Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Call of Duty: Black Ops 7 – Multiplayer Cemerlang, Campaign Gagal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2025
in Artikel, Battle.net, Berita, Game Review, Microsoft, PC, PS4, PS5, Review, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Call of Duty: Black Ops 7 – Multiplayer Cemerlang, Campaign Gagal
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan pada 14 November 2025, Call of Duty: Black Ops 7 telah mencetuskan satu persoalan besar dalam kalangan komuniti gamer: Adakah percubaan berani untuk membawa kelainan yang drastik mampu melonjakkan francais ini ke tahap yang lebih tinggi?

Jawapannya ternyata lebih rumit daripada yang disangka kerana walaupun Black Ops 7 membawakan satu pengalaman yang benar-benar berbeza, ia bukanlah ke arah yang pemain mahukan. Setelah meluangkan masa dengannya, inilah ulasan penuh daripada kami.

Kempen Cerita Jauh Tersasar Daripada Identiti Black Ops

Berlatarkan tahun 2035, Black Ops 7 mengisahkan tentang David Mason yang mengetuai sebuah pasukan tempur elit JSOC. Misi mereka bermula selepas menerima satu siaran misteri daripada Raul Menendez, antagonis yang dahulunya dipercayai telah mati.

Dalam siaran tersebut, Menendez bukan sahaja mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan global, malah mengusik akan datangnya ancaman yang jauh lebih besar. Siasatan lanjut oleh pasukan Mason mendedahkan konspirasi yang didalangi oleh sebuah konglomerat teknologi ketenteraan gergasi bernama The Guild.

Mereka didapati sedang membangunkan sebuah projek senjata biologi yang amat berbahaya, dikenali sebagai “Cradle”. Senjata ini berbentuk gas merah yang mampu menyebabkan halusinasi secara kolektif dan sentiasa muncul kembali menerusi proses pemulihan berulang kali.

Elemen yang menjadikan setiap misi terasa begitu aneh tetapi realistik adalah penggunaan implan saraf “C-Link” yang dipasang pada otak setiap askar. Teknologi ini membolehkan mereka berkongsi dan merasai halusinasi, ketakutan, serta memori sesama ahli pasukan secara langsung.

Secara teori, konsep ini kedengaran seperti elemen perang psikologi yang menjadi inti siri Black Ops, tetapi dengan sentuhan yang lebih ganjil.

Walau bagaimanapun, bermula dari misi pertama, arah tuju kempen ini terasa sangat menyimpang daripada kebiasaan sebuah game Call of Duty.

Daripada aksi ketenteraan yang berpaksikan realiti dengan adunan fiksyen sains dan keanehan, ia telah bertukar menjadi sebuah game tembak-menembak yang digabungkan dengan pertarungan boss yang diilhamkan daripada genre seram survival.

Secara tiba-tiba, anda dikehendaki menentang raksasa gergasi yang lahir daripada halusinasi, atau berhadapan dengan bunga-bunga mutan yang mampu melahirkan kawanan musuh berbentuk labah-labah dengan serangan bebola letupan. Pada saat itu, pengalaman bermainnya sama sekali tidak lagi terasa seperti Call of Duty.

Saya memahami niat pembangun untuk meneroka idea halusinasi melalui “Cradle”, tetapi identiti game ini lenyap sepenuhnya apabila rekaan musuh dan gameplay combat lebih menjurus ke arah fantasi seram berbanding fiksyen sains ketenteraan.

Kempen game ini bukanlah sebuah looter shooter sepenuhnya, namun ia ada meminjam beberapa ciri daripadanya. Ia lebih cenderung kepada game shooter dengan elemen RPG yang ringan. Anda akan mengutip senjata dan menaik tarafnya ke tahap rarity yang lebih tinggi untuk mendapatkan bonus.

Namun, kelemahannya adalah bonus yang ditawarkan hanyalah peningkatan kuasa yang ringkas. Sistem ini tidak cukup mendalam untuk dianggap sebagai sebuah sistem RPG yang memuaskan, tetapi pada masa yang sama, ia terlalu jauh berbeza daripada reka bentuk klasik Call of Duty.

Struktur game secara co-op turut menambahkan lagi masalah. Walaupun fungsi mengisi skuad secara automatik dimatikan, pemain tetap diwajibkan untuk melalui proses matchmaking. Berdasarkan pengalaman saya, setiap sesi permainan secara konsisten hanya menemukan saya dengan seorang pemain lain.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap nasib pemain yang ingin menikmati mod kempen ini pada masa akan datang. Sesetengah babak jelas sekali direka untuk dimainkan oleh beberapa orang, menyebabkan pengalaman bermain secara solo terasa janggal dan tidak seimbang.

Lebih-lebih lagi, ganjaran ‘scorestreak’ dan abiliti khas dalam mod kempen ini terasa lebih mirip dengan apa yang ada dalam mod Call of Duty Zombies berbanding sebuah operasi ketenteraan sebenar. Tahap aksi yang dipaparkan meningkat secara tidak munasabah dalam masa yang singkat.

Idea ini mungkin menarik, tetapi ia terlalu jauh terpesong daripada identiti kempen Call of Duty yang biasa, sehinggakan ia terasa seperti sebuah game daripada francais lain. Saya nampak potensi keunikan yang cuba mereka bawakan, tetapi saya berpendapat mereka perlu mencuba sekali lagi untuk menjayakan kempen ini.

Mod Endgame Ialah Pengalaman PvE Ala Extraction

Sebuah mod Pemain-lawan-Persekitaran (PvE) baharu, dinamakan “Endgame”, kini diperkenalkan. Mod ini boleh diakses setelah kempen utama ditamatkan, dan di sinilah elemen pembangunan watak ala RPG terasa lebih bermakna. Sebaik sahaja kempen co-op selesai, anda akan membuka satu peringkat tambahan “Endgame” di dalamnya.

Secara jujurnya, mod ini memberikan satu nafas baharu kepada pengalaman PvE dalam siri Call of Duty. Secara am, mod ini adalah sejenis pengalaman ala extraction yang telah dipermudahkan. Anda akan dihantar ke sebuah peta dalam talian bersama-sama 32 pemain lain dengan had masa selama 50 minit.

Semua pemain akan bersaing untuk menyelesaikan sebanyak mungkin aktiviti PvE yang tersedia. Peta ini dibahagikan kepada zon-zon berbeza dengan tahap kesukaran berbeza: Zone I untuk Combat Rating 0, Zone II untuk Combat Rating 10, Zone III untuk Combat Rating 30, dan Zone IV untuk Combat Rating 45.

Walaupun boleh memasuki zon tahap tinggi lebih awal, anda mungkin akan berdepan kesukaran untuk menewaskan musuh di sana.

Setiap tindakan akan memberikan EXP untuk meningkatkan Combat Rating anda. Setiap kali tahap anda meningkat, game akan memberikan pilihan antara dua abiliti unik. Abiliti-abiliti ini kemudiannya akan bercabang kepada ‘skill tree’ tersendiri.

Oleh kerana anda hanya ditawarkan dua pilihan setiap kali naik taraf, pembangunan watak anda akan mempunyai elemen rawak. Setiap skill tree akan meningkatkan aspek yang berlainan pada watak anda, seperti Gunner, Bulldozer, atau Berserker. Berdasarkan pemerhatian saya, setiap watak boleh menguasai sehingga tiga skill tree.

Apabila merasakan diri sudah cukup bersedia, atau apabila masa semakin suntuk, anda perlu melarikan diri dengan memanggil sebuah VTOL untuk proses pengekstrakan, sama seperti game extraction shooter yang lain. Kelainannya di sini ialah mod ini seratus peratus PvE, tanpa sebarang tekanan daripada PvP.

Sekiranya anda berjaya keluar dengan selamat, segala kelengkapan yang anda temui serta kemajuan Combat Rating yang diperoleh akan disimpan. Setiap watak mempunyai sistem kemajuan yang berasingan.

Ini bermakna, jika salah seorang watak anda terkorban semasa bermain, ia tidak akan menjejaskan kemajuan keseluruhan akaun anda selagi watak-watak lain telah dibangunkan secara individu.

Saya berpendapat mod ini mempunyai potensi yang sangat besar bagi mereka yang inginkan pengalaman PvE klasik Call of Duty selain daripada mod kempen.

Multiplayer dan Zombies Tidak Mengecewakan

Sekiranya mod kempen kelihatan tercari-cari identiti, mod multiplayer adalah di mana Black Ops 7 membuktikan jati dirinya. Sejumlah tujuh mod permainan tersedia semasa pelancaran, disokong oleh pilihan peta yang mencukupi untuk mengelakkan rasa bosan dalam masa terdekat.

Sistem kemajuannya direka secara jangka masa panjang, di mana anda akan sentiasa berusaha menaikkan tahap senjata, membuka peralatan, field upgrade, dan scorestreak berserta overclock yang berfungsi untuk meningkatkan durasi, kekuatan, atau keberkesanannya.

Ciri baharu, ‘Combat Specialties’, kini membolehkan pembinaan watak hibrid. Anda boleh menggabungkan ‘perk’ daripada dua ‘core specialization’ yang berbeza untuk menghasilkan efek baharu, sekali gus membuka ruang penyesuaian yang jauh lebih luas berbanding sebelum ini.

Scorestreak baharu pula menjadikan suasana combat lebih huru-hara.

Anda berpeluang untuk mengendalikan unit mecha Rhino, mengerahkan HKD (sekumpulan dron beroda dua automatik yang memburu dan meletupkan musuh), atau memanggil D.A.W.G. (seekor anjing serangan robotik yang lengkap bersenjata dengan turet berkaliber tinggi serta pod roket).

Walaupun kedengaran keterlaluan dan tidak masuk akal, ia masih selari dengan tema fiksyen sains Call of Duty Black Ops, dan inilah jenis kegilaan yang menjadikan mod multiplayer begitu menyeronokkan.

Sistem pergerakan Omnimovement yang diperkenalkan dalam Black Ops 6 kembali dan kekal sebagai salah satu ciri terbaik dalam siri Call of Duty moden. Pengenalan mekanik wall jumping menambahkan lagi elemen vertical dan menjadikan pergerakan pemain sukar dijangka, lantas membuatkan setiap combat lebih fleksibel dan kelam-kabut.

Sistem pergerakan ini sahaja sudah cukup untuk memastikan setiap perlawanan kekal seronok walaupun setelah bermain untuk tempoh yang lama.

Mod Zombies pula menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding Black Ops 6. Rekaan petanya akhirnya terasa seperti sebuah peta Zombies yang tulen, penuh dengan anomali, binaan-binaan aneh, dan suasana yang mencemaskan, berbeza dengan susun atur pangkalan yang hambar sebelum ini.

Ia menawarkan empat tahap kesukaran, sokongan untuk gameplay solo dan skuad, dan yang paling mustahak, kemajuan permainan untuk pemain solo kini boleh disimpan—satu penambahbaikan kualiti hidup yang amat dialu-alukan.

Sistem ‘augment’ turut memperkukuh kemajuan jangka panjang antara sesi permainan, menjadikan setiap percubaan lebih bermakna. Malah, ada mod third-person disediakan jika anda sekadar mahu berseronok menikmati kekacauan tanpa perlu bermain dengan serius.

Secara keseluruhan, mod Zombies sangat keseronokan, dan para peminat tegar siri ini hampir pasti akan berasa puas hati.

Pendapat

Black Ops 7 ialah sebuah game yang jelas mempunyai dua personaliti berbeza. Mod kempennya menampilkan idea yang berani, unik, dan bercita-cita tinggi, namun pada masa yang sama terasa serba tidak kena, tidak konsisten, dan terputus daripada formula yang menjadikan sesebuah kempen Call of Duty itu berjaya.

Konsep halusinasi sebenarnya mempunyai potensi yang besar, tetapi cara pelaksanaannya yang terlalu berat kepada combat menentang raksasa gergasi dan babak-babak ala seram membuatkan game ini seakan kehilangan jati dirinya.

Khususnya untuk pemain solo, sistem matchmaking secara paksa dan reka bentuk yang jelas memihak kepada mod co-op hanya akan menjadikan pengalaman bermain lebih mengecewakan dan tidak seimbang.

Walau bagaimanapun, mod multiplayer dan Zombies kekal sebagai kekuatan game ini. Kedua-dua mod ini sekali lagi menjadi bukti mengapa francais Call of Duty terus mendominasi pasaran shooter game.

Sistem pergerakan, scorestreak yang penuh aksi, sistem kemajuan yang luas, serta kandungan yang padat memastikan mod-mod ini mampu bertahan lama. Inilah bahagian di mana pakej game ini benar-benar bersinar.

Di samping itu, kehadiran Endgame, mod PvE ala extracion yang baharu, menjadi pelengkap yang sangat dialu-alukan sebagai pilihan pertengahan antara kempen, Zombies, dan mod multiplayer. Ia menawarkan sistem kemajuan, nilai main semula yang tinggi, dan sebuah ruang PvE yang santai tanpa sebarang tekanan daripada PvP.

Walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan, Endgame kelihatan seperti satu tambahan yang solid untuk pemain yang sekadar inginkan pengalaman PvE tulen tanpa perlu terikat dengan mod Zombies atau mengulang kempen.

Kesimpulannya, Black Ops 7 mungkin tersilap dari segi penceritaan, tetapi campuran mod multiplayer, Zombies, dan Endgame berjaya membentuk satu pengalaman yang sangat mantap.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Call of Duty: Black Ops 7

7 Score

Call of Duty: Black Ops 7 ialah sebuah permainan yang tidak seimbang. Kempen ceritanya dianggap sebagai satu kegagalan kerana terlalu bereksperimen sehingga menyimpang jauh daripada identiti Call of Duty, dengan pengenalan elemen seram fantasi yang terasa janggal dan tidak kena pada tempatnya. Walau bagaimanapun, kelemahan ini berjaya diimbangi oleh mod-mod dalam taliannya yang sangat cemerlang. Mod Multiplayer dan Zombies kembali dengan formula klasik yang mantap, menyeronokkan, dan digilap dengan baik, manakala pengenalan mod PvE baharu, "Endgame," menambah nilai dan kandungan yang segar pada pakej keseluruhan. Oleh itu, walaupun bahagian penceritaannya amat mengecewakan, game ini masih dianggap sebagai satu pengalaman yang bagus berkat kekuatan komponen multiplayer-nya.

PROS

  • Aksi multiplayer yang pantas dan kelam-kabut dengan tahap penyesuaian yang mendalam
  • Sistem Omnimovement dan wall jump menjadikan gameplay lebih dinamik
  • Mod Zombies yang bagus dengan atmosfera yang mengasyikkan dan sistem kemajuan jangka panjang
  • Mod PvE Endgame menawarkan pengalaman ala extraction yang segar dengan sistem kemajuan yang berterusan

CONS

  • Kempen mengalami krisis identiti yang serius dan tidak terasa seperti sebuah Call of Duty
  • Sistem kemajuan senjata dan naik taraf dalam kempen kurang memberikan impak yang memuaskan
  • Pemain dipaksa melalui proses matchmaking untuk mod kempen walaupun bermain solo
  • Struktur kempen yang jelas direka untuk co-op menjadikan pengalaman bermain secara solo terasa janggal

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Call of Duty: Black Ops 7reviu
ShareTweetSend
Previous Post

“Kagurabachi” & “Ichi the Witch” Dipilih Sebagai Wajah Baharu Weekly Shonen Jump Untuk 2026

Next Post

Manga “Look Back” Akhirnya Menjadi Filem Aksi Langsung Arahan Pengarah Pemenang Anugerah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Manga “Look Back” Akhirnya Menjadi Filem Aksi Langsung Arahan Pengarah Pemenang Anugerah

Manga "Look Back" Akhirnya Menjadi Filem Aksi Langsung Arahan Pengarah Pemenang Anugerah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd