ROG telah pun dedahkan fon terbaru mereka iaitu ROG Phone 6 Pro! Kami berpeluang untuk mencubanya dahulu dan model yang kami dapat untuk review kali ini ialah ROG Phone 6 Pro (RP6 Pro) berwarna putih. Ia dilengkapi dengan 18GB RAM dan reka bentuk yang lebih hebat serta ROG Vision yang boleh disesuaikan! Jom kita lihat benda lain yang hebat tentang ROG Phone 6 Pro ini!

Reka Bentuk
ROG Phone 6 datang dengan reka bentuk bertemakan angkasa malah kotaknya juga kelihatan dengan tema angkasanya. Untuk mengeluarkan fon ini daripada kotak, ia seperti anda mengeluarkan pod yang sering dilihat dalam filem.
Fon ini juga mempunyai kemasan yang bagus dan ia sememangnya berbeza daripada ROG Phone 5 Ultimate. Saya lebih menyukai reka bentuk PR6 Pro kerana dekorasinya serta ROG Vision yang disertakan di belakang. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenainya nanti. Paling menarik sekali, bahagian belakang fon bukanlah diperbuat daripada kaca malah ia mempunyai kemasan seperti matte tetapi lebih licin dan selesa untuk memegang dan menyentuhnya. Fon ini juga tidak berat jadi memang tidak lenguh tangan membawanya.

Apabila dihidupkan skrinnya, akan ada 2 benda yang akan menyala iaitu ROG Vision dan LED kecil di bahagian atas ROG Vision. Anda boleh menyesuaikan warna LED tersebut menggunakan Armory Crate dan menetapkannya untuk menyala dalam situasi tertentu. Walaupun ada Rate slider, ianya untuk efek statik sahaja. Anda boleh sambungkannya dengan Armoury Crate di PC untuk sync cahayanya.
Semua port berada di sebelah kiri dan bawah. Di sebelah kiri, terdapat USB Type-C untuk mengecas dan slot kad SIM. Di bahagian bawah, terdapat satu lagi port pengecasan dan headphone jack 3.5mm. Di sebelah kanan, selain daripada dua AirTriggers yang tidak mempunyai butang fizikal pada setiap sisi, anda mempunyai butang kawalan kuasa dan suara.
Paparan
RP6 Pro menggunakan paparan Samsung E4 6.78” yang menyokong 165Hz untuk telefon, ia benar-benar pantas dan menjadikan segala-galanya lebih lancar terumtamanya kalau bermain game FPS. Selain daripada refresh rate yang pantas, kadar pensampelan sentuh untuk telefon juga sangat baik, pada 720Hz jadi tiada kelewatan input.
Dari segi prestasi warna, paparan mempunyai gamut DCI-P3 111% dan Delta E<1, juga dengan mod HDR sentiasa hidup. Sejujurnya, ia kelihatan cantik. Saya rasa LoL: Wild Rift mempunyai beberapa kesan paling meriah pada mobile dan RP6 Pro memaparkan setiap kesan dengan sangat baik.

Audio
Pembesar suara duo RP6 Pro menghadap ke hadapan yang sangat bagus untuk game mod landskap, anda tidak perlu risau jika tangan anda menutup pembesar suara dan tenggelamkan audio. Bunyinya cukup kuat dan juga jelas.
Perkara yang paling mengejutkan bagi saya ialah betapa baiknya arah audio. Contohnya, dalam Apex Legends walaupun tanpa memakai headset, anda tahu di mana untuk melihat hanya dengan isyarat bunyi dari pembesar suara, yang sangat sukar dilakukan tanpa headset. Hebat kan!

Bateri
RP6 Pro menggunakan bateri dwi-sel 6,000mAh yang dipisahkan oleh reka bentuk CPU. Hayat bateri sebenarnya sangat mengagumkan. Saya telah menggunakannya sepanjang hari bermain game dan menonton video. Boleh dikatakan hampir 4 jam lebih juga dan baterinya habis sekitar 40% sahaja.
Sepanjang itu juga, X-mode tidak pernah dimatikan. Kalau anda ingin tahu, ia boleh memakan bateri lebih tinggi berbanding mode Dynamic dan Ultra Durable. Skrinnya juga kekal pada refresh rate 144Hz. Berani saya kata bahawa baterinya sangat baik prestasinya. Bercerita tentang pengecasan, ia memang cas dengan pantas dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengecasnya daripada 25% hingga 100%.
Kamera
Saya tidak tahu sangat tentang spesifikasi untuk setiap kamera pada ROG Phone 6 Pro. Semasa acara preview yang diadakan untuk media, apa yang saya tahu ialah fon ini menggunakan Sony AMX766 sebagai kamera utama. Lebih kurang kamera 50 MP. Untuk kamera ultra lebar dan makro, tiada sebarang maklumat yang diberikan. Apapun disebabkan ini fon gaming, sudah tentu kita gunakannya untuk bermain game, bukanlah fotografi kan? Walaupun begitu, hasil tangkapan gambar menggunakan kamera fon RP6 Pro ini sangat jelas.
ARMOURY CRATE
Armoury Crate ialah aplikasi untuk membolehkan anda mengawal segala benda seperti prestasi ROG Phone 6 Pro, ROG Vision, LED belakang fon dan fungsi gaming lain seperti AirTriggers dan lain-lain. Senang cerita ia seperti hub untuk fon ini dan mempunyai tiga mod berbeza:
- X-mode: Mod ini menggunakan kemampuan fon sehingga tahao maksimum dan paling sesuai untuk gaming. Prestasi CPU dan GPU yang lebih tinggi dengan sentuhan yang lebih tepat dan refresh rate paparan yang lebih tinggi.
- Dynamic: Ia untuk kegunaan harian dan inilah yang saya ingin panggil mod biasa. Tidak ada yang istimewa tentangnya.
- Ultra Durable: Mod yang akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk memanjangkan hayat bateri.
Walaupun ROG kata ianya telah diperbaharui berbanding dahulu, tetapi saya tidak lihat perbezaan yang ketara selain daripada UI. Perbezaan utama yang saya sedar ialah Game Genie iaitu menu pop-up yang boleh dibuka dalam game untuk setup pelbagai benda.

Game Genie
Untuk Game Genie, ianya betul-betul berbeza daripada segi visula dan gaya malah lebih bergaya berbanding versi sebelumnya. Bukan setakat itu sahaja, menu juga lebih mudah untuk dinavigasi. Game Genie boleh dikatakan seperti pusat kawalan yang mengawal fon ini. Anda boleh tetapkan refresh rate, tukar mod pengendalian fon, sediakan Air Triggers dan macam-macam lagi! Tambahan baru pula ialah cross setting, yang sama seperti monitor moden. Terdapat 6 gaya dan 5 warna untuk anda pilih dan laraskan saiz serta opacity. Bukan setakat itu, ia juga membenarkan anda melaraskan kedudukannya.
ROG Vision
Ia merupakan skrin kecil pada bahagian belakang telefon dan terdapat banyak efek berbeza untuk situasi berbeza seperti “Screen One” dan “X-mode”. Ia juga senang untuk diubah jika anda mahu gunakan efek tersendiri. Selain daripada itu, ia sebenarnya terasa seperti sama dengan versi terdahulu.
AirTriggers
Sejujurnya, saya lebih menyuki butang fizikal berbanding butang maya tetapi untuk ROG Phone 6 Pro ini, anda akan mendapat satu butang ultrasonic bernama AirTriggers. Walaupun in mempunyai maklum balas getaran yang baik, ia tidak sama seperti butang fizikal. Tetapi kalau anda bermain game FPS, ianya sangat bagus terutamanya pada Apex Legends Mobile kerana banyak benda yang perlu dilakukan serentak.
Dari segi fungsi, AirTriggers mempunyai lebih banyak fungsi daripada butang fizikal. Anda boleh menetapkannya sebagai Tapping, Sliding, Swiping dan Dual Partition. Di samping itu, kini terdapat mod Kawalan Dwi yang membolehkan anda menggabungkan Ketik dengan Gelongsor dan Leret. Walaupun mod Dual Control yang masih dalam versi beta tetapi ia sudah berfungsi dengan baik.
Semua fungsi ini sangat mudah untuk disediakan, anda hanya membuka Game Genie dalam game, buka menu AirTriggers, pilih fungsi yang anda mahu kemudian, selesai. Anda juga boleh menyesuaikan sensitiviti trigger. Terdapat 10 tahap, default adalah tahap 4 dan saya fikir ia sudah berfungsi dengan baik untuk saya.
Motion Control
Terdapat hampir sedozen pergerakan berbeza yang boleh anda lakukan: mencondongkan ke empat arah, membelok ke kiri dan ke kanan, menggoncang, bergerak ke hadapan, kiri dan kanan. Terdapat tiga tetapan sensitiviti untuk setiap gerakan dari rendah ke tinggi. Walau bagaimanapun, secara peribadi saya berpendapat bahawa hanya tetapan sensitiviti tinggi berguna untuk yang ini.
Apabila bermain game, kami tidak mahu mengalihkan telefon secara tiba-tiba sehingga kami tidak melihat apa-apa, dan pada masa ini walaupun pada sensitiviti sederhana anda masih perlu membuat gerakan besar hanya untuk mencetuskan kawalan, manakala dalam sensitiviti tinggi gerakan yang anda perlu buat adalah jauh lebih rendah, dan dengan itu menjadikan pengalaman lebih baik.
Benchmark
ROG Phone 6 Pro menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 terkini dan mempunyai 18GB RAM, di mana prestasi RP6 Pro sudah pun mencatatkan prestasi yang tinggi. Dalam AnTuTU ia memecahkan sejuta halangan, dan mencapai kedudukan 1,102,155!

Pengalaman gaming
Saya memilih LoL: Wild Rift, Apex Legends Mobile dan Genshin untuk menguji RP6 Pro, tetapi secara terus terang, prestasinya sudah pasti salah satu yang terbaik. Dalam semua permainan, saya menlihat frame ratenya benar-benar stabil, dan suhunya juga agak rendah.
- LOL: Wild Rift
- Tidak banyak yang perlu diceritakan di sini. Frame rate stabil tetapi disebabkan paparan yang sangat baik, kesan skill game kelihatan sangat bagus dan berwarna-warni.
- Apex Legends Mobile
- Terima kasih kepada AirTriggers, bermain game ini di RP6 Pro adalah pengalaman yang menarik kerana anda tidak perlu melakukan segala-galanya menggunakan ibu jari anda untuk tap berjuta-juta benda pada skrin anda. Frame rate menurun sedikit apabila anda terbang tinggi, tetapi itu perkara biasa untuk game ini sebenarnya. Selepas anda jatuh ke bawah, semuanya sangat lancar dan frame rate akan mula stabil selepas anda berdiri di atas tanah. Dengan pembesar suara duo yang sangat baik, ini adalah pengalaman yang sangat mengagumkan.
- Genshin Impact
- Sejujurnya saya tidak menaruh harapan tinggi untuk fon ini mengekalkan suhunya, hampir setiap fon yang saya tahu mempunyai masalah kepanasan melampau apabila bermain Genshin. Walau bagaimanapun, RP6 Pro adalah satu fon yang memecahkan tanggapan itu. Walaupun tanpa penyejuk, suhunya berada pada 40-43 darjah celsius. Ini adalah kali pertama saya melihat perkara ini berlaku.
Aksesori
Bersama-sama dengan RP6 Pro, ROG mengumumkan versi putih ROG Kunai 3 Gamepad yang berfungsi sama seperti ROG Kunai 3 Gamepad, kecuali ia berwarna putih.

Aeroactive Cooler 6 yang lebih baharu dan lebih besar daripada penyejuk generasi ke-5, mempunyai banyak efek RGB di bahagian belakang malah mempunyai sejenis perisai lutsinar untuk menjadikannya kelihatan lebih cantik. Kini terdapat empat butang yang boleh dipetakan semula dan bukannya 2. Aksesori lain seperti kick stand boleh digunakan untuk letak fon anda. Tapak penyejuk sudah cukup tebal untuk anda dirikan fon ini tanpa menggunakan stand.
Terdapat empat pilihan kelajuan untuk Aeroactive Cooler 6:
- Smart: Biarkan sistem memutuskan mod penyejukan lain yang tersedia untuk digunakan
- Cool: Aliran udara berkelajuan tinggi yang stabil
- Frosty: Aliran udara berkelajuan tinggi, tetapi dengan penyejukan termoelektrik
- Frozen: Lebih laju daripada aliran udara berkelajuan tinggi dan kelajuan tambahan dengan penyejukan termoelektrik
Sejujurnya, telefon ini berjalan pada suhu yang jauh lebih rendah selepas menggunakan Aeroactive Cooler 6 dan menetapkannya kepada Frozen, tetapi saya dapat merasakan tiupan udara panas meniup jari saya. Saya ada menyebut bahawa terdapat banyak efek RGB pada penyejuk ini dan sudah tentu kita boleh menukar kesan pencahayaannya. Anda sememangnya boleh menggabungkan semua aksesori ini pada fon. Ia agak berat, tetapi kini anda mempunyai konsol handheld yang kelihatan mewah!

Kesimpulan
ROG Phone 6 Pro mempunyai perkakasan yang paling mengagumkan daripada semua fon di pasaran, Snapdragon 8+ Gen 1 dengan 18GB RAM benar-benar cemerlang untuk telefon gaming, dan pengalaman gaming yang memang sesuai dengan namanya sebagai fon gaming terbaik.
Perkara yang paling mengagumkan bagi saya, adalah RP6 Pro berjaya mengekalkan suhunya secara rendah walaupun bermain Genshin, perasaan yang saya dapat daripada bermain Genshin dengannya sama seperti game lain yang merupakan satu kejutan besar bagi saya. Kalau anda menggunakan penyejuk, anda mungkin dapat rasakan haba panas ditiupkan pada tangan.
AirTriggers dan Motion Control sangat mengagumkan seperti biasa, terdapat lebih banyak fungsi untuk digunakan dalam game dan hebat. Jika anda sedang mencari fon gaming yang kaw-kaw hebat, ini sememangnya pilihan yang terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post