Sony telah mengeluarkan headset khas untuk konsol next-gen mereka, iaitu PlayStation Pulse 3D. Headset wayarles ini dicipta khas untuk menyampaikan Audio 3D ketika bermain game di PlayStation 5. Dikuasakan dengan Tempest 3D AudioTech, ia boleh meningkatkan audio game dengan kejelasan yang lebih baik bersama virtual surround sound di mana anda terasa soalah-olah bunyi datang dari setiap arah.
Pasti ada tertanya-tanya sama ada berbaloi atau tidak untuk beli headset ini, bukan? Jadi, mari baca review saya supaya boleh mempertimbangkan persoalan anda.
Reka Bentuk
Reka bentuk headset ini mempunyai penampilan yang canggih, serupa dengan konsol PlayStation 5 itu sendiri dan warna yang saya dapat ialah Gray Camouflage. Ia tidak memerlukan sebarang lampu LED RGB untuk digelar sebagai headset gaming dan mudah dikenali sebagai peralatan PlayStation kontemporari.
Walau bagaimanapun, produk ini mempunyai satu masalah tentang keselesaan ketika memakainya. Kebanyakan headset selalunya mempunyai cawan telinga berbentuk bujur yang membolehkan pengguna dengan telinga yang lebih besar memakainya dengan selesa. Malah bentuk bujur juga sesuai dipakai jika penggunanya mempunyai telinga yang kecil.
Jika ingin dibandingkan dengan headset Pulse 3D ini, cawan telinga produk ini sedikit kurang selesa bagi saya. Kadang-kadang apabila memakainya, ia seolah-olah menekan telinga saya sehingga tidak dapat mendengar dengan baik. Jika anda mempunyai telinga yang kecil, mungkin ia sesuai untuk anda.
Dengan berat 294 gram, ia tidak terlalu berat. Walaupun ia ringan, kekurangan daya pengepit boleh laras menjadikan headset ini mudah terjatuh jika saya bergerak terlalu agresif.
Ciri-ciri headset
Bercakap tentang ciri yang ada di headset ini, di bahagian kiri headset mempunyai butang mute, butang kuasa dan kawalan pemantauan mikrofon. Selain itu, terdapat juga butang untuk melaraskan volume antara bunyi in-game dan chat in-game menjadikan reka bentuk Pulse 3D nampak lebih minimalis serta bergaya.
Headset ini juga dilengkapi dengan build-in mikrofon pada kedua-dua cawa telinga dengan teknologi noise-cancelling untuk menyampaikan suara yang lebih jelas dan boleh didengar. Akhir sekali, walaupun ia merupakan headset wayarles, Pulse 3D juga mempunyai 3.5mm headphone jack untuk mereka yang ingin menggunakan sambungan berwayar dan USB port type-C untuk mengecas.
Sambungan dan Keserasian
Untuk menyambungkan headset ini memang sangat mudah. Anda hanya perlu masukkan dongle USB ke dalam port USB PlayStation 5 atau PC untuk menggunakannya secara wayarles. Cara lain termasuk dengan menyambungkan kedua-dua headset kepala dan pengawal DualSense menggunakan kabel 3.5mm yang disediakan.
Untuk menggunakan headset ini juga mudah. Selepas memasukkan dongle dan hidupkan Pulse 3D, audio akan secara automatik menukar outputnya kepada headset supaya anda tidak perlu bersusah-payah mengusik tetapan pada konsol.
Walaupun produk ini boleh disambungkan dengan PlayStation 5 dan PC, tetapi malangnya ciri-ciri tertentu seperti butang Monitor tidak boleh digunakan. Perlu diingatkan bahawa Sony mencipta headset ini khas untuk konsol mereka next-gen mereka, jadi sudah tentu akan ada ciri eksklusif hanya untuk konsol sahaja.
Tapi anda tetap boleh menggunakan headset ini seperti biasa pada PC dengan memasukkan dongle USB atau menggunakan kabel 3.5mm.
Terdapat satu kelemahan tentang headset ini kerana ia tidak disertakan dengan pilihan bluetooth. Jadi jika anda ingin menyambungkannya ke telefon, anda perlu menggunakan kabel 3.5mm yang disediakan dan bagi pengguna iphone, adapter adalah pilihan utama anda untuk menggunakan headset ini.
Kualiti Bunyi dan Mikrofon
Untuk kualiti bunyi, apa yang saya boleh katakan ialah ia sesuai dengan harga yang ditetapkan untuk Pulse 3D. Namun, anda jangan berharap untuk sesuatu yang luar biasa daripadanya. Ketika memakainya untuk bermain game, bunyinya jelas dan saya dapat mendengar butiran kecil disekeliling. Contohnya seperti bunyi orang ramai berjalan di dalam game Spider-Man Remastered dan juga bunyi tembakan dalam Apex Legends.
Tanpa menggunakan meningkatkan tahap bass, headset ini sudah mempunyai bunyi bass yang cukup seperti kebanyakan headset “mid-tier”. Walaupun ia tidak berapa kuat, tetapi saya tetap mendengar bunyi “distorted” ketika bermain Spider-Man: Miles Morales pada volum tahap maksimum.
Semua perkara yang saya katakan di atas juga boleh dirasai apabila digunakan pada PC. Jadi, pada pendapat saya, tidak ada masalah untuk anda menggunakannya ketika bermain di PC. Cuma jika anda menggunakan headset ini untuk mendengar lagu. Saya tidak mengesyorkan kecuali jika anda selesa untuk memakainya kerana ia mempunyai bunyi bass yang sesuai, tidak kira sama ada untuk bermain game atau mendengar lagu.
Seperti yang saya katakan, Pulse 3D ini mempunyai build-in mikrofon. Walaupun tidak terdapat masalah besar tentang itu, ia berfungsi seperti mikrofon yang lain tetapi ia menangkap suara saya dengan sangat perlahan jika ingin dibandingkan dengan headset dengan mikrofon panjang.
Audio 3D
Headset ini sudah pasti menjadi pilihan utama untuk mereka yang menggunakan PlayStation 5. Sony mencipta headset ini untuk menonjolkan teknologi 3D Audionya. Walaupun Pulse 3D direka dan dioptimumkan untuk menyampai audio 3D. Penting untuk anda tahu bahawa ia adalah fungsi dari PlayStation 5 dan bukan ciri headset ini. Ini bermaksud mana-mana headset yang disambungkan ke PlayStation 5 boleh menyokong Audio 3D.
Spider-Man: Miles Morales dan Apex Legends ialah dua contoh game yang menggunakan audio 3D apabila dimainkan menggunakan headset ini. Anda dapat mendengar bunyi di sekeliling seperti bunyi kereta, orang berjalan atau watak bercakap. Ianya boleh didengari walaupun kamera tidak menghala pada objek tersebut. Ini membuatkan pengalaman bermain menjadi lebih seronok!
Kesimpulan
Headset Pulse 3D ini berjaya menawarkan kualiti yang cukup mantap dan ciri yang ditawarkan jika ingin dibandingkan dengan headset wayarles lain. Dengan berharga RM469, anda boleh dapat headset wayarles ini dengan reka bentuk yang cantik serta ciri 3D audio, build-in mikrofon dan boleh digunakan untuk konsol dan PC.
Walaupun kekurangan untuk headset ini adalah cawan telinga yang kecil dan bunyi mikrofon yang rendah, namun ia tetap boleh dipertimbangkan jika anda tidak pedulikan perkara seperti itu.
Jadi, jika anda berminat untuk mendapatkan headset ini. Pulse 3D kini secara rasmi telah dijual pada harga RM469 dan boleh didapiti melalui kedai rasmi Sony terdekat, pengedar sah atau laman web rasmi.
Untuk baca banyak lagi review daripada kami, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post