Dilancarkan pada hujung bulan April yang lepas, SD Shin Kamen Rider Rumble adalah sebuah beat ‘um up game yang berdasarkan francais Kamen Rider. Anda kini boleh dapatkan game ini di Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam. Tetapi apa yang seronok tentang game ini? Jom kita lihat dalam review SD Shin Kamen Rider Rumble ini.
Story Mode
Mode ini dibuka dengan cutscene cantik Kamen Rider memandu motornya Cyclone dengan latar belakang realistik lengkap dengan lagu latar belakang yang menyeronokkan. Apabila anda sampai ke hutan, anda akan bertemu dengan Ruriko Midorikawa dan dia akan membawa anda ke Safe House dan menerangkan tentang penceritaan game ini.
Organisasi SHOCKER sedang menjalankan operasi penambahan manusia yang mewakili ancaman kepada keselamatan semua orang di dunia. Terpulang kepada Kamen Rider untuk menyelamatkan dunia dan memastikan manusia kekal menjadi manusia dan bukan raksasa.
Cerita yang dibawa dalam game ini agak mudah dan ia mengikuti peristiwa yang berlaku dalam filem Shin Kamen Rider. Cuma diterjemahkan dalam bentuk game.
Gameplay
Tempat utama dalam game ini adalah Safe House dan ia merupakan sebuah hub yang pemain boleh akses beberapa ciri seperti The Cyclone, The Computer, Pin Badges dan Continue Mission. Jom saya terangkan satu per satu:
The Cyclone (Quick Play/Co-op Mode)
Dari The Cyclone, anda boleh memilih sama ada mod ingin bermain Mode Quick Play atau Co-op. Biasanya, anda akan bermain mode ini untuk mencari bahan-bahan untuk meningkatkan Kamen Rider apabila Story Mode terlalu sukar untuk diselesaikan.
Anda boleh memperoleh Coin dan Crystal tambahan untuk meningkatkan Kamen Rider anda supaya dia boleh meneruskan Story Mission yang seterusnya dalam keadaan yang lebih baik.
The Computer
The Computer adalah tempat anda boleh tingkatkan skil Kamen Rider dengan menggunakan Coin dan Crystal yang diperoleh sepanjang pengembaraan. Terdapat banyak peningkatan, dan setiap peningkatan mempunyai syarat-syarat tertentu untuk dibuka seperti “mengalahkan jumlah X musuh” atau “mengalahkan musuh X menggunakan jenis serangan tertentu.”
Pin Badge
Di dalam game ini, Pin Badge akan bertindak sebagai “modifier” yang memberikan bonus tertentu kepada Kamen Rider. Terdapat juga pelbagai Pin Badge untuk dibuka dan dipisahkan kepada dua jenis seperti jenis Regular dan Special. Anda hanya boleh memakai satu Pin Badge sahaja setiap misi. Jadi, anda perlu memilih Pin Badge yang sesuai dengan playstyle anda.
Anda juga boleh meningkatkan Pin Badge tetapi anda perlu memenuhi syarat tertentu sama seperti meningkatkan skil Kamen Rider di The Computer.
Continue Mission
Ini adalah pilihan untuk anda keluar dari Safe House dan meneruskan misi di mana anda berhenti atau dikalahkan.
Pertempuran
Fokus utama dalam pertempuran, SD Shin Kamen Rider Rumble nampaknya adalah beat ‘um up game yang mudah. Tambah pula dengan button mapping yang agak mudah untuk digunakan dan anda tidak perlu menukarnya. Butang X dan Y dikhususkan untuk membuat serangan. Manakala butang B dan A pula untuk melompat dan mengelak.
Stance adalah mekanik yang membolehkan anda berubah dan menggunakan gerakan yang dipertingkatkan bagi memberikan lebih banyak damage kepada musuh. Ia juga memberikan anda pilihan untuk membuat kombo berterusan dengan lebih baik dan secara tidak langsung memberikan anda ganjaran yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, gerakan berkuasa ini menggunakan SP yang banyak. Namun, SP ini boleh diisi semula dengan menyerang musuh. Jadi, mencari keseimbangan yang betul adalah sangat penting supaya kombo yang dikumpul itu tidak terganggu semasa melakukan serangan.
Pemain juga boleh menanggalkan kot dan sekali gus memberikan anda damage yang lebih kuat. Tetapi cara ini adalah berisiko tinggi. Dalam mode ini, anda juga akan diberikan peluang untuk menggunakan Super Finishing Move yang boleh melakukan damage yang sangat tinggi.
Roguelike Elemen
Satu perkara yang kami suka tentang game Kamen Rider ini adalah mereka menawarkan konsep roguelike yang sangat kuat pada game ini. Mereka menyediakan bonus tambahan dalam bentuk makanan dan power-up yang meningkatkan kecekapan pertempuran watak yang digunakan. Bonus ini kekal bersama anda dan boleh ditingkatkan dengan memilih pendua (jika anda menjumpainya), tetapi anda kehilangannya jika anda mati dalam perjalanan.
Coin yang diperoleh selepas selesai peringkat serta “mob” juga akan hilang jika anda tersingkir atau mati, melainkan anda menemui ATM untuk menyimpan semua syiling hasil titik peluh anda untuk memastikan tiada apa-apa yang sia-sia. Dalam bahagian tertentu setiap peringkat, anda juga akan menemui mesin layan diri yang boleh membantu meningkatkan Kamen Riders melalui minuman:
- Energy Drink – Meningkatkan damage untuk Serangan Standard sebanyak 3% untuk 3 pertempuran
- Viper Drink – Memulihkan 10% daripada HP anda jika anda pengsan (ia seperti peluang kedua untuk mengecas semula)
- Cola Drink – Memulihkan 10% SP apabila pertempuran bermula untuk 3 pertempuran
Minuman memerlukan coin untuk membelinya. Jadi anda mungkin perlu melihat keadaan jika membeli minuman atau menyimpan untuk naik level adalah pilihan yang lebih baik. Pada akhir setiap peringkat, anda juga akan diberikan dua pilihan ganjaran untuk dipilih tetapi ganjaran yang diberikan adalah rawak dan boleh mengikut apa yang anda mahukan atau mengikut apa yang anda perlu lakukan.
Sejujurnya game ini sangat mencabar, walaupun dalam mode yang paling mudah. Saya cuba menyelesaikan bos pertama tetapi tidak pernah berjaya, tetapi Kamen Rider yang baik tidak pernah berputus asa, itulah sebabnya anda sentiasa boleh mengumpul lebih banyak coin melalui game mode lain supaya anda boleh menaik level Kamen Rider supaya dia menjadi lebih bersedia untuk menghadapi musuh elit organisasi SHOKER .
Grafik
Memandangkan game ini adalah game Nintendo Switch, saya tidak mempunyai harapan besar pada kualiti grafik yang ditawarkan. Secara peribadi , saya langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan grafik yang ditampilkan kerana kesan visual yang terhasil daripada serangan kelihatan sangat bagus. Adegan-adegan yang muncul semasa bertukar menjadi Kamen Rider pun nampak cantik dan “cool”.
Kesimpulan
SD Shin Kamen Rider Rumble adalah sebuah game beat ‘um up yang baik untuk dinikmati oleh pemain francais ini. Sudah pasti ia mempunyai daya tarikan tertentu yang mengingatkan saya pada zaman dahulu yang baik dalam game arked lama.
Tambah pula dengan adanya elemen roguelike, kebolehmain semula itrog sudah pasti ada kerana anda boleh sentiasa bermain pada level yang sama tetapi mendapat pengalaman yang berbeza. Hal ini kerana, setiap senario mempunyai peningkatan dan pendekatan yang berbeza.
Semasa bermain game ini, saya mendapati yang game ini mempunyai sedikit isu iaitu ia mungkin terlalu sukar untuk orang biasa. Walaupun saya bermain dalam mode “Easy”, saya sebenarnya menghadapi masalah apabila cuba mengalahkan Bos besar. Perkara ini juga mungkin akan menghalang orang ramai daripada terus bermain atau menikmati game ini.
SD Shin Kamen Rider Rumble kini tersedia di Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam.
Untuk mendapatkan lebih banyak review menarik mengenai game, teknologi atau filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post