Upacara ini juga dihadiri oleh ikon-ikon terkenal PUBG MOBILE Malaysia bagi memperkenalkan variety show terbaru mereka dan hadiah-hadiah eksklusif untuk para peminat PUBG MOBILE dan Xiaomi.
Setelah 4 tahun menjadi permainan video mobile pilihan ramai, hari ini pihak Tencent Games, PUBG MOBILE dan syarikat telefon pintar ketiga terbesar dunia, Xiaomi, sebagai penaja menjemput para peminat dan rakan media bersama-sama dalam sambutan ulang tahun keempat PUBG MOBILE.
Sejak tiga minggu lepas, pihak PUBG MOBILE dan Xiaomi bersama-sama menganjurkan “road show” untuk bertemu para peminat di Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor bagi menyambut ulang tahun keempat PUBG MOB1LE di mana PUBG MOBILE telah membawakan trak istimewa iaitu “Airdrop Truck” ke lokasi-lokasi tersebut. Bagi melanjutkan sambutan ulang tahun keempat PUBG MOBILE, “road show” ini akan berlangsung selama 12 hari bermula hari ini 23 Mac 2022 sehingga 3 April 2022 di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid, yang juga merupakan penaja rasmi lokasi.
Para pengunjung akan berpeluang untuk melihat pelbagai arca binaan, kios foto khas dan juga cosplayers yang bersedia untuk bergambar bersama-sama pengunjung. Pada masa yang sama, terdapat juga pelbagai hadiah untuk dimenangi oleh para pengunjung daripada permainan yang disediakan seperti Claw Machine dan Spin to Win. Hadiah eksklusif yang disediakan oleh PUBG MOBILE adalah termasuk topi & pelitup muka bertemakan ulang tahun keempat PUBG MOBILE, skin di dalam permainan, telefon pintar Redmi Note 11 tajaan Xiaomi dan lain-lain.
Selain itu, pengunjung juga dapat beramah mesra bersama ikon-ikon PUBG MOBILE terkenal Malaysia dan juga menyaksikan rakaman variety show sempena ulang tahun keempat PUBG MOBILE yang mana akan menampilkan nama-nama yang terkenal seperti Master Ramen, J Hunter, OTG, Yakuza, EmiMohamad, Soultann, FattahZie, Raa Suzuran, MissRose, Fiera Fendi, MunaXmoci, Nunaa dan Sharina Richie. lkon-ikon ini akan berlumba antara satu sama lain dalam menyelesaikan misi-misi khas yang terdapat di Sunway Pyramid.
Pada 26 Mac 2022, pengunjung akan berpeluang untuk menyaksikan rakaman variety show terbaru dari pihak PUBG MOBILE dan pada 3 April 2022, para peminat dapat berpeluang menyaksikan tayangan perdana episod pertama variety show ini bersama peminat-peminat lain di Sunway Pyramid.
“Dengan sekelip mata, PUBG MOBILE kini telah pun mencapai ulang tahun yang keempat, dimana PUBG MOBILE kini mempunyai ekosistem e-sukannya yang tersendiri, dan juga content yang dibawakan bersama kolaborasi jenama-jenama lain diluar. Untuk tahun 2022, kami sangat berbangga untuk dipilih sebagai salah satu permainan di Asian Games nanti, dan sekali lagi, berbangga untuk mewujudkan kerjasama antara PUBG MOBILE dan Majlis Olimpik Malaysia untuk menjana ekosistem yang sihat untuk pemain-pemain PUBG MOBILE diluar sana,” kata PUBG MOBILE.
“Sebagai rakan telefon pintar rasmi, kami amat teruja untuk meraikan ulang tahun keempat PUBG MOBILE tahun ini bersama-sama mereka. Kami berharap semua yang berada di Malaysia dapat bersama memeriahkan sambutan istimewa ini kerana terdapat banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung. Kami juga tidak sabar untuk melihat para peminat PUBG MOBILE, Xiaomi Fans dan pemain gemar mencuba keupayaan peranti-peranti raja kelas pertengahan mampu milik terbaharu kami di bawah siri Redmi Note 11. Teknologi inovatif Xiaomi melalui telefon pintar bertujuan untuk mencabar sempadan penglihatan, sensasi dan kepantasan seseorang. Jadi, jangan ketinggalan dan bersama-sama kita bangkit dan sahut cabaran semasa menikmati keseronokan aktiviti yang dianjurkan nanti,” kata Xiaomi Malaysia.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga turut hadir dan menyatakan yang pihak tersebut akan bekerja rapat dengan pihak Tencent bagi Asian Games 2022 dan juga PUBG MOBILE City Tournament yang mana akan berlangsung tidak lama lagi.
“Terima kasih diucapkan kepada Tencent Games dan juga Xiaomi dengan mengadakan kami untuk sambutan ulang tahun keempat PUBG MOBILE Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, Majlis Olimpik Malaysia juga ingin membuat pengumuman untuk acara The Road to 19th Asian Games (RTAG) Hangzhou 2022, dimana ia merupakan satu program e-sukan yang telah ditubuhkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) dan juga Kesatuan Sukan Elektronik Asian (AESF). Majlis Olimpik Malaysia akan menganjurkan satu acara pilihan nasional pada bulan Mei 2022 sebagai salah satu bahagian daripada program RTAG ini untuk memilih pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili Malaysia di Asian Games yang akan datang. Kita berharap acara ini akan menarik perhatian pemain-pemain esukan tanah air kami oleh kerana anak-anak muda Malaysia ini merupakan antara pemain esukan yang terbaik di dunia. Selain daripada acara The Road to 19th Asian Games (RTAG) Hangzhou 2022, Majlis Olimpik Malaysia juga ingin mengumumkan kerjasama bersama Tencent Games untuk membawakan lebih banyak perkembangan dan juga memupuk komuniti PUBG MOBILE untuk PUBG MOBILE City Tournament yang akan datang. Kami berasa teruja untuk mencungkil lagi bakat anak-anak muda yang akan bertanding di pentas antarabangsa nanti,” kata Majlis Olimpik Malaysia.
Majlis Olimpik Malaysia adalah salah satu wakil negara di Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap atlet Olimpik Malaysia. Majlis Olimpik Malaysia bertanggungjawab untuk memajukan atlet Olimpik di Malaysia serta memupuk semangat kesukanan dan juga disiplin bagi mengeratkan lagi prinsip seorang atlet Olimpik melalui aktiviti sukan dan pendidikan.
PUBG MOBILE merupakan antara permainan video mobile yang terpilih sebagai salah satu permainan video mudah alih yang dipertandingkan pada Asian Games 2022 nanti dimana negara Malaysia berpeluang untuk menghantar atlet dengan hasrat membawa pulang pingat emas. Asian Games 2022 merupakan acara sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis sukan yang diadakan setiap empat tahun, di mana atlet-atlet yang terbaik dari benua Asia akan bertanding. Acara Asian Games 2022 ini telah diiktirafkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai acara kedua terbesar dalam tema acara sukan ini, hanya selangkah akan bertanding. Acara Asian Games 2022 ini telah diiktirafkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai acara kedua terbesar dalam tema acara sukan ini, hanya selangkah Antarabangsa sebagai acara kedua terbesar dalam tema acara sukan ini, hanya selangkah dibelakang Sukan Olimpik. Asian Games 2022 kali ini akan diadakan di Hangzhou, China dari 10 September 2022 sehingga 25 September 2022.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh mengikuti laman Facebook PUBG MOBILE untuk mendapatkan maklumat terkini.
@gamersantaimy
Discussion about this post