Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu ELDEN RING Tarnished Edition (Nintendo Switch 2) – Jadi Elden Lord Di Mana-Mana Sahaja

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch 2, Review, Soulslike
0 0
0
Reviu ELDEN RING Tarnished Edition (Nintendo Switch 2) – Jadi Elden Lord Di Mana-Mana Sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila FromSoftware melancarkan Elden Ring pada Februari 2022, mereka membawa combat dan mekanik mencabar daripada siri Dark Souls ke dalam sebuah dunia terbuka yang sangat luas.

Berkat penerokaan yang memuaskan, combat yang sengit, serta perkembangan watak yang fleksibel, game ini meraih pujian meluas dan dinobatkan sebagai Game of the Year di The Game Awards 2022.

Expansion besar Shadow of the Erdtree menyusul pada Jun 2024 dengan membawakan kawasan, musuh, boss, dan peralatan baharu ke dalam pengembaraan yang sudah cukup luas. Kini, Elden Ring membuat kemunculan sulung di platform Nintendo.

Akan dikeluarkan pada 28 Ogos 2026, Elden Ring: Tarnished Edition menggabungkan base game bersama Shadow of the Erdtree, bersama starting class, set armor, dan skin kosmetik untuk Torrent.

Pada asalnya dirancang untuk tahun 2025, port ini ditangguhkan ke tahun 2026 bagi memberi masa tambahan kepada pasukan pembangunan untuk mengoptimumkan prestasi.

Dengan pelancarannya yang semakin hampir, persoalan utama ialah sama ada Switch 2 benar-benar mampu menjalankan dunia Lands Between yang luas dan combat yang mencabar dalam kedua-dua mod handheld serta docked.

Pakej Lengkap, Tetapi Adakah Berbaloi dengan Harganya?

Secara lebih khusus, Elden Ring: Tarnished Edition merangkumi base game, expansion Shadow of the Erdtree, dua starting class baharu, empat set armor, dan tiga skin untuk Torrent.

Kepada pemain baharu atau sesiapa yang hanya memiliki Switch 2, ini merupakan pakej serba lengkap kerana memuatkan hampir semua kandungan yang telah dikeluarkan setakat ini. Kemudahan tersebut, bersama kelebihan mudah alih dalam mod handheld, menjadi tarikan terbesar bagi edisi ini.

Gameplay asas tidak berubah. Kita bebas meneroka Lands Between, mencuba pelbagai senjata, sihir, Ashes of War, dan Spirit Ashes, serta membentuk build mengikut gaya sendiri menerusi sistem atribut yang fleksibel.

Ditambah pula dengan peta tambahan, peralatan, dan pertarungan boss dalam Shadow of the Erdtree, pemain disajikan dengan jumlah kandungan yang sangat banyak.

Walau bagaimanapun, pakej “lengkap” ini tidak semestinya serupa nilai. Harga pelancarannya tidak lebih murah berbanding kombo serupa di konsol/platform lain, jadi susah untuk dijustifikasikan memandangkan ada kompromi dari segi visual dan prestasi pada Switch 2.

Jika anda sudah memiliki base game dan expansion ini di platform lain, keupayaan untuk memainkannya secara mudah alih adalah satu-satunya sebab munasabah untuk membelinya sekali lagi.

Seronok Dibawa Ke Mana-Mana Dalam Mod Handheld, Tapi Meletihkan Jari

Keupayaan memainkan Elden Ring di mana-mana sahaja sudah tentu menjadi ciri paling menonjol bagi versi Switch 2. Semasa kita sekadar meneroka atau bertarung dengan musuh biasa, ia berjalan dengan lancar tanpa masalah. Serangan, dodge, block, dan kawalan kamera terasa responsif, tanpa sebarang input lag ketara.

Kelemahan mod handheld pula terletak pada aspek visual dan kebolehbacaan. UI, sari kata, tutorial, dan penerangan item terlalu kecil pada skrin. Membaca penerangan yang panjang atau menyemak statistik peralatan boleh memenatkan mata dengan cepat.

Kualiti visual keseluruhan juga nampak agak biasa, dan memusingkan kamera dengan pantas boleh menyebabkan paparan terasa kasar dan meletihkan pandangan semasa sesi gaming yang panjang.

Keselesaan fizikal juga menjadi satu lagi isu. Tidak seperti turn-based RPG yang lebih santai atau game aksi yang lebih ringan, Elden Ring memerlukan refleks yang pantas dan kawalan yang tepat.

Kita sering kali perlu berlari, mengubah kedudukan watak, dan mengawal kamera secara serentak, yang kadangkala memaksa tangan untuk memegang konsol dengan gaya claw grip yang janggal.

Walaupun berat Switch 2 masih selesa untuk sesi bermain yang singkat, sesi berpanjangan akan meletihkan pergelangan tangan dan jari… terutamanya apabila kita terpaksa mengulang pertarungan boss yang susah berkali-kali.

Lancar Ketika Meneroka, Tersekat-sekat Semasa Babak Intensif

Semasa sesi gamingbiasa, Switch 2 beroperasi dengan agak baik, tetapi kita akan kerap berdepan dengan penurunan frame rate.

Masalah stutter berlaku setiap kali perkakasan dipaksa bekerja keras; seperti ketika berada berhampiran efek visual yang berat seperti air terjun, meneroka kawasan lapang yang luas, atau melawan beberapa musuh serentak.

Masalah ini tidak terhad kepada satu lokasi sahaja; setiap kali sesuatu babak menjadi padat, prestasi gameplay akan terjejas.

Kita juga sedar ada penurunan frame secara mendadak sebaik sahaja melangkah masuk ke arena boss, walaupun prestasinya biasanya pulih tidak lama kemudian. Masalah yang lebih menjengkelkan ialah stutter yang berlaku berulang kali sepanjang pertarungan itu.

Frame rate jatuh dengan lebih kerap apabila kita menyeru Spirit Ashes atau apabila boss melancarkan serangan yang penuh dengan kesan partikel.

Walaupun input butang masih dikesan dengan tepat pada kebanyakan masa, sistem combat Elden Ring sangat bergantung pada kebolehan membaca animasi serangan musuh, mencari ruang serangan, dan mengatur dodge dengan tepat.

Ketidakstabilan frame rate semasa pertarungan sengit mengganggu rentak permainan dan menambah kesukaran yang tidak sepatutnya ada kepada pertarungan yang sememangnya sudah mencabar.

Isunya bukanlah game ini langsung tidak boleh dijalankan… ia mampu menjalankan penerokaan asas dengan baik. Sebaliknya, prestasinya terjejas semasa pertarungan boss yang kompleks dan berintensiti tinggi, iaitu detik di mana kestabilan amat diperlukan.

Sedikit stutter ketika meneroka kawasan masih boleh diabaikan, tetapi amat susah dimaafkan apabila berlaku semasa percubaan kali ke-10 melawan boss yang mencabar.

Sambung ke TV Menghilangkan Kelebihan Utama

Meletakkan Switch 2 dalam keadaan dock memendekkan masa loading sekitar satu hingga dua saat. Peningkatannya tidak begitu besar dan berbeza mengikut kawasan, tetapi secara keseluruhan, masa loading masih berpatutan dan jarang mengganggu rentak gameplay.

Malangnya, bermain dalam mod docked tidak menyelesaikan masalah frame rate. Kita masih akan melihat penurunan semasa pertarungan yang sibuk, penerokaan open-world, dan pertarungan boss, di mana prestasi semakin merosot apabila kesan partikel dan Spirit Ashes muncul serentak.

Bermain secara docked memang menyelamatkan tangan anda daripada keletihan memegang konsol, tetapi ia turut menghilangkan tarikan utama versi ini: keupayaan mudah alih. Sebaik sahaja disambungkan ke TV, versi Switch 2 tiada sebarang kelebihan visual atau prestasi apabila dibandingkan dengan platform lain.

Jika anda berhasrat untuk bermain di TV tetapi sudah memiliki game ini di konsol lain atau PC, kami tidak akan mengesyorkan versi Switch 2. Nilai utamanya bermula dan berakhir dengan keupayaan untuk meneroka Lands Between jauh daripada skrin televisyen atau monitor.

Kelas Baharu dan Skin Torrent Hanyalah Kosmetik dan Bukan Eksklusif

Tarnished Edition memperkenalkan dua starting class baharu: Heavy Knight dan Idus Knight. Oleh kerana starting class hanya menentukan atribut awal dan peralatan permulaan, anda masih bebas membina watak ke mana-mana arah selepas itu.

Penambahan ini memberi lebih banyak pilihan permulaan kepada pemain baharu dan menawarkan sedikit variasi kepada pemain lama untuk memulakan playthrough baharu, namun ia tidak mengubah teras gameplay secara ketara.

Kita juga boleh menemui skin Torrent baharu di seluruh dunia permainan dan menggunakannya di mana-mana Site of Grace. Perubahan ini bersifat kosmetik semata-mata untuk mengubah rupa Torrent tanpa mengubah kelajuan atau mekanik tunggangannya.

Tiada satu pun daripada kandungan ini eksklusif untuk Switch 2. Dua kelas tersebut, empat set armor, dan tiga skin Torrent turut dijual secara berasingan di platform lain melalui “Tarnished Pack” berbayar.

Sudah memiliki Elden Ring di platform lain? Anda tidak perlu membeli keseluruhan edisi ini semata-mata untuk mendapatkan item baharu tersebut.

Pendapat

Elden Ring: Tarnished Edition membawakan base game, expansion Shadow of the Erdtree, dan kandungan tambahan ke perkakasan Nintendo dalam satu pakej yang sangat besar.

Jika belum pernah bermain sebelum ini dan hanya memiliki Switch 2, anda mendapat hampir keseluruhan pengembaraan dalam satu pembelian, lengkap dengan kawalan yang responsif dan kemudahan bermain secara handheld.

Pun begitu, ini bukanlah cara yang paling ideal untuk menikmati game ini. Dalam mod docked, ia tidak mampu menandingi visual yang lebih tajam dan prestasi yang lebih lancar pada platform lain.

Dalam mod handheld, kita terpaksa berdepan dengan teks yang kecil, kualiti visual biasa, keletihan tangan semasa sesi panjang, serta penurunan frame rate yang kerap semasa pertarungan penting. Mengambil kira harga pelancarannya yang agak tinggi, ia agak susah untuk disyorkan.

Andai kata Switch 2 adalah satu-satunya sistem yang anda miliki, atau anda benar-benar mahukan Elden Ring versi mudah alih dan sanggup menerima kualiti visual yang lebih rendah serta penurunan frame rate, Tarnished Edition masih berbaloi untuk dipertimbangkan.

Namun, jika mempunyai akses kepada PC atau konsol lain (atau mementingkan visual yang tajam dan prestasi yang stabil semasa pertarungan boss), versi sedia ada di platform lain adalah pilihan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

ELDEN RING Tarnished Edition

7.5 Score

Menggabungkan game asas, Shadow of the Erdtree, dan kandungan tambahan baharu, Elden Ring: Tarnished Edition di Switch 2 menawarkan pakej serba lengkap yang membolehkan kita meneroka Lands Between secara mudah alih dengan kawalan responsif. Namun, nilainya dijejaskan oleh teks handheld yang terlalu halus, keletihan tangan semasa sesi panjang, serta penurunan frame rate yang kerap semasa pertarungan boss (isu yang tetap berlaku walaupun dalam mod docked). Pada nilai harga tinggi, edisi ini hanya disyorkan jika keupayaan mudah alih adalah keutamaan mutlak, manakala platform lain adalah pilihan lebih baik untuk kualiti visual dan prestasi yang lebih stabil.

PROS

  • Menggabungkan base game dan Shadow of the Erdtree, menawarkan jumlah kandungan yang sangat banya
  • Memberikan cara untuk meneroka Lands Between secara mudah alih
  • Kelas baharu, set armor, dan skin Torrent menambah variasi

CONS

  • Teks kecil dan visual asas menyusahkan kita membaca serta menonton dalam mod handheld
  • Penurunan frame rate yang kerap semasa penerokaan open-world, combat sengit, dan pertarungan boss (yang tidak diselesaikan oleh mod docked
  • Sesi bermain handheld berpanjangan boleh menyebabkan ketidakselesaan fizikal

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Elden Ring Tarnished EditionNintendo Switch 2reviu
ShareTweetSend
Previous Post

CONTROL Resonant – Gameplay “Altered State” Menunjukkan Dylan Faden Mengganas Di Manhattan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

CONTROL Resonant – Gameplay “Altered State” Menunjukkan Dylan Faden Mengganas Di Manhattan
Berita

CONTROL Resonant – Gameplay “Altered State” Menunjukkan Dylan Faden Mengganas Di Manhattan

August 26, 2026
Game Simulasi Angkasa ‘Petit Planet’ Akan Keluar Tidak Lama Lagi; Pendaftaran Final Beta Kini Dibuka
Berita

Game Simulasi Angkasa ‘Petit Planet’ Akan Keluar Tidak Lama Lagi; Pendaftaran Final Beta Kini Dibuka

August 26, 2026
Monster Hunter Outlanders Buka Pra-Pendaftaran, Memperkenalkan Flagship Elder Dragon Ruger Aidal
Mobile

Monster Hunter Outlanders Buka Pra-Pendaftaran, Memperkenalkan Flagship Elder Dragon Ruger Aidal

August 26, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd