh digunakan oleh francais, dan ia pasti menarik untuk melihat apa yang berlaku.
Dengan pendedahan God of War akan datang pada tahun 2021, nampaknya Sony sudah menyediakan barisan permainan video yang hebat-hebat belaka. Selain God of War, permainan video besar lain seperti Spider-Man: Miles Morales, Resident Evil 8 dan Hogwarts Legacy juga diumumkan. Lebih banyak maklumat mengenai God of War untuk PS5 akan datang pada tahun depan. Pastikan anda mengikuti acara Sony State of Play seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post