Pencipta Cyberpunk 2077 CD Projekt RED nampaknya sedang mengusahakan sekuel kepada game Cyberpunk yang dirujuk sebagai “Project Orion”!
Projek Cyberpunk baharu ini datang melalui pengumuman mengejut daripada acara pelabur CD Projekt di mana mereka cukup-cukup berkongsi maklumat penting untuk mengesahkan kewujudan projek dan dirujuk sebagai sekuel rasmi kepada game pertama. Sudah belajar daripada kesilapan, projek ini tidak akan diuruskan oleh studio lain di mana CD Projekt Red sebagai pencipta akan bertanggungjawab sepenuhnya.
Maklumat ini asalnya datang daripada akaun Twitter CD Projekt yang memuat naik slide daripada pembentangan mengenai Projek Orion. Seperti saya kata tadi, slide ini pun tidak mengandungi maklumat yang banyak dan hanya sebuah pengesahan tentang kewujudan projek.
“Orion ialah nama kod untuk permainan Cyberpunk kami yang seterusnya, yang akan membawa francais Cyberpunk lebih jauh sambil terus memanfaatkan potensi daripada alam masa depan yang gelap ini.”
Malangnya, mereka juga tidak mengumumkan bila atau di platform mana game ini akan dikeluarkan.

Baru-baru ini, Cyberpunk 2077 menemui kejayaan besar berkat Cyberpunk: Edgerunners, siri anime baharu yang mula muncul di Netflix pada minggu lepas.
Walaupun Cyberpunk merupakan IP yang cukup terkenal sebelum keluaran Edgerunners, anime baharu ini membawa perspektif yang lebih unik dan menarik berbanding permainan video kerana penglibatan Studio Trigger, yang terkenal kerana menghasilkan Kill la Kill, SSS. Gridman, Darling in the Franxx, dan anime hebat lain.
Moga-moga, CD Projekt Red tidak mengulang kesilapan lama Cyberpunk 2077 semasa menghasilkan sekuel baru ini.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Cyberpunk, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post