Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Samba de Amigo: Party Central – Game irama baru untuk Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, Muzik, Nintendo Switch
0 0
0
Samba de Amigo: Party Central – Game irama baru untuk Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mengeluarkan maklumat baru tentang game muzik irama baru, Samba de Amigo: Party Central, yang bakal dikeluarkan di Nintendo Switch pada 30 Ogos 2023. Info baru ini termasuk butiran tentang gameplay umum, cara untuk bermain, dan peringkat yang disediakan.

https://www.youtube.com/watch?v=Qf-ERUMe0v4&ab_channel=SEGAAsia%28EN%29

Bagi mereka yang tidak tahu, Samba de Amigo: Party Central adalah sekuel kepada siri aksi irama popular pada 1999. Dengan playlist yang terdiri daripada lebih 40 lagu hit daripada pelbagai genre popular di seluruh dunia, anda dapat mencuba lagu EDM, pop, Latin dan banyak lagi. Selain itu, pemain akan berhadapan dengan pelbagai jenis minigame dan cabaran; memperoleh dan memakai pelbagai kostum dan aksesori unik; bermain bersama kawan melalui ciri online serba baharu—termasuk mode multiplayer World Party,

Kredit: SEGA Asia
Kredit: SEGA Asia

Menggunakan Nintendo Switch Joy-Con sebagai maraca, pemain perlu menyelaraskan maraca dengan titik pada skrin di sudut yang betul, tunggu masa yang sesuai, dan goncangkan maraca! Ikut arahan pada skrin untuk menari atau membuat gaya badan tertentu, dan ikut rentak lagu-lagu hit.

Apabila menekan “?” dalam game, roda rolet akan muncul di mana anda harus cuba untuk menyelesaikan mini-game yang diberi. Terdapat lebih daripada 15 minigame menarik, termasuk senaman, tarian tangan TikTok popular, dan banyak lagi! Lengkapkan setiap satu dengan bergaya untuk meningkatkan Fever Level!

Kredit: SEGA Asia
Kredit: SEGA Asia

Samba de Amigo: Party Central datang dengan empat tahap kesukaran berbeza. Pilihan standard ada NORMAL, HARD, dan SUPER HARD. Namun, mode CRAZY serba baharu akan menggandakan kesukaran di mana pemain perlu menari dan melakukan aksi intensif tanpa henti. Mode CRAZY akan menguji had ketahanan anda dan juga berfungsi sebagai alat yang hebat untuk bersenam.

Watak yang boleh dimainkan:

  • Amigo
  • Linda
  • Amiga

Stage

  • Bublicious Resort
  • Sunny Town
  • The Fes


Samba de Amigo: Party Central bakal dikeluarkan di Nintendo Switch pada 30 Ogos 2023.

Tags: MuzikSamba de AmigoSamba de Amigo: Party Central
ShareTweetSend
Previous Post

Elden Ring tambah patch update 1.10, poise damage PvP lagi sakit!

Next Post

Digimon Adventure 02: The Beginning Dedahkan Trailer & Poster Rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Digimon Adventure 02: The Beginning Dedahkan Trailer & Poster Rasmi!

Digimon Adventure 02: The Beginning Dedahkan Trailer & Poster Rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd