gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime

Sekuel anime Shaman King diumumkan, memaparkan generasi baru Shaman!

Maira by Maira
April 22, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Sekuel anime Shaman King diumumkan, memaparkan generasi baru Shaman!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Shaman King baru sahaja tamat dengan episod 52 ditayangkan di Jepun semalam. Anime tersebut merupakan adaptasi terbaru yang menghidupkan semula penceritaan sama seperti manga berbeza dengan versi anime pada tahun 2001. Nampaknya, peminat tidak dapat meninggalkan francais ini, kerana sekuel untuk Shaman King telah pun diumumkan! Anda boleh menonton video teaser dibawah.

Sekuel tersebut akan menceritakan pengembaraan Hana, anak kepada Asakura Yoh dan Anna. Selain daripada video teaser yang dikeluarkan, dua visual terbaru turut didedahkan mempamerkan watak-watak Shaman King serta versi dewasa mereka. Untuk pengetahuan anda, manga Shaman King mempunyai dua siri yang memaparkan Hana iaitu Shaman King: Flowers dan Shaman King: The Super Star. Buat sementara ini, masih tidak diketahui versi mana yang akan diadaptasi untuk sekuel Shaman King, jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenainya.

【🔥“ありがとう”ビジュアル公開🔥】

最終回を迎えた #SHAMANKING から2つの姿が描かれた“ありがとう”ビジュアルを公開❗️

葉とハオを中心にシャーマンキングの座を争っていた当時の姿と、そこから“7年後”の成長した姿。

そして花の姿も… pic.twitter.com/QMvsFci7ZB

— 『SHAMAN KING』プロジェクト公式 | 続編制作決定 (@SHAMANKING_PR) April 21, 2022

Shaman King dicipta pada tahun 1998 oleh Hiroyuki Takei, dan manga ini berterusan di Weekly Shonen Jump sehingga tahun 2004. Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”

“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”

Netflix masih belum kemas kini untuk episod baru anime ini, jadi anda terpaksa tunggu untuk menonton episod akhir Shaman King. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: sekuelShaman King
Previous Post

COD Warzone: Operation Monarch tiba bersama Godzilla dan King Kong pada 11 Mei!

Next Post

F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita
Anime

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

June 28, 2022
UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia
Berita

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia

June 28, 2022
[Review] The Black Phone – Melepaskan diri daripada penjara milik penculik psycho!
Movie Review

[Review] The Black Phone – Melepaskan diri daripada penjara milik penculik psycho!

Next Post
F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

by Razin Syafiq
June 28, 2022
0

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Bleach akan membuat comeback pada tahun ini selepas bertahun-tahun mendiamkan diri. Bakal keluar pada bulan Oktober...

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece: Red, belum pasti jika dipasarkan di Malaysia

by safwan
June 28, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi filem One Piece: Red di Jepun pada pertengahan Julai 2022. Koleksi...

Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game “The Boys”, berdasarkan komik & siri TV  popular

Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game “The Boys”, berdasarkan komik & siri TV popular

by Razin Syafiq
June 28, 2022
0

Populariti siri The Boys sedang meningkat selepas tayangan musim ke-3 dan nampaknya telah mengambil perhatian Hideo Kojima, sang pencipta kepada...

Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta anime terbaik

Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta anime terbaik

by safwan
June 28, 2022
0

Selepas tamatnya episod akhir Kaguya-sama: Love Is War musim ke-3, ramai peminat memberikan rating yang positif sehingga mengalahkan juara bertahan...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In