Gundam adalah sebuah francais mecha yang terbesar dengan memperkenalkan pelbagai medium kepada peminatnya seperti manga, anime, novel, plamo dan game. Dengan melancarkan game terbaru daripada Bandai Namco Entertainment iaitu SD Gundam Battle Alliance, kami diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu.
Dengan menampilkan Gundam yang bersaiz SD, saya yakin ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan game ini. Jom, teruskan membaca untuk mengetahui perkara lanjut mengenai SD Gundam Battle Alliance melalui review kami.
Jalan cerita
Game ini akan bermula dengan “Directory 1 Mission: Tekkadan” di mana korang akan bermain sebagai Commander bersama dengan Juno (programmer) dan Haro yang dipindahkan ke G Universe untuk bertemu AI yang bernama Sakura.
AI ini akan menerangkan tentang G Universe di mana ia adalah ruang data komputer untuk memori sejarah dimuat naik. Pertempuran yang berlaku di dalam G Universe adalah simulasi. Walaupun ia hanya simulasi, ia tetap menjejaskan kepada dunia sebenar dan secara tidak langsung mengubah sejarah.
Level
Level dalam SD Gundam: Battle Alliance dikenali sebagai “Directory” yang akan mengandungi pelbagai misi dalam satu kawasan. Misi ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu “Break Mission” dan “True Mission”.
Dalam “Break Mission”, terdapat satu situasi di mana sejarah yang berlaku dalam dunia sebenar berubah. Jadi, korang perlu membaik pulih sejarah dengan mencari “Fragment Key.”
Manakala misi “True”, korang akan bermain dalam sejarah yang sebenar dan tidak akan mengubah apa-apa peristiwa yang berlaku semasa ia berlangsung.
Ini tidak bercampur aduk kefahaman pada setiap pemain, korang perlu menghabiskan “Break Mission” terlebih dahulu dan “True Mission” akan dibuka selepas ia diselesaikan.
Pertempuran
SD Gundam Battle Alliance sangat mementingkan pertempuran. Dalam game ini, terdapat banyak Mobile Suit yang datang daripada pelbagai siri Gundam dan korang akan diberikan beberapa sahaja sebagai permulaan. Untuk mendapatkanMobile Suit yang lain, mereka akan memberikan korang “blueprint” untuk membangunkan Mobile Suit itu sendiri.
Setiap daripada Mobile Suit akan terbahagi kepada 3 jenis iaitu “Infighter, Sharpshooter” dan “All-Rounder”. Ia sudah terbahagi kepada 3 jenis dan skill mereka semua berlainan dan akan bergantung kepada Skill Bar untuk mengaktifkannya. Berikut adalah kelebihan yang ada bagi ketiga-tiga jenis Mobile Suit:
- Infighter – Kebal terhadap serangan stun
- Sharpshooter – Reload semua senjata sekunder sekali gus
- All Rounder – Dapat mengurangkan masa semasa melakukan semua pergerakan
Kesemua Mobile Suit boleh lakukan serangan Melee tetapi damage yang diberikan akan berbeza mengikut jenis-jenisnya. Setiap daripada mereka juga mempunyai sub-weapon tetapi tidak semuanya adalah senjata jarak jauh. Ia juga menggunakan sistem reload supaya ia tidak digunakan secara terus.
Secara peribadi, saya amat sukakan Barbatos Gundam kerana ia adalah sebuah Mobile Suit yang memfokuskan kepada serangan melee dan boleh digunakan hampir setiap level. Hal ini kerana, terdapat level yang memfokuskan kepada serangan ranged dan korang terpaksa menggunakan Mobile Suit yang boleh memberikan damage yang tinggi dengan serangan ranged.
Setiap daripada pergerakan akan menggunakan stamina kecuali berjalan. Ini juga termasuk “dashing, attacking, jumping” dan banyak lagi. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan stamina sebelum melakukan sesuatu gerakan. Stamina akan diisi kembali apabila anda berjalan atau berdiam diri.
Selain daripada serangan, korang juga boleh gunakan block untuk menghalang daripada menerima sebarang damage. Block juga menggunakan sistem bar seperti Skill Point. Apabila Block Bar habis atau kosong, Mobile Suit akan menerima semua damage walaupun melakukan block.
Tidak banyak serangan kombo yang boleh dilakukan, namun serangan diudara dapat memberikan lebih banyak damage kepada musuh. Tetapi ia langsung tidak berbaloi melainkan anda sedang berlawan bos. Hal ini kerana, musuh yang kecil-kecil hanya boleh dimusnahkan dengan menggunakan serangan biasa dan serangan keras yang tidak banyak menggunakan stamina.
Jika nak membuat kombo yang unik, korang perlu berfikir tentang stamina yang diperlukan. Jadi, membuat kombo pada musuh yang kecil sangatlah merugikan. Lebih baik simpan untuk melawan musuh yang lebih kuat atau bos.
Sistem upgrade
Selepas menyelesaikan level, korang akan menerima “point” untuk digunakan bagi upgrade Mobile Suit. Untuk upgrade Mobile Suit, ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu “HP, Boost, Melee” dan “Ranged.” Tapi ingat, level Mobile Suit tidak boleh melebihi level watak utama. Jadi, anda perlu berhati-hati semasa upgrade Mobile Suit.
Saya memang fokus kepada satu Mobile Suit iaitu Barbatos kerana ia mempunyai damage yang tinggi dan HP yang banyak. Malang sekali, saya tidak boleh bawanya ke dalam beberapa misi kerana ia melibatkan Gundam yang mempunyai serangan jarak jauh. Jadi, saya terpaksa bermain level-level sebelum ini untuk mengumpul “point” untuk upgrade Gundam serangan jauh.
Seperti yang saya katakan di atas, korang tak perlu nak upgrade semua, cuma fokuskan kepada beberapa perkara yang penting untuk digunakan. Setiap point untuk upgrade sebenarnya boleh diambil balik tetapi ia ditukar kepada “tune point” yang boleh digunakan pada Mobile Suit yang terpilih.
Contoh yang saya boleh berikan di sini adalah “tune point” yang digunakan oleh Barbatos hanya boleh dipakai oleh Barbatos sahaja dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam Mobile Suit lain. Pernah saya upgrade bahagian ranged tapi malangnya upgrade tersebut langsung tidak berguna kepada Barbatos kerana ia adalah Mobile Suit yang memfokuskan kepada Melee.
Dalam sistem upgrade juga dilengkapi dengan item yang boleh digunakan pada Mobile Suit untuk dapatkan “buff” seperti Auto Guard”, meningkatkan jumlah HP, melee, ranged, damaged dan banyak lagi. Sama seperti “point”, item dan skill juga akan diberikan selepas level diselesaikan.
Selepas Mobile Suit mencapai level 15, korang dah boleh pakaikan skill kepadanya. Namun, ia langsung tidak terikat dengan Mobile Suit sebaliknya terikat dengan watak yang korang gunakan. Skill ini akan mengandungi kelebihan di mana ia boleh mengurangkan stamina semasa berlari, “side step” dan melompat. Jadi, pilih mengikut gaya pertarungan korang bukan Mobile Suit.
Rakan sepasukan AI
Sebelum masuk ke dalam pertarungan, korang akan diberi pilihan untuk membawa dua rakan sepasukan AI semasa bertarung. Semasa memilih AI, korang dibenarkan untuk membawa Mobile Suit yang sama dengan apa yang dipakai. Contoh, saya gunakan Barbatos sebagai Mobile Suit utama dan rakan sepasukan pertama saya.
Dengan membawa rakan sepasukan AI, korang akan diberikan “buff” tetapi ia bergantung kepada Mobile Suit yang dibawa. Terdapat Mobile Suit yang akan mengurangkan masa pemulihan, meningkatkan tahap perisai dan banyak lagi. Jika korang membawa Mobile Suit yang sama pada setiap misi, level-nya akan naik dengan cepat berbanding dengan yang lain.
Apa yang saya boleh katakan adalah ia sangat membantu semasa bertarung tetapi apabila sampai ke perlawanan bos, mereka tidak tahu cara untuk mengelak serangan bos dengan betul. Jadi, mereka akan mudah dikalahkan dan tinggalkan anda berseorangan melawannya.
Bercakap tentang perkara ini, saya pernah terperangkap dalam situasi di mana semua rakan pasukan AI mati ketika melawan bos. Dan saya keseorangan tidak dapat menyelamatkan mereka sambil saya mengelak semua serangan bos.
Malah, proses semasa ia sedang diperbaiki atau pemulihan langsung tidak bleh diganggu dan menyebabkan saya bermain semua untuk level tersebut. Dengan ini, saya boleh katakan yang peluang untuk korang menang semasa lawan bos apabila AI mati adalah sangat nipis.
Persekitaran
Pada saya, model Mobile Suit yang ditampilkan nampak sangat terperinci dengan kesan-kesan yang ada pada mobile suit, sudah pasti ianya nampak lebih cantik. Walaupun mobile suit ditampilkan sangat cantik, reka bentuk persekitarannya nampak sangat berbeza terutama sekali tekstur pada map padang pasir yang seperti biasa-biasa sahaja.
Saya hanya jumpa 3 map sahaja sepanjang bermain demo SD Gundam Battle Alliance iaitu “desert, cityscape” dan “port town.” Antara ketiga-tiga map tersebut, saya lebih tertarik dengan “cityscape” kerana terdapat beberapa bangunan yang boleh dimusnahkan manakala “desert” dan “port town”, ia seperti kawasan yang kosong dan perlu ditambah beberapa asset untuk menjadikan map tersebut lebih menarik untuk dimainkan.
Walaupun ia hanya terdapat 3 map dan reka bentuknya yang kosong, ia masih sukar untuk dihafal. Tidak banyak yang anda boleh buat pada persekitaran map dan saya hanya menggunakan bangunan-bangunan yang ada untuk bersembunyi semasa berlawan.
Disebabkan reka bentuk map begitu, anda boleh bergerak dengan bebas. Anda boleh pergi ke atas, ke bawah dan kombo yang sangat menarik.
Kesimpulan SD Gundam Battle Alliance
Pada awalnya, saya sangat seronok dapat mengawal Mobile Suit walaupun berbentuk chibi yang comel. Apabila telah bermain dengan lama, apa yang saya perasan adalah corak gamplay-nya adalah sama terutama sekali semasa berlawan dengan bos.
Walau bagaimanapun, saya tetap berseronok mengumpulkan setiap blueprint yang ada dalam game untuk membina Mobile Suit.
Selain itu, terdapat perkara yang kurang saya suka adalah staminanya kerana kualiti yang diberikan adalah sedikit. Semasa saya bermain, terdapat beberapa situasi yang membuatkan saya rasa tidak seimbang. Dalam perlawanan, ada masa saya cukup stamina tetapi masa pula kurang cantik. Kadang-kadang, ada masa yang sangat cantik dan boleh buat kombo sempurna tetapi stamina pula tak cukup.
Satu lagi kekurangan adalah ketiadaan bilik latihan untuk pemain meluangkan masa bagi mencuba semua perkara tentang Mobile Suit yang disukai. Jadi, untuk mencuba segala perkara tentang Mobile Suit itu, korang perlu pergi membuat misi dan terus bertempur dengan Mobile Suit musuh.
Namun, terdapat juga perkara yang saya hargai lagi-lagi model Mobile Suit yang terperinci dengan kesan pertarungan. Jika korang berminat untuk mendapatkan SD Gundam Battle Alliance, ia telah pun tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post