Peminat anime mesti mengetahui siri Overlord kan? Game siri anime tersebut baru sahaja dilepaskan pada 16 Jun yang lalu, bertajuk Overlord: Escape from Nazarick. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan game metroidvania/action platformer yang tersedia di Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Game Overlord ini dibangunkan oleh Engines Inc dan diterbitkan oleh Kadokawa. Ingin tahu game ini best atau tidak, jom baca review kami mengenainya!
Penceritaan Overlord: Escape from Nazarick
Walaupun cerita game ini juga dihasilkan oleh Kugane Maruyama, penulis Overlord sendiri, segala oerkara yangs terjadi dalam game ini tidak canon. Anda boleh anggap ia seperti Ple Ple Pleaiades dan Isekai Quartet. Jadi, jangan pula kaitkan scene game ini dalam penceritaan sebenar pula.
Overlord: Escape from Nazarick membawa anda kepada Clementine yang baru sahaja dipeluk oleh Ainz semasa episod 9 musim 1 anime Overlord. Misi utama Clementine ialah untuk melepaskan diri daripada Great Tomb of Nazarick. Itu sahaja penjelasan mudah mengenai ceritanya. Oh ya, jangan lupa pula untuk kumpulkan memori Clementine.
Untuk anda yang menonton anime sudah tentu anda akan mengenali semua watak-watak yang muncul sepanjang game. Jalan ceritanya juga tidaklah begitu mendalam malah anda juga tidak akan mengetahui lebih lanjut mengenai Ainz dan watak lain. Lebih sedih lagi kalau anda tidak pernah menonton overlord. Satu benda pun tidak akan diperkenalkan kepada anda contohnya nama watak dan sebagainya. Nampak sangat game ini memang dihasilkan untuk peminat Overlord sahaja.
Grafik dan persembahan
Seperti yang ditayangkan dalam trailer, game ini menggunakan grafik 2D pixel yang sememangnya cantik. Animasinya juga mantap. Tetapi masalahnya bukanlah terletak pada grafik sangat. Cuma visual pada game ini tidak dioptimumkan pada PC. Sakit juga mata bila terpaksa membaca teks dengan saiz huruf yang besar.
Nampak sangat game ini dibangunkan pada platform Nintendo Switch dahulu selepas itu baru bangunkan versi PC berpandukan versi konsol tersebut. Anda juga tidak boleh menukar resolusi game, hanya boleh gunakan mode windowed atau fullscreen sahaja. Jadi anda akan melihat game tersebut dengan kualiti seperti 480p-720p pada paparan skrin yang besar. Sabar sahajalah apabila bermainnya. Kalau pihak pembangun boleh optimumkan lagi game ini untuk versi PC, rasanya ramai akan menghargainya.
Masalah lain pula, game ini agak sunyi kerana tiada suara untuk watak-watak semasa cutscene. Anda hanya melihat watak dalam bentuk pixel dan teks dialog sahaja. Cuma seorang watak sahaja yang mempunyai suara iaitu Clementine. Itupun dia hanya berbunyi semasa menyerang, menggunakan sihir, diserang dan banyak lagi. Boleh jadi bosan juga apabila membaca cutscenenya.
Kalau nak cerita pasal audio pula, muzik dan bunyi efek agak bagus. Ia tidaklah sehebat game platformer seperti Metroidvania lain seperti Hollow Knight ataupun Ender Lilies, tetapi bolehlah untuk tunjukkan “aura” Great Tomb of Nazarick.
Gameplay
Sudah tentu ada benda yang kurang dan benda yang menarik dalam game ini. Jom kami ceritakan dulu apa yang bagusnya pada gameplay Overlord: Escape from Nazarick.
Segala pergerakan Clementine sangat responsif. anda boleh lakukan pelbagai gerakan tanpa sebarang masalah. Lebih-lebih lagi anda akan banyak berpaut pada dinding dan siling, melompat daripada satu tiang ke tiang lain dan macam-macam lagi. Clementine juga nampaknya boleh menggunakan pelbagai senjata antaranya Stillettos, Morning Star, pedang dan macam-macam lagi. Kalau anda ada menonton Overlord, ke semua serangan serta kebolehan Clementine sama seperti anime. Itu yang membuatkan game ini menarik dan seronok dimainkan.
Itu sahaja perkara positif mengenai game ini. Kita teruskan pula dengan benda negatif pula.
Game ini diperkenalkan sebagai game “metroidvania” tetapi ianya agak linear. Kebiasaannya game seperti ini mempunyai peta besar yang lebih bercabang untuk diterokai dan akan berhubung dengan tempat lain. Malah anda juga boleh mendapatkan kebolehan baru sepanjang penerokaan. Berbeza dengan Overlord, anda hanya jalan yang lurus sahaja dengan beberapa tempat yang boleh pergi. Tidak akan benda yang anda terlepas punyalah ketika bermain.
Masalah lain pula, game ini terlampau senang. Sesetengah orang mungkin suka game senang. Tetapi kalau anda main Hard mode dan masih rasa senang seperti tiada cabaran boleh bosan juga dibuatnya. Kalau mati pun mesti disebabkan oleh perangkap-perangkap yang tiba-tiba muncul. Nasib baik boleh respawn balik selepas itu. Kalau anda peminat game Metroidvania, berkemungkinan besar anda akan kecewa sangat dengan gameplaynya.
Kawalan dalam game
Kami sudah cakap game ini tidak dioptimumkan untuk PC kan? Ini termasuk juga kawalan pada game ini. Masa mula-mula game ini dibukan melalui Steam, saya tidak boleh klik apa-apa pun. Memang saya boleh pilih menu lain seperti “New Game” atau “option” tetapi saya tidak tahu perlu tekan butang apa untuk teruskan pada skrin lain. Butang biasa seperti Enter dan Spacebar tidak berfungsi. Selepas saya cuba semua butang huruf yang ada, baru saya tahu ia menggunakan butang seperti game RPG lama iaitu butang “Z” dan “X”.
Apapun kalau anda inginkan pengalaman yang lebih baik, elok bind semula kawalan pada game ini. Contohnya, untuk dash anda perlu hold butang dash. Untuk hold memanglah tidak menjadi masalah, tetapi kenapa diletaknya pada butang “3”. Berbelit jari semata-mata nak dash. “WASD” pula memang sudah tentu digunakan untuk bergerak. Sabar sahajalah. Jadi geng, kalau anda ingin main, sila map dahulu butang sebelum mula.
Kesimpulan
Sejujurnya, sebagai peminat Overlord, saya agak kecewa juga dengan game ini. Banyak lagi watak-watak yang boleh diletakkan dalam game ini untuk berikan lebih cabaran. Contohnya Floor Guardians dalam anime tersebut. Mungkin lebih banyak perkara menarik yang akan terjadi apabila watak-watak ini berinteraksi. Lagi satu, kalau ada suara sikit-sikit untuk cutscene juga boleh jadi penambahan yang baik.
Tidaklah boring membaca cutscene itu dengan bunyi latar muzik sahaja. Reka bentuk level-nya juga sangat senang dan memang tidak akan sesat punyalah. Tetapi untuk orang yang sukakan cabaran, hard mode pada game ini memang mengecewakan. Antara benda yang menarik pada game ini hanyalah cara mereka memanfaatkan kebolehan Clementine daripada anime serta grafiknya yang hebat.
@gamersantaimy
The Review
Overlord: Escape from Nazarick
PROS
- Kebolehan Clementine daripada anime diolah dengan baik
- Grafik pixel yang bagus
CONS
- Tidak dioptimumkan untuk PC
- Game terlampau mudah
- Tidak begitu mesra kepada pemain yang tidak menonton anime
Discussion about this post