Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rupa PlayStation VR2 didedahkan buat kali pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Artikel, Berita, PS5, VR
0 0
0
Rupa PlayStation VR2 didedahkan buat kali pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony secara rasmi mendedahkan reka bentuk baru headset PlayStation VR2, bersama-sama dengan imej visual jelas.

Menurut Yujin Morisawa (Pengarah Kanan Seni di SIE dan ketua reka bentuk PS VR2), kedua-dua headset dan controller next-gen ini mempunyai rupa yang sama dengan reka bentuk ala-ala bulatan supaya menepati aspek ergonomik. Mereka menjalankan ujian yang meluas untuk memastikan headset rasa selesa untuk pelbagai saiz kepala dan telah membuat beberapa penambahbaikan kepada berat sambil mengekalkan headband yang boleh dilaraskan. PSVR 2 juga mempunyai “adjustable scope” yang membolehkan kita menukar bahagian skop secara lebih dekat atau jauh dari muka manakala posisi audio jack kekal di tempat yang sama.

Bagi ciri baru, Sony menambah “lens adjustment dial”, supaya pengguna mempunyai pilihan tambahan untuk memadankan jarak kanta dan mata bagi mengoptimumkan visi. Walaupun reka bentuk lebih langsing, Sony juga dapat memasukan “built-in motor” untuk efek getaran tambahan.

Satu lagi aspek baru ialah lohong udara (air vent) yang merupakan ruang di antara bahagian atas dan hadapan skop untuk aspek pengudaraan.

“Salah satu kawasan yang ingin saya fokuskan dahulu ialah idea untuk mencipta lohong dalam headset untuk membiarkan udara keluar. Jurutera kami menghasilkan idea ini sebagai cara yang baik untuk membenarkan pengudaraan dan mengelakkan kantas kabus semasa pemain sedang berseronok bermain game VR mereka.”

Yujin Morisawa, Pengarah Kanan Seni SIE

Banyak lagi ciri-ciri baru dalam sistem PS VR2, termasuk resolusi 4K HDR dan teknologi “graphic rendering” terkini, sistem tracking yang semakin canggih termasuk “inside-out camera tracking,ciri teknologi PlayStation VR2 Sense baharu seperti headset feedback, dan controller PS VR2 Sense yang mencipta pengalaman lebih “immersive”. Akhir sekali, PS VR2 disediakan dalam satu kabel mudah supaya anda boleh menyambung kepada sistem tanpa perlu susah payah.

Untuk segala liputan kami tentang PlayStation VR2, sila tekan pautan ini.

Tags: playstationPlayStation VR2vr
Previous Post

ASUS Malaysia memperkenalkan laptop TUF Gaming untuk 2022, harga bermula RM4999

Next Post

Bethesda akan hentikan servis PC Launcher, minta pemain untuk pindah ke Steam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Bethesda akan hentikan servis PC Launcher, minta pemain untuk pindah ke Steam

Bethesda akan hentikan servis PC Launcher, minta pemain untuk pindah ke Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd