Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Saksikan pertempuran hebat dari pasukan seperti Gank dan RSG dalam merebut RM100K di Grand Finale nanti!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 9, 2021
in Acara, Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, iOS, Kejohanan esports, Mobile, Platform, Tempatan
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
Saksikan pertempuran hebat dari pasukan seperti Gank dan RSG dalam merebut RM100K di Grand Finale nanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat sukan dan rakan-rakan gamer akhirnya dapat menarik nafas lega kerana tarikh kejohanan untuk PUBG Mobile Grand Finale XOX Unity League telah disahkan! Sebelum ini, kejohanan tersebut telah bermula pada 16 Januari 2021, tetapi disebabkan keadaan pandemik COVID-19 ia terpaksa dijadualkan semula bagi mematuhi SOP kerajaan. Tarikh Grand Finale liga ini dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Ogos 2021 ini dan ia dianjurkan oleh XOX Berhad dengan kerjasama Macpie Berhad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad, Encik Ng Kok Heng menyatakan eSport telah berkembang pesat di Malaysia dan pada tahun 2020 sahaja, terdapat 20.1 juta pemain di negara ini dengan jumlah perbelanjaan untuk permainan video adalah sekitar RM2.85 bilion. Menjadi syarikat teknologi yang inovatif, XOX percaya bahawa mereka memiliki kemampuan dan sumber penting untuk membantu meningkatkan ekosistem Esport di Malaysia ke tahap berikutnya.

Beliau juga menambah melalui XOX Unity League, mereka ingin meningkatkan Esport di negara ini dengan melibatkan pasaran remaja dengan berkesan dan meletakkan Malaysia di peta ekosistem Esport paling hebat di Asia Tenggara. Mereka juga berharap dapat menyumbang kepada industri dengan tidak hanya menganjurkan acara Esport, malah untuk mengembangkan ekosistem melalui penciptaan pekerjaan baru seperti produksi, pemain profesional, tuan rumah, penganalisis dan banyak lagi.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Kejohanan PUBG Mobile XOX Unity League pertama dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu tahap pertama Regional Master yang diadakan dari 16 Januari sehingga 7 Februari. Semua 13 negeri dan wilayah persekutuan Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam peringkat kelayakan ini. Setiap wilayah mempunyai 64 pasukan yang bertanding untuk dua tempat bagi mara ke peringkat seterusnya. Setiap juara Master Region menerima hadiah RM1888, naib juara pula RM1000, tempat ketiga mendapat RM700 dan tempat keempat RM300.

Di tahap kedua, iaitu Grand Master pula telah berlangsung dari 30 April dan 1 Mei. Empat pasukan teratas dari setiap kumpulan layak untuk bertanding di Quarter Final dan hanya 16 pasukan terakhir akan bertanding di Grand Finale. Kini, 16 pasukan ini bakal bertanding untuk memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000. Antara pasukan PUBG Mobile yang akan bertanding nanti adalah:

  • Team SMG
  • Gank
  • Team RSG
  • Dingoz MPX
  • Geek Fam
  • DMS.FV
  • Gritg Ares
  • Agent In Pyjamas
  • Rmc Glazer
  • Flanx
  • Last Survivor Liberty
  • Suhaz Esports
  • Reckless Reborn
  • Esdk Sanguine
  • Hastalavista Esports
  • Jabberwocky

Kejohanan Grand Finale PUBG Mobile XOX Unity League 2021 akan disiarkan secara langsung pada 21 dan 22 Ogos di saluran Facebook serta Youtube XOX Unity League. Mereka juga akan memberikan UC PUBG Mobile, kerusi gaming, telefon dan banyak hadiah lain untuk para peminat! XOX mendorong peminat Esport dan orang ramai untuk mengikuti kejohanan ini dan ikuti laman rasmi XOX Unity League untuk mendapatkan maklumat terkini serta berita rasmi.

Previous Post

Pemain Genshin Impact berjaya membuat Glitch ke Inazuma tanpa menyelesaikan “Quest”!

Next Post

Bleach: Lima individu paling bahaya di Soul Society! Rumusan penuh “Tokki Senryoku!”

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Bleach: Lima individu paling bahaya di Soul Society! Rumusan penuh “Tokki Senryoku!”

Bleach: Lima individu paling bahaya di Soul Society! Rumusan penuh "Tokki Senryoku!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd