Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Skechers x Jujutsu Kaisen – Jalan Bergaya Bersama Gojo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fesyen, Preview, Tempatan
0 0
0
Previu Skechers x Jujutsu Kaisen – Jalan Bergaya Bersama Gojo!
Share on FacebookShare on Twitter

Diinspirasikan oleh pertempuran epik dan tenaga luar biasa Jujutsu Kaisen, Skechers mempersembahkan koleksi istimewa yang menggabungkan anime dengan reka bentuk bergaya mereka. Memperkenalkan koleksi kasut Skechers x Jujutsu Kaisen, yang menampilkan semua watak utama yang bentuk serba baharu tapi masih menonjol.

Dengan gaya klasik moden Skechers Street Koopa, kasut ini menggabungkan reka bentuk berinspirasikan watak seperti Gojo, Megumi, Itadori, dan Nobara. Dibuat daripada bahan kulit berkualiti tinggi dengan lapisan sintetik duraleather, kasut ini menampilkan reka bentuk lace-up klasik yang memberikan gaya “simple” tetapi menarik.

Kredit: Digital Braves

Tapak fleksibel memberikan cengkaman kukuh, dan reka bentuknya dilengkapkan dengan logo ikonik Skechers, menjadikan kasut ini kombo kemas antara anime dan fesyen. Kami berpeluang mendapatkan koleksi ini, jadi berikut adalah previu ringkas tentang reka bentuk dan kualitinya.

Secara peribadi, saya anggap reka bentuk kasut ini sangat memukau mata. Sebagai peminat Jujutsu Kaisen, saya memang kagum dengan perincian yang ditonjolkan.

Kredit: Digital Braves

Warna-warna yang dipilih jelas mencerminkan watak-watak utama: Megumi dengan warna biru, Gojo dengan warna putih, manakala reka bentuk asas hanya dalam kombinasi hitam dan putih. Saya benar-benar merasakan bahawa skema warna dan rekaan kasut ini sangat selaras dengan identiti setiap watak.

Usaha yang dicurahkan untuk memastikan kasut ini dekat dengan hati peminat sangat jelas, menjadikannya bukan sekadar sepasang kasut, tetapi juga memorabilia Jujutsu Kaisen yang boleh dibanggakan setiap kali dipakai.

Kredit: Digital Braves

Seterusnya, mari kita bincangkan tentang tahap keselesaan kasut ini. Secara keseluruhan, saya memberikan penilaian 4/5. Reka bentuk kasut ini memfokuskan kepada bahagian penting seperti tapak, tumit, dan bahagian atas, yang direka dengan baik untuk memberikan keselesaan semasa dipakai.

Sama ada untuk berjalan atau berdiri dalam tempoh yang lama, bahagian-bahagian ini menyediakan sokongan dan pelapik yang mencukupi, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian. Namun, saya perasan bahawa tapaknya agak nipis, yang mungkin tidak disukai sesetengah orang.

Kredit: Digital Braves

Walaupun begitu, ia tidak memberi kesan besar kepada saya. Selepas memakainya beberapa lama, saya dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Kasut ini berjaya mengimbangi antara gaya dan fungsi, memberikan keselesaan yang cukup untuk dipakai dalam jangka masa panjang tanpa rasa penat.

Sama ada anda seorang pemakai kasual atau seseorang yang mementingkan keselesaan, kasut ini memenuhi kedua-dua keperluan dengan baik.

Kredit: Digital Braves

Walaupun kasut ini direka khas untuk pemakaian kasual, saya mencubanya untuk berlari dan bersukan hanya untuk melihat sejauh mana prestasinya. Seperti yang dijangka, kasut ini kurang sesuai untuk aktiviti seperti itu.

Struktur dan reka bentuknya tidak disasarkan untuk pergerakan berimpak tinggi atau aktiviti fizikal yang lasak, yang sememangnya difahami berdasarkan tujuan asalnya. Jika anda membeli kasut ini, ia jelas lebih sesuai untuk berjalan santai atau kegunaan harian berbanding aktiviti sukan.

Kredit: Digital Braves

Namun begitu, untuk pemakaian kasual, kasut ini benar-benar menyerlah. Kasut Megumi yang saya pakai dengan cepat menarik perhatian orang di sekeliling. Ada juga yang memujinya, membuktikan betapa unik dan menonjolnya kasut ini.

Warna yang berani dan butiran yang menarik benar-benar membuatkan kasut ini kelihatan bergaya, menambahkan elemen estetika pada penampilan harian anda.

Kredit: Digital Braves

Sementara itu, versi White/Black dengan logo Tokyo Jujutsu High menawarkan pilihan yang lebih minimalis dengan warna “asas” atau “neutral”, sesuai untuk mereka yang tidak mahu terlalu menonjol atau menarik perhatian, terutamanya daripada peminat Gojo.

Saya dapati kombinasi warna ini lebih fleksibel kerana mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian, menjadikannya pilihan yang serba guna berbanding kombinasi warna lain.

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan,, kasut ini sangat sesuai sebagai “statement” untuk peminat Jujutsu Kaisen atau sesiapa sahaja yang menghargai reka bentuk yang kreatif. Walaupun mungkin tidak sesuai untuk sukan, kasut ini sempurna untuk menunjukkan cinta anda kepada siri ini dalam cara yang bergaya.

Namun, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah walaupun ada lima pilihan kombinasi warna, tidak semua saiz tersedia untuk setiap warna. Bagi mereka yang mempunyai saiz kaki lebih besar, saiz maksimum yang ditawarkan adalah US12. Malangnya, jika anda memerlukan saiz US13, pilihan itu tidak tersedia.

Kredit: Digital Braves

Nasib baik, saiz US12 boleh didapati untuk empat daripada lima warna, kecuali warna Natural/Red yang mewakili watak Nobara. Sebaliknya, bagi mereka dengan saiz kaki lebih kecil, saiz terkecil yang ditawarkan adalah US5, tetapi ia hanya tersedia dalam warna Natural/Red dan White/Black.

Oleh itu, pastikan anda memilih saiz yang tepat untuk keselesaan anda.

Kredit: Digital Braves

Koleksi kasut Skechers x Jujutsu Kaisen kini boleh didapati di semua kedai Skechers dan juga secara online pada nilai harga RM459.00. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Jujutsu KaisenSkechersSkechers x Jujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Konami Umum Anime “Yu-Gi-Oh! Card Game The Chronicles” – Akan Datang April 2025!

Next Post

Granblue Fantasy Versus: Rising Kini Diskaun 50%, Bersama Merch Baharu & Info E-Sukan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Granblue Fantasy Versus: Rising Kini Diskaun 50%, Bersama Merch Baharu & Info E-Sukan!

Granblue Fantasy Versus: Rising Kini Diskaun 50%, Bersama Merch Baharu & Info E-Sukan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd