Riot dituduh memplagiat penampilan Seraphine League of Legends daripada seorang blogger!

Blogger Stephanie menulis sebuah posting panjang di laman webnya, yang memberitahu persamaan antara dia dan watak terbaru League of Legends, Seraphine. Menurut posting itu, dia percaya bahawa watak itu diilhamkan oleh dirinya sendiri selepas menjalin hubungan pendek bersama salah satu pekerja Riot Games. Riot segera menolak tuduhan itu, tetapi kemiripan mereka memang sukar untuk disangkal.

Di blognya, Stephanie menjelaskan secara terperinci keadaan. Pada awal tahun 2019, dia menjalin hubungan dengan pekerja Riot yang dinamakan sebagai “John” (untuk menjaga privasi) di mana mereka hanya bertemu dua kali dan kebanyakkannya berinteraksi dalam talian melalui mesej atau bermain League of Legends.

John memutuskan hubungan dengannya selepas tiga bulan, dan selepas setahun, Seraphine pun muncul. Persamaan mereka amat jelas dengan kemiripan nama, rupa, penampilan, dan juga kucing. Menurut Stephanie, John banyak kali memberitahu bahawa dia ingin memasukkan Stephanie ke dalam permainan sebagai pelakon suara untuk projek rahsia akan datang, dan juga mengakui dia mempunyai pengaruh ke atas K/DA, yang baru saja mengambil Seraphine sebagai anggota terbaru.

Riot menafikan persamaan antara mereka, dengan menyatakan “Seraphine secara bebas dibuat oleh Riot Games dan tidak berdasarkan pada mana-mana individu”. Selain itu, bekas pekerja [John] telah meninggalkan Riot lebih dari setahun yang lalu dan tiada kaitan dalam jabatan proses reka bentuk kreatif. Ramai yang terangkan juga bahawa Riot Whiskeys, isteri kepada Jeevan Sidhu (salah satu pereka Seraphine) adalah inspirasi untuk Seraphine.

Stephanie telah mengalami banyak kritikan kerana isu ini, lalu membalas:

Walaupun persamaan mereka terlalu banyak, tanpa bukti, ia agak mustahil untuk saya kata sama ada Seraphine diilhamkan oleh Stephanie. Kebetulan atau tidak, saya hanya mampu kata bahawa Stephanie dipengaruhi secara negatif oleh keseluruhan isu.

Sumber – Medium

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.