Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Xbox Ally & Ally X Akan Dilancarkan Pada Oktober 2025 Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2025
in Artikel, Berita, Hardware, PC, Teknologi, Xbox
0 0
0
ROG Xbox Ally & Ally X Akan Dilancarkan Pada Oktober 2025 Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG), melalui satu kolaborasi dengan Xbox, telah mengumumkan tarikh kelauran untuk PC handheld gaming generasi seterusnya: ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X. Kedua-dua peranti ini, yang dikuasakan oleh pemproses siri AMD Ryzen Z2, akan mula dijual pada 16 Oktober 2025.

Peranti handhelds baharu ini adalah hasil usaha pembangunan bersama antara ROG dan Xbox, bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada para gamer untuk menikmati koleksi game PC mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan pengalaman yang dioptimumkan untuk peranti mudah alih.

Siri ini merangkumi dua model berbeza untuk memenuhi keperluan gamer yang pelbagai. ROG Xbox Ally standard dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen Z2 A, yang menampilkan four core Zen 2 dan GPU RDNA 2 eight-core. Ia datang dengan RAM LPDDR5X-6400 16GB, SSD M.2 512GB, dan bateri 60Wh.

Bagi mereka yang inginkan kuasa mudah alih yang lebih unggul, ROG Xbox Ally X premium menetapkan penanda aras baharu. Ia menampilkan APU AMD Ryzen AI Z2 Extreme, yang mengandungi CPU Zen 5 eight-core/16-thread, 16-core GPU RDNA 3.5, dan Unit Pemprosesan Neural (NPU) bersepadu untuk ciri-ciri yang dipacu AI. Ally X juga dipertingkatkan dengan memori LPDDR5X-8000 24GB yang lebih pantas, SSD M.2 1TB, dan bateri 80Wh yang lebih besar untuk masa gaming yang lebih lama.

Fokus utama kerjasama ini adalah untuk memastikan pengalaman gameplay yang lancar serta-merta. Xbox telah melancarkan Handheld Compatibility Program, di mana beribu-ribu game PC diuji dan dioptimumkan untuk ROG Xbox Ally. Semasa pelancaran, game di dalam pustaka akan memaparkan lencana yang menandakan tahap keserasiannya:

  • Handheld Optimized: Game ini sedia sepenuhnya untuk dimainkan pada peranti dengan input controller lalai, teks yang mudah dibaca, dan resolusi yang sesuai.
  • Mostly Compatible: Game ini berjalan dengan baik tetapi mungkin memerlukan pelarasan tetapan kecil di dalam game untuk pengalaman terbaik.

Selain itu, aplikasi Xbox akan menampilkan shader delivery termaju, membolehkan shader game dipramuat semasa muat turun. Inovasi ini menjanjikan game yang disokong untuk dilancarkan sehingga 10 kali lebih pantas, sambil meningkatkan kelancaran dan kecekapan bateri pada sesi gaming pertama.

NPU bersepadu dalam pemproses Ryzen AI Z2 Extreme pada ROG Xbox Ally X membuka akses kepada set ciri baharu yang dikuasakan AI, yang akan diperkenalkan awal tahun hadapan. Ini termasuk:

  • Automatic Super Resolution (Auto SR): Teknologi sistem upscaling yang menggunakan kuasa NPU untuk meningkatkan framerate dan menghasilkan visual beresolusi tinggi dalam pelbagai jenis game, tanpa memerlukan sebarang integrasi daripada pembangun game.
  • Highlight Reels: Ciri yang dikuasakan oleh AI yang secara automatik merakam detik-detik penting gameplay—seperti kemenangan menentang bos—dan menghasilkan klip replay yang pendek untuk dikongsi bersama rakan atau di media sosial.

Kedua-dua peranti menampilkan paparan 7-inci FHD (1080p) 120Hz yang terang dengan AMD FreeSync Premium dan ditempatkan dalam casis ergonomik dengan cengkaman berkontur yang diinspirasikan oleh Xbox Wireless Controller untuk keselesaan jangka masa panjang.

Ketersediaan

ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X akan tersedia di Malaysia bermula 16 Oktober 2025. Butiran tambahan mengenai harga dan pra-tempah akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

 

Spesifikasi

Ciri-Ciri ROG Xbox Ally (2025) ROG Xbox Ally X
Processor AMD Ryzen™ Z2 A AMD Ryzen™ AI Z2 Extreme
Memor 16GB LPDDR5X-6400 24GB LPDDR5X-8000
Storan 512GB M.2 2280 SSD 1TB M.2 2280 SSD
Paparan 7” FHD (1080p) IPS, 120Hz, AMD FreeSync™ Premium, 500 nits 7” FHD (1080p) IPS, 120Hz, AMD FreeSync™ Premium, 500 nits
Bateri 60Wh 80Wh
I/O Port 2 x USB-C® 3.2 Gen 2, 1 x microSD, 1 x 3.5mm Audio Jack 1 x USB4®, 1 x USB-C® 3.2 Gen 2, 1 x microSD, 1 x 3.5mm Audio Jack
Berat 670g 715g
Sistem Operasi Windows 11 Home Windows 11 Home
Tags: ROG Xbox Ally
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta ‘PAYDAY’ Mempamerkan Gameplay Penuh Aksi Game Baharu ‘Den of Wolves’

Next Post

STALKER 2: Heart of Chornobyl Akan Tiba Di PS5 Pada November 2025, Inilah Penambahbaikan Di PS5 Pro

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
STALKER 2: Heart of Chornobyl Akan Tiba Di PS5 Pada November 2025, Inilah Penambahbaikan Di PS5 Pro

STALKER 2: Heart of Chornobyl Akan Tiba Di PS5 Pada November 2025, Inilah Penambahbaikan Di PS5 Pro

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd