Fuhhh~ aku baru balik dari One Utama. Ada satu acara yang pasti ditunggu oleh mereka para peminat Mobile Legends. Ya, acara yang ditunggu-tunggu adalah Mobile Legends MPL. 8 kumpulan yang hebat- hebat akan berentap, untuk merebut sebagai Juara dan juga hadiah utama yang bernilai, US$ 30, 907 ( MYR 119, 841.89). Wow, banyak tu. Okay, untuk info lebih lanjut, jom ,ikut aku dalam entri kali ni.
Untuk event MPL kali ini, akan dijalankan 3 hari, bermula dari hari Jumaat, iaitu esok, bertarikh April 13 dan berakhir pada hari Ahad, 15 April. Ini aku nak ceritakan sedikit program-program yang ada pada hari langsungnya perlawan itu nanti.
Selain dari menyaksikan perlawan hebat antara 8 kumpulan yang terbaik, korang akan disediakan dengan Lucky Draw dan juga beberapa permainan yang menarik korang boleh lakukan disana.
Antara 8 kumpulan yang akan berentap pada esok hari adalah, Air Asia Saiyan, IDNS SG, Tyrants, MYA, Mystic Burden, Team Eksdi, Mysterious Assassin 3, dan juga Louvre SG. Mereka ini akan cuba berlawan, bertanding habis-habisan demi bergelar juara dalam MPL. Untuk prize pool pula, lebih dari US$ 60, 000 akan diberikan.
Selain daripada itu, ada juga beberapa kategori yang diungguli untuk pemain. Ada yang diundi oleh komuniti dan ada juga yang diundi oleh pemain itu sendiri. Antaranya ada kategori Top KDA dengn hadiah bernilai US$ 500 dan di undi oleh pemain, Most Valuable Player ( MVP ), hadiahnya bernilai US$ 1000, dan All-Stars Team yang diundi oleh komuniti. Hadiahnya merupakan US$ 300 untuk setiap pemain yang ada di dalam kumpulan.
Jadi, kepada semua peminat Mobile Legends, aku seru korang untuk hadirkan diri full straight 3 hari ini. Tunjukkan semangat ke-eSukanan yang korang ada. Tunjukkan yang komuniti Mobile Legends, bukan biasa-biasa. Tunjukkan sokongan korang terhadap Mobile Legends dan juga kepada team yang korang sokong!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post