Haaa, kali ini, aku rasa sangat bertuah, sebab dapat menemuramah CEO Metronomik, dan orangnya adalah Wan Hazmer. Orangnya yang terlalu sibuk, padat dengan jadualnya membuat game untuk komuniti. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau, sebab sudi meluangkan masa untuk aku. Selain daripada itu, aku dapat korek sikit beberapa visi dan juga misi tentang company barunya di Malaysia, dan, kami juga dapat tahu apa yang beliau tengah lakukan sekarang. Jom, ikut aku dalam entri temuramah kali ni kalau korang nak tahu siapa Wan Hazmer ni.
Wan Hazmer
Wan Hazmer merupakan developer game anak Malaysia yang pernah bekerjasama dengan Square Enix, Jepun ; dimana penglibatan beliau semasa pembikinan Final Fantasy 15. Semasa 2016, kami berkesempatan menemuramah beliau sebelum pelancaran game tersebut. Sekarang, kami kembali lagi dengan beliau untuk mengetahui apakah beliau dan pasukan beliau lakukan sekarang ini,
Bersama pasukan yang baru ditubuhkan bersama isteri tercinta beliau, Rie, mereka bersama-sama mewujudkan Metronomik di Malaysia dengan kerjasama MDEC ( Malaysia Digital Economy Corporation ). Dibangunkan dan ditempatkan di Komune, Bangsar Selatan, beliau bersama pasukan beliau selesa di tempat mereka, melakukan apa yang mereka suka. Korang boleh tengok aktiviti mereka di Facebook Page Metronomik.
Tetapi, cita-cita beliau bukan sekadar dengan membangunkan game menerusi Metronomik sahaja, beliau mempunyai niat murni dengan memberi balik kepada komuniti, iaitu membangunkan sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Haaa, bukan sekolah untuk belajar membuat game, tetapi sekolah yang mengajar anak-anak generasi akan datang untuk berfikiran secara kreatif dan kritikal. Mentaliti pelajar sekarang kebanyakan mereka hanya belajar untuk mereka lulus dalam peperiksaan dan mereka,pelajar tidak nampak apa yang dipelajari boleh digunakan pada masa hadapan.
Metronomik
Metronomik, bertempat di Komune, Bangsar Selatan, merupakan kumpulan anak muda yang kreatif bersama dengan CEO mereka, Wan Hazmer yang bercita-cita untuk membawa sesuatu yang baru dalam industri game Malaysia. Untuk menjayakan cita-cita mereka, Wan Hazmer dan kumpulan beliau mendedikasikan usaha mereka untuk mengeluarkan game mereka sendiri , setiap tahun. Misi beliau membangunkan syarikat di Malaysia adalah untuk pembangun game dalam Malaysia memasukkan satu perspektif yang baru, berbekalkan pengalaman beliau dalam membangunkan game AAA. Nama Metronomik diambil dari alat muzik, iaitu metronome.
” Kita semua tahu, Wan Hazmer, ketua game designer kepada Final Fantasy 15 kan? Tetapi Wan Hazmer selesa bekerja sama dengan kumpulan 300 orang, bolehkah beliau melakukan berseorangan? “
Kata Wan Hazmer, CEO kepada Metronomik.
Semenjak Wan Hazmer bertemu dengan kumpulan beliau, game yang dibayangkan menjadi lebih baik yang membuatkan beliau sangat berbangga dengan kumpulan beliau. Walaupun Metronomik bekerja keras untuk menyiapkan game pertama mereka, tetapi Wan Hazmer merupakan seorang yang sangat mementingkan keseimbangan bekerja dan juga kehidupan. Tidak seperti budaya bekerja di Jepun, dimana OT ( Overtime ) merupakan satu perkara yang biasa semasa beliau bekerja di Square Enix. Walaupun ianya satu perkara yang biasa bagi kita di Malaysia, tetapi beliau lebih gemar untuk seimbangkan dan memupuknya di dalam kumpulan beliau. Beliau mempunyai loceng diatas meja, dan beliau akan membunyikan bila masuk je pukul 7 PM untuk menyuruh kumpulan beliau pulang ke rumah.
Seperti syarikat yang lain, meeting merupakan satu perkara yang pasti. Tapi, tak seperti meeting yang biasa, Metronomik lakukannya dengan cara yang luar biasa. Mereka memanggilnya sebagai ‘ Sprint Meeting ‘ dimana ianya dilakukan dua minggu sekali pada hari Rabu. Ianya dipanggil ‘ Sprint ‘ sebab ianya cepat dan tepat – terus kepada point yang penting, dimana, semasa meeting mereka menunjukkan segala kerja-kerja mereka dan juga kadar kredibiliti untuk ciri yang tertentu seperti yang dibincangkan. Dengan cara ini, mereka menjimatkan banyak masa dengan fokus kepada perkara yang penting.
Jom Tengok Kerja-Kerja Mereka
Semenjak Wan Hazmer merupakan bekas pekerja Square Enix, beliau merupakan kawan baik dengan Hajime Tabata. Mereka masih lagi berhubung dimana mungkin akan ada kolaborasi bersama Square Enix pada masa hadapan. Ianya merupakan satu perkara yang ingin kami lihat dimana dua budaya yang berbeza bersatu.
Game Yang Sedang Dibangunkan
No Straight Roads, itu merupakan tajuk game yang dalam pembikinan sekarang. Ya, kami mendapatkan nama dan juga sedikit butiran tentang game tersebut. Antara ciri menarik tentang game ni adalah muzik yang berubah mengikut HP boss yang dilawan; dimana kita akan bercerita lebih lanjut lagi.
Penceritaan game ini bermain dengan kumpulan rock indie dimana pemain mengawal mereka untuk berlawan dengan kebangkitan dan dominan kumpulan EDM ( Electronic Dance Music ). Semasa pemain mengawal band rock tersebut, semestinya muzik tema yang dimainkan adalah bergenre Rock. Tetapi, muzik akan berubah bila pemain berjumpa dengan boss. Pemain boleh dengar muzik EDM diperkuatkan apabila pemain semakin dekat dengan boss kawasan tersebut.
Sebagai pemain berlawan dengan boss, lebih banyak muzik rock akan didengari dimana akan dinyatakan betapa dominannya pemain terhadap boss tersebut. Bila muzik rock tersebut berjaya mendominasi perlawanan tersebut, dan EDM tidak dapat lagi didengari, bermaksud boss tersebut telah dikalahkan. Tetapi, itu bukan pengakhirannya, akan ada pertukaran terakhir boss tersebut yang akan bangkit bersama EDM bermain di belakang sebagai background muzik.
Menjadi satu IP original dan game pertama dari Metronomik, ia mencirikan eleman lagu yang sangat menarik dan dibuat menggunakan Unreal Engine. Tema game tersebut dikatakan berdasarkan tema yang biasa dan mungkin dicadangkan tentang mengubah dunia. Sebagai produk hiburan, Wan Hazmer bertujuan untuk membangunkan game yang relevan terhadap orang awam selain mereka yang bergelar gamer dan juga ahli muzik. Kami boleh menjangkakan demo yang mungkin akan dilancarkan pada akhir bulan April. Demo tersebut bercirikan perlawanan boss dimana kami akan mengalami ciri muzik seperti yang dinyatakan sebelum ini. Buat masa ini, game tersebut dikatakan akan dikeluarkan untuk platform PC dan juga PlayStation 4.
Rancangan Masa Hadapan
Menubuhkan studio sendiri di Malaysia bukan sahaja perkara yang berada di dalam minda beliau. Bila pertama kali beliau membuat keputusan dan memberitahu kepada director Final Fantasy 15, Hajime Tabata, 5 tahun lepas yang beliau akan mengambil setiap apa yang dipelajari untuk membangunkan sebuah syarikat sendiri di Malaysia, Wan Hazmer berharap untuk membantu Malaysia membina industri kreatif sebaik mungkin. Dia menyatakan yang Malaysia merupakan satu negara yang unik dan mempunyai budaya yang berbeza. Dengan mempunyai budaya yang berbeza dan ciri keunikan yang tersendiri, beliau bertujuan untuk menggunakan sebagai satu ‘ senjata ‘untuk menyampaikan ke dalam sebuah game.
Bersama MDEC ( Malaysia Digital Economy Corporation ) menyokong kebangkitan dan developer game baru, Wan Hazmer juga ingin membantu industri kreatif dengan membina R&D Culture Lab. Kerana kami nampak budaya dalam game, ianya merupakan satu cara yang bagus untuk menyampaikan sedikit budaya di dalam game untuk memberitahu dunia dan belajar tentang budaya kita melalui game. Melalui R&D Culture Lab, kajian akan didapati ” Apa yang membuatkan kita istimewa ” dan ” Kenapa orang lain perlu ambil tahu tentang budaya kita?”, dimana akan membantu industri kreatif memasarkan budaya kita ke dunia lain menerusi hiburan.
Seperti yang dikatakan dalam perenggan awal, beliau juga ingin mengadakan sekolah rendah dan juga menengah. Beliau bekerjasama dengan institusi pendidikan seperti KDU untuk menyediakan satu ceramah tentang ‘ User Experience ‘ dan juga untuk memperbaiki silibus dengan memasukkan berfikiran kreatif ke dalam silibus. Ianya boleh dijadikan satu silibus untuk peringkat sekolah rendah dan juga menengah tanpa kita sedari.
Pesanan Dari Wan Hazmer
Adakah anda merupakan developer game yang sedang membangun di dalam Malaysia? Pernah terfikir untuk membina syarikat untuk membangunkan game? Ambil dari seseorang yang pernah berada di dalam situasi ini dan berjaya. Kami dapat mengambil beberapa pesanan yang ringkas, tetapi boleh memangkin kepada mereka yang baru sahaja bermula :
- Persoalkan game anda, ” adakah ianya akan meletop? “.
- Menerapkan budaya anda dalam cara yang kreatif dimana ianya relevan secara global.
- Bila korang dah ada game, ” Buat je! ” dengan plan dan percubaan yang teratur.
@gamersantaimy
Discussion about this post