SEGA dan ATLUS telah mengesahkan barisan acara pentas serta jadual siaran langsung untuk Tokyo Game Show 2026 (TGS 2026). Berlangsung selama lima hari bermula 17 hingga 21 September di Makuhari Messe, Chiba, Jepun, reruai mereka akan menganjurkan 27 persembahan pentas yang membariskan 16 game berbeza.
Berikut adalah maklumat lengkap tenang barisan acara, jadual livestream yang diselaraskan mengikut Waktu Malaysia, serta perkara menarik yang perlu anda nantikan.

Judul-Judul Tumpuan
- Persona 4 Revival: Remake penuh bagi Persona 4 mencuri tumpuan melalui sesi demo gameplay, talk show bersama produser siri Kazuhisa Wada dan cosplayer terkenal Enako, serta persembahan DJ harian oleh RAM RIDER. Acara ini juga akan ditutup dengan persembahan muzik oleh vokalis Shiori Sasaki.
- STRANGER THAN HEAVEN: Saga aksi 50 tahun terbaharu daripada Ryu Ga Gotoku (RGG) Studio. Selain pembentangan daripada pengarah Masayoshi Yokoyama, SEGA turut menganjurkan sesi gameplay yang menampilkan ahli gusti profesional Kenny Omega, streamer/VTuber terkenal kson, serta barisan pelakon suara hebat seperti Takaya Kuroda, Akio Otsuka, dan Dean Fujioka.
- Crazy Taxi: World Tour: Pencipta asal Kenji Kanno akan mempamerkan cabaran misi gameplay dan sesi playthrough bersama streamer popular, SHAKA.
- Sambutan Sonic the Hedgehog: Watak ikonik ini akan diketengahkan melalui Sonic Racing: CrossWorlds, SONIC PICO PARK, serta dua slot konsert khas sempena Ulang Tahun ke-35 Sonic yang diketuai oleh komposer Jun Senoue.
- Tarikan Lain: Nantikan juga action RPG terbaharu daripada GPTRACK50 iaitu Stupid Never Dies (dibawakan oleh Hiroyuki Kobayashi dan pelakon suara Yuki Kaji), perkembangan terkini projek LOLLIPOP CHAINSAW NEW PROJECT, pentas khas Total War: WARHAMMER 40,000, serta sesi panel pembangun untuk Stellar Blade: Return to Earth yang menampilkan pengarah SHIFT UP, Hyung-tae Kim.
Jadual Siaran Langsung (Diselaraskan ke Waktu Malaysia)
Semua sesi acara pentas akan disiarkan secara langsung melalui YouTube rasmi SEGA. Khusus untuk acara yang memfokuskan kepada STRANGER THAN HEAVEN, siaran turut boleh ditonton di YouTube rasmi Ryu Ga Gotoku Studio.
Pautan siaran langsung harian di YouTube SEGA:
- Hari 1 (17 Sep):
- 9:30 AM MYT: Upacara Pembukaan Reruai SEGA/ATLUS TGS 2026 (Tetamu: Haihapi!!)
- 10:00 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival (RAM RIDER, Persona Dancers)
- 10:20 AM MYT: Sesi Talk Show Persona 4 Revival bersama Enako (Enako, Kazuhisa Wada)
- 11:40 AM MYT: Cabaran Misi Crazy Taxi: World Tour (SHAKA, Kenji Kanno, You Momotani)
- 12:30 PM MYT: Pratonton ‘First Bite’ Stupid Never Dies (Yuki Kaji, Hiroyuki Kobayashi, Eiichiro Sasaki)
- 1:30 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- 2:40 PM MYT: RGG Studio TV – Khas TGS 2026 (Pendedahan Maklumat Baharu) (Masayoshi Yokoyama, Mikinobu Abe, Daishi Kanaya, Ayano Moriyama)
- Hari 2 (18 Sep)
- 10:00 AM MYT: SEGA Special DJ LIVE TGS 2026 – Set 1 (DÉ DÉ MOUSE, Magukabe)
- 10:40 AM MYT: Pentas Khas LOLLIPOP CHAINSAW NEW PROJECT (PeachMilky, Hajime Tabata, Shohei Sato, dan lain-lain)
- 11:30 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- 12:10 PM MYT: Rancangan Khas Rasmi SONIC PICO PARK TGS #1 (Shintaro Shimazu, Shunsuke Miyake)
- 1:00 PM MYT: SEGA Special DJ LIVE TGS 2026 – Set 2 (DÉ DÉ MOUSE, Magukabe)
- 2:30 PM MYT: Pentas Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Takashi Ukaji & Tsuji Classic (menampilkan MASH String Orchestra)
- 3:30 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- Hari 3 (19 Sep)
- 8:50 AM MYT: Pratonton Pra-Pelancaran Qliphah in Providence’s Shadow (Tosei Izuki, Mami Ozaki, Satoshi Hirayae)
- 9:40 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- 10:20 AM MYT: Pentas Khas Persona 4 Revival (k4sen, Clutch_Fi, Daisuke Yajima)
- 11:30 AM MYT: Sesi Gameplay STRANGER THAN HEAVEN bersama Kenny Omega (Kenny Omega, Hiroyuki Sakamoto, Ayano Moriyama)
- 12:20 PM MYT: Pentas Khas Total War: WARHAMMER 40,000 TGS 2026 (Tetsuo Sato, Hayato, Masatoshi Tokuoka)
- 1:30 PM MYT: Sesi Playthrough Demo Crazy Taxi: World Tour (Noriaki Suzuki, Kenji Kanno, You Momotani)
- 2:40 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- 3:20 PM MYT: Pentas Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Akio Otsuka & Yasukaze Motomiya (menampilkan MASH String Orchestra)
- Hari 4 (20 Sep)
- 9:30 AM MYT: Cabaran Sonic Racing: CrossWorlds bersama Finalis Kejohanan Dunia Sonic (Laz, Takashi Iizuka, Masaru Kohayakawa, Yu Minakami)
- 10:40 AM MYT: Rancangan Khas Rasmi SONIC PICO PARK TGS #2
- 11:30 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- 12:10 PM MYT: Sesi Gameplay STRANGER THAN HEAVEN bersama kson (kson, Hiroyuki Sakamoto, Ayano Moriyama)
- 1:00 PM MYT: Sesi Panel Stellar Blade: Return to Earth (Seika Amakawa, Hyung-tae Kim)
- 1:50 PM MYT: Sesi Talk Show Khas Metaphor: ReFantazio (Taishi Murata, Atsuko Uchida, Penguins Nobuo, Natsu Tenta)
- 2:40 PM MYT: Pentas Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Takaya Kuroda (Takaya Kuroda, MASH String Orchestra, Masayoshi Yokoyama)
- 3:30 PM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- Hari 5 (21 Sep)
- 9:20 AM MYT: Persembahan Muzik Langsung Ulang Tahun ke-35 SONIC TGS 2026 – Babak 1 (Jun Senoue, Masashi Tsubakimoto)
- 10:20 AM MYT: Set DJ Siri Persona & Persembahan Tarian Persona 4 Revival
- 11:00 AM MYT: Sesi Gameplay STRANGER THAN HEAVEN bersama Ushizawa
- 11:50 AM MYT: Persembahan Muzik Langsung Ulang Tahun ke-35 SONIC TGS 2026 – Babak 2 (Jun Senoue, Masashi Tsubakimoto)
- 12:55 PM MYT: Set DJ Siri Persona, Persembahan Tarian & Konsert Langsung Persona 4 Revival (RAM RIDER, Shiori Sasaki, Persona Dancers)
- 1:50 PM MYT: Pentas Kemuncak Khas STRANGER THAN HEAVEN bersama Yu Shirota & Dean Fujioka
(Kesemua acara pentas dihoskan oleh Mika Nonomiya).
Untuk siaran langsung lengkap, pengumuman lanjut, serta perkembangan terkini, anda boleh melayari laman rasmi SEGA/ATLUS TGS di tgs.sega.jp/2026/en/.









Discussion about this post