Tidak perlu dinafikan, genre fighting game memang sangat kompetitif. Jadi, tidak hairan lah ramai pemain memerlukan controller third party, seperti arcade stick yang boleh membantu memudahkan gameplay mereka. Satu yang benar-benar menarik perhatian kami ialah NACON Daija Arcade Stick.
Secara ringkas, Nacon Daija Arcade Stick dilesenkan secara rasmi untuk PlayStation PS4 & PS5 dan PC dan dibangunkan dengan kerjasama pemain profesional. Khususnya, ia direka untuk pelbagai fighting game popular seperti Soulcalibur, Street Fighter, Dead or Alive, Tekken, Mortal Kombat, Dragon Ball, dan Guilty Gear Strive.
Keseluruhan reka bentuk adalah simple dan mudah untuk digunakan, bersama tempat letak tangan bertekstur, dan ciri kunci butang untuk mengelakkan tekanan yang tidak disengajakan – semua ini bagi memastikan pengalaman sangat selesa yang pasti meningkatkan gameplay anda ke tahap seterusnya.
Bagaimanakan pengalaman kami menggunakan Nacon Daija Arcade Stick? Teruskan membaca!
Reka bentuk Moden & Ergonomik
NACON Daija menawarkan reka bentuk moden dan elegan, serta penampilan yang kuat dan halus. Ia akan menarik minat para gamer yang menghargai fungsi dan gaya. Penampilannya yang berkelas datang daripada warna putih bersih digabungkan dengan warna hitam, tanpa pencahayaan RGB yang berlebihan. Skema warna yang ringkas namun canggih ini memberikan rasa moden yang klasik.
Estetika minimalis NACON Daija meningkatkan daya tarikannya, menjadikannya sesuai untuk sebarang setup gaming terutamanya untuk PS5. Garis reka bentuk yang halus dan bersih memberikan penampilan yang profesional dan berkualiti tinggi. Skim warna putih dan hitam tulen menambah daya tarikan visualnya dan menyerlahkan kualiti premiumnya.
Selain itu, kualiti build sepadan dengan penampilannya yang anggun. Badan yang kukuh dan bahan berkualiti tinggi menjadikan NACON Daija tahan lama dan boleh dipercayai untuk bermain game yang “intense”. Reka bentuk ergonomik dan tapak tangan bertekstur memastikan keselesaan, mengurangkan keletihan tangan dan membolehkan kita bermain game dengan lebih lama.
Pengalaman Bermain
Ciri yang ditawarkan sangat bagus, dan rasa memuaskan untuk dimainkan. Pertama sekali, butang dan stick sangat smooth, dengan luas permukaan yang agak besar. Saya tidak kerap menggunakan arcade stick, tetapi boleh mengatakan bahawa ia mudah digunakan, dan mudah untuk memahami semua butang dan ciri-ciri.
Stick dan butang aksi dibuat oleh SANWA, jenama terkemuka untuk pemain fighting game profesional, yang terkenal dengan kualiti dan ketahanan yang luar biasa.
Butang boleh dikonfigurasikan sepenuhnya menggunakan perisian NACON Daija Arcade Stick. Bicu audio juga tersedia pada arcade stick ini. Bicu 3.5mm membolehkan pemain menyambung headset berwayar untuk ciri audio dan chatting.
Perbezaan terbesar dengan DAIJA Arcade Stick untuk PS4, kali ini mereka mengalihkan butang PlayStation dan profil dari sisi ke bahagian tengah atas. Ini meninggalkan lebih banyak ruang di sebelah kanan supaya pemain boleh mengunci dan menukar profil dengan mudah.
Satu lagi perubahan besar ialah kabel USB daripada kabel USB bersepadu kepada kabel USB-A kepada USB-C yang boleh ditanggalkan. NACON Daija mempunyai ruang penyimpanan pintar untuk kabel sepanjang 3 meter, memastikan semuanya kemas dan mudah diakses walaupun panjang.
Pilihan Customization Yang Luas
Seperti biasa, untuk pemain FGC, ciri penting sudah pasti adalah customization. NACON Daija menawarkan kemungkinan yang tidak terbatas untuk customization, baik di dalam game maupun di luar game.
Pertama, ia menyediakan tiga pilihan faceplate yang disertakan dengan arcade stick, atau anda boleh membuatnya sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menekan butang sisi untuk membuka arcade stick, dab anda akan melihat dua kepala stick serta alatan untuk customize peranti dengan cepat dan mudah.
Selain pilihan customization fizikal, anda juga boleh menyesuaikan pengalaman gaming melalui perisian intuitif yang memudahkan anda membuat profile game. Anda boleh membuat sehingga 4 profile, lalu menggunakannya untuk game yang berbeza atau menetapkan kawalan sendiri.
Anda juga boleh mengunci profile, untuk mengelakkan tekanan yang tidak disengajakan dan mengelakkan gangguan dalam pertarungan sengit. Bertukar antara profil dengan mudah, simpan tetapan, dan juga kongsikannya dengan orang lain.
Kekurangannya?
Tidak banyak perubahan daripada versi sebelumnya, tetapi kualiti dan fungsinya kekal terbaik. Tetapi melihat kekurangannya, penting untuk kata bahawa harga mungkin agak mahal berbanding dengan pilihan lain. Selain itu, saiznya yang lebih besar mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang terhad atau untuk tujuan perjalanan, kerana ia agak berat.
Pendapat
Dengan semakin banyak fighting game yang dikeluarkan, ramai beginner sedang mempertimbangkan untuk membeli arcade stick. Jika untuk pemula, saya tidak akan mengesyorkan membeli NACON Daija, kerana harganya mahal dan terdapat terlalu banyak pilihan customization yang mungkin membuat anda terlalu overthinking.
Tetapi jika anda sanggup membayar premium, Daija adalah arcade stick yang luar biasa. Jika anda suka customize dan ingin mencipta arcade stick yang diperibadikan, saya sangat mengesyorkan NACON Daija. Kesimpulannya, Nacon Daija Arcade Stick adalah salah satu peneman yang terbaik, menawarkan reka bentuk yang anggun dan kukuh.
Jika anda sedang mencari arcade stick premium untuk kegunaan jangka panjang, produk ini patut dicuba. Berminat? NACON Daija Arcade Stick berharga sekitar RM1439. Anda boleh beli melalui UnityGame, atau TinyRobot.
@gamersantaimy
Discussion about this post