RollerCoaster Tycoon 2 adalah satu game tahun 2002 dulu, dan kini melalui OpenRCT2 ianya boleh direalisasikan semula.
Seorang brader Marcel Vos menggunakan engine RCT2 ni untuk buat satu projek bernama 12 Years of Suffering; dan telah setkan satu rekod baru.
Dalam map game ni ada 2 rollercoaster. 1 coaster bapak besar yang makan hampir keseluruhan map dengan 1 gerabak yang buat 20 pusingan. 1 lagi rollercoaster adalah 12 Years of Suffering iaitu satu litar yang kecik dengan 30 gerabak yang duduk 1 barisan.
Untuk penjelasan mudah korang boleh tengok video ni:
Asasnya mekanisma dia camni; rollercoaster pertama guna gerabak maksimum 31 dan dipecahkan kepada 32 section break individual. Gerabak ni hanya boleh bergerak bila section depan dia dah clear so ianya akan sentiasa jalan-berhenti. Rollercoaster yang makan keseluruhan map tu ada satu je gerabak yang bergerak pada kelajuan minimum.
Kat rollercoaster kecik tu ada penumpang dari rollercoaster besar dan hanya boleh bergerak lepas rollercoaster besar habis satu round. So kalau korang adalah penumpang digital dalam game ni, kau tunggu lah 12 tahun baru boleh balik rumah.
So basically Marcel Vos exploit varian dan konstan OpenRTC2 ni untuk buat kerja gila ni!
@gamersantaimy
Discussion about this post