MOBA sangat terkenal dengan perspektif daripada “Top View” dan jarang sekali untuk kita melihat game MOBA dimainkan dengan menggunakan perspektif lain seperti “3rd person” ataupun “1st person”. Kebiasaannya, game seperti Dota 2 dan juga League of Legends menggunakan “Top View” dan baru-baru ini, terdapat satu game yang dihasilkan oleh Toylogic Inc. dengan menggabungkan beberapa genre lain seperti battle royale dan juga tactical RPG iaitu Warlander.
Untuk pengetahuan anda, Warlander telah pun dilancarkan di PC melalui Steam pada 25 Januari 2023 manakala untuk PlayStation 5 dan juga Xbox Series X|S akan menyusul pada bulan April nanti. Mari kita mulakan review Warlander yang berada di Steam.
Gameplay

Semasa saya mula-mula bermain Warlander, saya agak kaku untuk memulakan permainan, tetapi dengan tutorial yang disediakan, saya dapat meyakinkan diri saya untuk bermain game ini dengan semangat. Tutorial yang diberikan adalah sangat terperinci dengan memberikan petunjuk yang dapat membantu semasa berada di situasi sebenar.
Game ini akan dibagikan kepada 2 pasukan iaitu biru dan juga merah. Dalam pasukan pula akan terdiri daripada 5 kumpulan yang mengandungi seramai 4 orang pemain. Jadi, jumlah pemain di dalam satu game adalah seramai 40 orang termasuk Commander yang akan dipilih secara rawak.
Sebelum masuk ke dalam perlawanan, anda akan diberikan dalam 20 saat untuk memilih strategi yang sesuai untuk mempertahankan istana anda ataupun menyerang istana musuh. Terdapat 3 strategi yang disediakan iaitu Assault Tactics, Balanced Tactics dan juga Defensive Tactics.

Setiap daripada strategi yang digunakan mempunyai perbezaan dan ciri-ciri yang unik. Berikut adalah maklumat yang lebih terperinci bagi setiap strategi:
- Assault tactics – Fokus pada kesalahan daripada mempertahankan istana anda
- Balanced Tactics – Seimbang serangan dan pertahanan sama rata
- Defensive Tactics – Lindungi istana anda dengan berbilang skuad pertahanan

Selesai memilih strategi yang sesuai, anda sepasukan akan memilih Role pula di mana ia terbahagi kepada 3 iaitu Special Ops (skuad yang pakar dalam menawan tower), Assault Squad (Skuad penyerang yang menyerang istana untuk memusnahkan core) dan Castle Guard (skuad yang melindungi istana mereka).

Apabila selesai memilih role, kini tiba masanya untuk anda memilih watak untuk dimainkan ke dalam medan perang. Namun, tidak semua watak boleh dibawa masuk ke dalam medan perang. Hal ini kerana setiap watak mempunyai tahap yang ditetapkan. Contohnya Squire, dia memerlukan Valor level 1 untuk masuk ke dalam medan perang.
Jadi, anda dikehendaki untuk bermain watak yang paling rendah sebagai permulaan untuk mengumpul lebih banyak EXP bagi menukar watak yang lebih kuat.

Misi utama Warlander adalah mudah sahaja, anda dikehendaki untuk memasuki istana musuh dan menghancurkan core yang berada di dalam istana. Tetapi untuk memasuki ke istana, anda terpaksa mengharungi pelbagai rintangan termasuk askar musuh, pintu istana dan pelbagai lagi.

Tugas menawan Tower musuh juga penting kerana apabila anda dibunuh dan dihidupkan semula, anda boleh memilih tower yang telah ditawan dan boleh terus menyerang atau pertahan dari sana.
Untuk pengetahuan anda, game ini mempunyai 2 mode perlawanan iaitu 2-Army Battle dan juga 5-Army Battle. Jadi, apa yang saya ceritakan di atas adalah 2-Army Battle. Malang sekali, mereka tidak menyediakan 5-Army Battle pada kali ini.

Untuk 5-Army Battle, mereka akan menampilkan seramai 100 orang pemain dengan konsep sama. Siapa yang dapat bertahan lebih lama dengan menjaga core mereka daripada musnah akan menang perlawanan tersebut.
Bagi saya, konsep Warlander ini sangat menarik kerana mereka dapat menggabungkan pelbagai genre ke dalam satu game. Tambah pula dengan penaklukan kawasan yang selalu kita lihat dimainkan dengan “top view”, kali ini, korang bermain sebagai watak itu sendiri dengan “3rd person perspective”.
Kalau anda tanya saya seronok atau tidak, sudah pasti saya seronok semasa bermain game ini kerana saya dapat mencuba pelbagai perkara baharu di mana saya sebenarnya tidak biasa bermain game MOBA lagi-lagi perspektif “3rd person”.
Watak

Buat masa sekarang, game ini masih mempunyai sebanyak 3 watak sahaja iaitu Warrior, Mage and Cleric. Setiap watak mempunyai senjata dan ability yang berbeza dan unik. Setiap watak mempunyai dua set sejata. Apa yang saya maksudkan dua set adalah satu set mempunyai 2 skill yang boleh digunakan sepanjang perlawanan.
Selain itu, setiap watak juga dilengkapi dengan 3 talent yang istimewa. Setiap daripada talent, ia mempunyai buff yang berbeza berbanding yang lain. Ada yang digunakan untuk meningkatkan damage, ada yang tinggikan pertahanan dan banyak lagi. Senang cerita, watak korang dapat buff yang kuat.

Contohnya Mage, saya menggunakan Fireball sebagai senjata utama dan Lightning & Crow sebagai skill untuk set pertama. Manakala untuk set kedua pula, saya gunakan Lightning Shock sebagai senjata utama dan Wind Trap & Flash Step sebagai skill.
Namun, semua ini bergantung kepada “Total CP”. Tidak semua senjata atau skill boleh digunakan. Jika anda telah melepasi “Total CP”, anda perlu buangkannya daripada dipakai. Ini bukan dikenakan pada senjata skill sahaja, “basic equipment” dan talent juga termasuk dengan menggunakan “Total CP”.

Setiap watak juga boleh diubah suai gaya mereka. Reka bentuk pattern baju boleh ditukar dengan meletakkan logo di atas baju. Anda tidak perlu risau dengan warna yang digunakan kerana apabila anda memasuki perlawanan, anda akan diberikan kepada pasukan merah ataupun biru. Jadi, di dalam perlawanan, anda akan menggunakan warna biru sahaja.
Item

Setelah selesai sahaja perlawanan, anda akan diberikan ganjaran secara rawak dan tidak semuanya berguna. Kadang-kadang, anda akan dapat skill yang tidak sesuai dengan playstyle dan mungkin tidak akan digunakan langsung. Jadi, untuk melihat inventory dengan lebih tersusun, anda boleh menjual item tersebut.
Setiap item yang diberikan akan mempunyai rating mereka sendiri dan semuanya telah ditetapkan kepada Level 1. Setakat ini, saya telah menjumpai Common (Kelabu), Rare (Biru), Prestige (Ungu) dan Legendary (Kuning).

Selain mendapatkan item melalui ganjaran selepas perlawanan, anda juga boleh dapatkannya melalui Shop dengan menggunakan “in-game currency” iaitu Silvings dan Goldings. Di dalam Shop, terdapat lebih banyak pilihan item yang boleh didapatkan. Daripada common sehingga ke rating legendary, semua ada.
Tetapi jika anda tidak ingin labur duit ke dalam game. Anda perlu banyak bermain sehingga dapat ganjaran yang lebih lumayan dan berguna dengan playstyle. Memandangkan ianya rawak, saya rasa agak susah untuk mendapatkan yang betul-betul berguna.
Persekitaran dan HUD

Dari segi grafik, saya rasa ianya sangat sesuai dengan tema yang digunakan iaitu Medieval. Persekitaran yang mereka tampilkan memang sangat kemas dengan segala peralatan perang yang boleh digunakan.
Saya cuba menurunkan tetapan grafik sehingga yang paling rendah, tetapi grafik yang berada di persekitaran masih nampak terperinci dan seronok untuk dimainkan. Namun, apabila terlalu ramai pemain bertembung, ia agak kalam kabut dan sedikit huru-hara.

Sebenarnya, saya sedikit tidak fokus kepada HUD. Kadang-kadang, semasa serang musuh, tahu-tahu saya telah terlantar mati. Pada pendapat saya, HP bar yang ditampilkan sangat kecil dan ia tidak rasa seperti HP bar walaupun ianya betul.
Lagi satu, adalah level Valor. Saya tidak pasti sama ada ia ditunjukkan atau saya yang terlepas, di manakah terletaknya level Valor bar? Saya langsung tidak diberikan petunjuk. Level Valor akan semakin tinggi apabila anda terlibat dengan banyak perlawanan.

HUD bahagian skill menunjukkan yang mereka telah meletakkan jarak yang terlampau besar antara satu sama lain. Walaupun ia telah mempunyai background yang berwarna gelap pada setiap satu skill, ia masih terasa janggal pada bahagian bawah skrin.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, gameplay game ini sangat menarik perhatian di mana mereka dapat mengumpulkan ramai pemain untuk menjadi satu pasukan dan berperang untuk menghancur core pihak musuh. Walaupun ianya agak huru-hara pada awalnya, lama-kelamaan perlawanan akan menjadi lebih jelas dengan mengejar satu objektif sahaja.
Pada pendapat saya, mereka telah mendapatkan gabungan genre yang sangat serasi di mana game ini adalah MOBA, Tactical RPG dan Battle Royale. Tambah pula dengan tema medieval dan zaman peperangan yang agak kuno, saya rasa game ini boleh pergi dengan jauh pada masa akan datang.

Harapan saya untuk game ini adalah dengan melihat lebih banyak role watak dan juga mencantikkan bahagian HUD di dalam game pada masa akan datang. Buat masa sekarang, watak yang dipersembahkan masih terhad dengan hanya boleh memilih daripada 3 role sahaja. Mungkin selepas ini, pemain akan mendapat kuda atau gajet yang lebih canggih.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba MOBA dengan konsep yang berlainan daripada Dota 2 ataupun League of Legends, anda boleh dapatkan Warlander di PC melalui Steam sekarang.
Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, teknologi dan filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post