Setelah sekian lama siri ini mendiamkan diri, secara rasmi Razer telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu sebuah headset serbaguna kepada pelbagai platform 4-in-1 Razer Barracuda X. Lebih menarik, produk terbaru ini turut dihantar kepada kami oleh Razer untuk di review. Jujur kami ingin nyatakan, ini salah sebuah headset kegemaran kami sekarang! Memuaskan, mudah, serbaguna!
Ya dengan kegunaan dalam pelbagai platform memang memuaskan. Anda boleh menggunakan Barracuda X untuk mobile gaming, tidak kira menggunakan wireless atau cucuk sahaja audio jack yang tersedia, anda juga boleh menggunakannya di konsol Xbox atau PlayStation anda, serta dengan Tranceiver Wireless juga sangat sesuai pada laptop gaming terkini yang memang tersedia port Type-C untuk disambungkan! Mudah, plug masuk tranceiver, tekan butang power di headset, dan auto-connect!
Bukan setakat kegunaannya yang sangat memudahkan pemain kasual pelbagai platform seperti kami, tetapi keselesaannya juga patut dipuji. Berat hanyalah 250g, memang agak mudah untuk dibawa kemana sahaja! Jom kita teruskan dengan unboxing serta lihat teliti reka bentuk headset terbaru ini.
Reka bentuk yang minimal tetapi nampak solid
Barracuda X dikembangkan dari awal sebagai headset multi-platform serbaguna dengan fokus yang kuat pada gaya dan keselesaan. Pasukan kejuruteraan Razer menggunakan kepakaran selama bertahun-tahun untuk menyatukan teknologi audio terkemuka di industri Razer dalam alat dengar permainan tanpa wayar yang selesa yang sesuai untuk penggunaan dalaman dan luaran.
Barracuda X telah menjalani proses reka bentuk yang luas, ditentukan oleh kesesuaian, keselesaan, dan kesederhanaan, menghasilkan reka bentuk permukaan cekung untuk pengurangan pukal, garis bersih dan perpaduan harmoni antara cawan kuk dan telinga, untuk penampilan yang anggun dan bergaya. Cawan telinga berprofil rendah bersudut agar sesuai dengan setiap bentuk telinga dan dapat disesuaikan dan dipusingkan agar sesuai secara peribadi. Dengan bantal telinga busa memori mewah, dan ikat kepala tebal, lembut dan ringan untuk muat tanpa tekanan, Barracuda X beratnya hanya 250g, sesuai untuk keselesaan sepanjang hari.
Buka sahaja dari kotak, dari pandangan pertama ia kelihatan seperti biasa-biasa, minimalis tetapi eksklusif. Saya suka warna hitam Matte pada headset ini, ia tidak akan kelihatan kotor, tidak ada statik RGB atau lain-lain, dan anda tidak akan meninggalkan kesan cap jari anda pada headset ini kerana ia betul-betul matte.
Sama seperti semua headset Razer di pasaran, Barracuda X mempunyai headband empuk yang boleh disesuaikan, larasnya adalah jenis logam dan kelihatan solid. Di dalam terdapat span empuk yang menyelesakan kepala kita, dan headset ini sangat selesa dan memudahkan dengan penyesuaian saya sendiri. Kita dapat melihat logo tulisan Razer di atas jalur headband dan logo Razer di sisi Ear Pads.
Kedua-dua ear pads mempunyai bantal kusyen telinga Breathable memory foam. Baiklah untuk kusyen ini, sangat bagus, anda tidak akan mendengar suara di latar belakang. Ear pad ini juga benar-benar padat di telinga anda terutamanya jika anda mempunyai telinga kecil. Tetapi, ketika saya menggunakannya selama beberapa jam, saya merasa sedikit tidak selesa, terasa seperti telinga saya memerlukan udara, terasa seperti berpeluh tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya gembira ia tidak seperti beberapa headset yang lain, kerana kadang-kadang saya berasa seperti migrain selepas beberapa jam penggunaan kerana terlalu padat di telinga saya. Ear pad ini juga boleh diputar sekitar 60 darjah.
Di sebelah kanan pad telinga anda tidak akan melihat apa-apa kecuali logo di luar. Tetapi semua kejadian berlaku di sebelah kiri Ear Pad. Terdapat jack mikrofon di sana, port pengecasan Type-C, bicu audio + mikrofon 3.5 mm, penunjuk status (indicator), butang kuasa (Power button), roda kawalan volume dan butang mic mute.
Jadi ini adalah apa yang terdapat dalam kotak;
- Barracuda X
- Removable Razer HyperClear Cardioid Mic
- Type-C Wireless transceiver
- Type-C Charging Cable
- Type-A to Type-C adapter cable
- 3.5mm combo cable
- Buku manual
- Sticker Razer
2 pilihan: Cucuk Audio Jack anda atau Gunakan terus Wireless!
Seperti yang dinyatakan di perenggan atas, Barracuda X sememangnya sebuah headset yang “Multiplatform”, serbaguna, memudahkan apa lagi? Jarang saya nak memuji headset ni! Ya, anda boleh menggunakan sama ada audio jack, kabel adapter Type-C atau wireless terus! Jadi, memang memuaskan hati apabila Razer mengeluarkan headset ini yang memudahkan para gamers tidak kira platform mana yang mereka main.
Ia! Ianya juga headset Wireless dan ia bukannya menggunakan sambungan Bluetooth! Jadi itulah kelebihan di sini apabila anda mempunyai Transceiver tanpa wayar. Cukup sambungkan transceiver Wireless Type-C ke telefon pintar atau komputer riba / komputer, hidupkan butang kuasa dari headset, dan “tadaaa”, ia menyambung secara automatik atau anda tidak pasti ianya dah sambung? Jangan risau, anda dapat melihat penunjuk berwarna biru di indicator! Lagi satu yang saya sukakan pada sambungan wireless ini, audio yang keluar tidak akan ada kelewatan sama sekali!
Tetapi jika anda menggunakan wireless, anda perlu bersedia kerana anda perlu mengecas headset anda, Anda boleh mengecas headset dengan menyambungkan port USB Type-A. Hasil terbaik, cas sepenuhnya headset anda dalam masa 3 jam dan anda boleh menggunakan wireless dalam jangka masa yang lama ~
Anda dapat melihat status bateri dari indicator, jika berkelip itu bermaksud anda mengecasnya, jika hijau statik yang bermaksud sudah terisi penuh. Semasa mencabut cas, anda mungkin menyedari ada bunyi notifikasi untuk amaran bateri rendah. Kemudian anda dapat melihatnya mempunyai warna merah statik sebagai amaran di bawah bateri 30%, dan berkedip merah bermaksud bateri anda berada di bawah 10%. Saya menggunakannya lebih dari 4 jam ketika bermain game dan bateri masih ada. Lebih menarik, saya uji membuka sahaja lagu dan dimainkan pada headset ini, selama 8 jam bateri masih ada ok!
Anda juga boleh menggunakan transceiver tanpa wayar dengan memasang kabel penyesuai Type-A ke Type-C sekiranya anda tidak mempunyai port Type-C langsung di platform anda.
Jadi bagaimana pula dengan pengalaman kegunaanya?
Memuaskan!! Sukar untuk saya setuju dan suka dalam sesuatu produk. Tapi jujur saya memang suka Barracuda X. Suara yangh dikeluarkan sangat jelas, anda tidak akan mendengar bunyi di latar belakang sama sekali. Tetapi jika menggunakan bunyi asas jenisnya tidak seimbang. Sebagai contoh saya bermain permainan FPS seperti Call of Duty, permainan latar terdengar lebih tinggi daripada suara tembakan saya, jika saya menggunakan bermain PUBG Mobile, langkah-langkah musuh agak kurang didengari kerana latar yang lebih kuat walaupun dah merendahkan suara pasukan sebagai contoh. Tetapi persekitaran akan menjadi seimbang. Oleh itu, saya harus memainkan equalizer dalam aplikasi Razer untuk mempunyai pengalaman yang lebih baik. Saya juga boleh mengaktifkan 7.1 Surround Sound. Ini sangat bagus untuk filem, terasa seperti pawagam, dan bagus untuk permainan ARPG. Saya bermain Watch Dogs Legion, saya dapat mendengar dengan jelas semua suara, persekitaran, dll.
Oleh itu, dalam permainan, saya cuba bermain PUBG, COD dan Watch Dogs Legion untuk ujian. Razer sesuai untuk apa jua genre permainan terutama dari segi noise cancellation yang sangat membantu dalam kes ini dan memang kita dapat dengan jelas mendengar suara langkah musuh yang berdekatan.
Bagi muzik dan filem, ia sempurna dengan suara sekeliling. Saya suka, bass yang dikeluarkan dengan jelas. Dan ini berdasarkan genre muzik mana yang kita dengarkan juga. Saya dapat merasakan bass yang bergetar di Ear pad juga~ Saya menguji beberapa ujian kualiti, semua ujian sememangnya mendapat hasil pendengaran yang bagus, tidak ada suara berdengung, bass yang seimbang, frekuensi juga bahkan ujian suara kiri kanan turut seimbang.
Dan mikrofon, yang boleh dipasang atau dikeluarkan, sangat fleksibel dan suaranya keluar dengan jelas. Ya, rakan saya dapat perasan perbezaannya ketika saya bercakap dengan mereka dalam permainan berbanding dengan headset saya sendiri “weh dengar jelas suara harini weh dari sebelum ini“! Selain itu saya turut cuba membuat panggilan, betapa jelasnya mic ini, saya cuba berbisik pun pendengar panggilan saya boleh mendengar suara saya.
Kemudian Razer Barracuda X turut mempunyai beberapa fungsi dengan butang di bahagian kiri ear pad. Seperti butang kuasa, bukan sahaja perlu tahan lebih lama akan menyambung ke wireless, tetapi jika anda menekan sekali, anda boleh memainkan atau pause lagu, dan juga anda dapat menerima dan menamatkan panggilan. Sekiranya anda menekan dua kali, anda boleh melangkau trek lagu ketika anda mendengar muzik dan jika tekan anda tekan tiga kali, anda boleh kembali ke trek sebelumnya. Untuk volume hanya boleh memutar roda untuk membuatnya kelantangannya atau berkurang. Kemudian ada juga butang mute mic.
“Banyak alat dengar di luar sana yang dipasarkan untuk penggunaan multi-platform hanya dapat mencapai ini menggunakan sambungan berwayar,” – Alvin Cheung, Naib Presiden Kanan Unit Perniagaan Periferal Razer. “Razer Barracuda X menggabungkan ciri permainan berprestasi tinggi dan sambungan tanpa wayar 4-in-1 yang sebenar dengan reka bentuk dan kemudahan penggunaan fon kepala gaya hidup. Hasilnya adalah alat dengar tunggal, serba guna, sesuai untuk permainan sepanjang hari tidak kira platform mana yan0g anda gunakan atau di mana anda berada. “
Aplikasi yang dapat digunakan
7.1 Surround Sound dan THX Spatial Audio. Sekiranya anda mempunyai ID, anda boleh menggunakan 7.1 Surround Sound. Dalam kes saya, saya menggunakan THX Spatial Audio. Saya cuba bermain dengan pilihan tersedia Equalizer, seperti Gaming, bunyi sekeliling menjadikan headset ini lebih baik. Semua bunyi sangat seimbang dan saya sukakannya. Anda juga boleh menukar equalizer mengikut keselesaan sendiri. Jadi jangan takut untuk mencuba mendapatkan yang terbaik untuk pendengaran anda.
Spesifikasi
Headset
- Frequency response: 20 Hz – 20 kHz
- Impedance: 32 Ω @ 1 kHz
- Sensitiviti: 96dBSPL/mW@1KHz by HATS
- Drivers: Customized Dynamic 40mm Driver
- Diameter Inner ear cup: 60 x 40mm
- Jenis sambungan: USB Type C or wired 3.5mm connection
- Panjang kabel: 1.5m / 4.92 ft
- Berat anggaran: 250g / 0.55lbs
- Oval ear cushions: Liputan telinga penuh dengan kain dan plush leatherette, untuk pengasingan dan keselesaan suara
Microphone
- Frequency response: 100 Hz – 10 kHz
- Signal-to-noise ratio: ≥ 60 dB
- Sensitiviti (@1 kHz): -42 ± 3 dB
- Pick-up pattern: Unidirectional
- Discord-certified
On-earcup controls
- Kelantangan atas bawah volume
- Mic mute on/off toggle
Audio Usage
- Wireless audio usage: USB-C dongle
- Wired audio usage: 3.5mm analog
- Surround sound: Hanya tersedia pada Windows 10 64-bit
Kesimpulannya
Ya, sejujurnya saya suka Razer Barracuda X. Tidak mudah untuk saya menyukai sesuatu produk lagi-lagi teknologi, tetapi alat dengar serbaguna ini sangat bagus dan memuaskan. Warna hitam matte yang kemas lagi membuatkan saya sukakannya. Ia ringan, mudah dipakai, selesa dipakai, bunyi jelas, apa lagi yang perlu saya tambah? Memang awesome lah! Produk ini disasarkan untuk memulakan penjualan secara tempatan mulai 15 Julai, dengan harga RM459. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai Razer Barracuda X di laman web rasminya.
@gamersantaimy
Discussion about this post