Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Malaysia umum Aksesori & Fesyen Baru Untuk 2023 – Khas untuk gamer on-the-go!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Fesyen, Produk
0 0
0
ROG Malaysia umum Aksesori & Fesyen Baru Untuk 2023 – Khas untuk gamer on-the-go!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Republic of Gamers Malaysia (ROG) mengumumkan ROG Accessories 2023 Series baharu untuk mengembangkan barisan produk fesyen dan aksesori SLASH yang memfokuskan pada gamer. Diilhamkan oleh gaya cyberpunk dan dunia digital moden, produk ini dibuat dengan bahan premium dan menampilkan estetik premium yang direka dengan budaya gaming sebagai fokus.

Kredit: ROG Malaysia

Berikut adalah butiran lengkap:

ROG SLASH Sling Bag 2.0, Duffle Bag dan Hard-Case Luggage menyertai barisan SLASH dengan reka bentuk warna hitam, merah jambu dan biru berani serta dibuat oleh bahan premium. Fabriknya kalis pada air dan tidak mudah koyak, kualiti zip bertambah bagus, dan bahagian dalam yang luas memastikan beg ini boleh digunakan dengan selamat dalam sebarang cuaca dan keadaan.

Kredit: ROG Malaysia

Dalam perjalanan, ROG SLASH Sling Bag 2.0 pula memberi ruang untuk membawa barang keperluan, beg ini sesuai untuk urusan kerja dan belajar. Dengan bahagian dalam besar yang boleh memuatkan pelbagai barang hingga ke bahagian berzip yang lebih kecil untuk barang yang perlu disimpan dengan selamat, Sling Bag 2.0 akan memudahkan segala urusan. Bukan itu sahaja, kunci magnet Fidlock memastikan gear selamat sehingga ia diperlukan, dan cangkuk 360° yang dipasangkan dengan tali bahu bermakna beg mudah dibawa pada satu bahu atau boleh dipakai seperti beg galas.

Kredit: ROG Malaysia

Seterusnya, ROG SLASH Duffle Bag menyediakan lebih banyak ruang, di mana bahagian utama boleh memuatkan barang keperluan serta beberapa barang tambahan. Bagi mereka yang menukar kasut untuk kerja atau gim, ruang menyimpan kasut tersembunyi turut disertakan, tetapi juga boleh ditanggalkan jika tidak diperlukan. ROG SLASH Duffle Bag juga mempunyai tali boleh laras untuk keselesaan dalam sebarang kedudukan. Sistem “bawa tiga hala” dan tali boleh laras membolehkan sesiapa sahaja membawa beg itu, walaupun amat berat.

Kredit: ROG Malaysia

Dibina daripada 100% polikarbonat dengan bucu yang diperkuatkan dan kunci yang mematuhi TSA, ROG SLASH Hard-Case Luggage adalah teman yang ideal untuk penerbangan jarak jauh dan barang berat yang dibungkus. Dilengkapi dengan empat roda roller senyap, ruang yang lebih daripada cukup untuk pakaian, ia juga mempunyai ruang untuk peralatan gaming yang terletak di bahagian tengah. Ini memastikan semua barang elektronik anda sampai ke destinasi dengan selamat

Harga & Ketersediaan

Kredit: ROG Malaysia

Barisan produk dan aksesori baru ROG Malaysia untuk 2023 Series akan tersedia pada pertengahan November dan harganya adalah seperti berikut:

ProdukHarga & KetersediaanLink
ROG SLASH Sling Bag 2.0RM 359Laman Web
Pertengahan NovemberLink Beli
ROG SLASH Duffle BagRM 599Laman Web
Pertengahan NovemberLink Beli
ROG SLASH Hard-Case LuggageRM 999Laman Web
Pertengahan NovemberLink Beli
ROG Archer Messenger 14RM 319Laman Web
Boleh didapati sekarangLink Beli
ROG Slash CrossbodyRM 409Laman Web
Boleh didapati sekarangLink Beli
Boleh didapati sekarangRM 409Laman Web
Boleh didapati sekarangLink Beli

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk ROG, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Counter-Strike 2 Mendapat Rating Terendah Berbanding Game Valve Lain!

Next Post

PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs – Game Multiplayer Baru Untuk Konsol & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs – Game Multiplayer Baru Untuk Konsol & PC!

PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs - Game Multiplayer Baru Untuk Konsol & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd