Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Samurai Maiden – Hampir sama dengan Sekiro tapi penuh dengan waifu!

Maira by Maira
August 4, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Samurai Maiden – Hampir sama dengan Sekiro tapi penuh dengan waifu!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda suka game dengan tema samurai seperti Sekiro? Ada game samurai baru akan dilancarkan hujung tahun ini penuh dengan waifu samurai pula. Game tersebut ialah Samurai Maiden, sebuah game aksi yang akan keluar di PS5, PS4, Switch dan PC melalui Steam. Jom kami ceritakan sedikit mengenainya kepada anda.

Selalu kalau isekai mesti kita pergi ke dunia fantasi ala-ala barat. Tetapi bukan untuk Samurai Maiden. Anda sebagai Tsumugi Tamaori telah diseru ke Zaman Sengoku semasa di tidur. Kini dia perlu bekerjasama dengan kawan barunya dan gunakan kemahiran pedangnya untuk mengalahkan “undead” di Honnoji Temple!

Cerita

Anda akan mengikuti Tsumugi yang tertidur selepas kelas sejarah, dan bertemu dengan Nobunaga Oda, salah seorang tokoh terkenal Jepun. Mereka kini berdepan dengan undead apabila pintu ke underworld terbuka semasa Honnoji Temple terbakar. Kerana hobinya dalam memahiri seni pedang, Tsumugi tiba-tiba diuji dalam pertempuran apabila diberikan pedang oleh Nobunaga Oda yang melangkah ke underworld untuk tamatkan malapetaka yang sedang berlaku.

Gameplay

Dalam Samurai Maiden, pemain akan menghapuskan sekumpulan musuh undead dengan kemahiran pedang Tsumugi yang hebat. Dengan serangan gabungan yang bergaya dan kuat, Tsumugi sudah lengkap untuk membunuh sekumpulan zombi serta bosnya yang kuat. Tetapi kalau seorang sahaja, sudah tentu sukar untuknya keluar daripada underworld.

Tsumugi akan bertemu dengan tiga ninja di Honnoji Temple yang dikenali sebagai The Gokage, yang turut sertai Tsumugi ke underworld. Gokage dianggotai oleh Iyo, seorang ninja yang bekerja keras dengan pelbagai alatan, Hagane, seorang ninja yang lebih tua dengan badan mecha dan Komimi, seorang ninja genius dengan jutsu unik. Sepanjang perjalanan mereka di underworld, sudah tentu mereka akan bertarung bersama-sama. Ini akan membentuk hubungan baru antara mereka semua.

Terdapat satu sistem yang dipanggil “Gokage System” yang membolehkan anda untuk menggunakan kombinasi serangan pedang Tsumugi dan ninjutsu Kogake yang hebat. Daripada serangan menetak dan menusuk musuh, terdapat juga wire arm ninja, jutsu yin yang dan pelbagai serangan kunai. Manfaatkan kesemua jenis serangan dan kalahkan semua musuh yang datang.

Tetapi ada satu lagi kebolehan khas yang boleh digunakan dalam Samurai Maiden. Apabila semangat Tsumugi dan Gokage tinggi, mereka boleh buka kebolehan khas dengan “bercium”. Mereka perlulah bina kepercayaan antara satu sama lain dahulu sebelum kebolehan khas ini boleh digunakan semasa pertempuran.

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini.

Tags: Samurai Maiden
Previous Post

Dead by Daylight Resident Evil: Project W tambah Ada Wong & Albert Wesker

Next Post

War Gods Zeus Child – Game palsu God of War dibuang di Xbox

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
War Gods Zeus Child – Game palsu God of War dibuang di Xbox

War Gods Zeus Child - Game palsu God of War dibuang di Xbox

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd