Hampir lapan tahun sejak Tales from the Borderlands pertama kali dikeluarkan, peminat akhirnya dapat kembali ke pengembaraan episodik yang dahulu menjadi kegemaran orang ramai. Walaupun Telltale tidak bertanggungjawab lagi untuk sekuel langsung New Tales from the Borderlands, Gearbox Studio Quebec janji mereka akan menyampaikan kualiti dan jenaka sama yang menarik pemain kepada game original.
Adakah sekuel ini sama bagus? Mari belajar lebih lagi dalam review saya untuk New Tales from the Borderlands!
Hubungan antara tiga watak menentukan kisah keseluruhan

Berlangsung sekitar setahun selepas peristiwa Borderlands 3, planet Promethea sedang dibina semula. Berniat untuk mengambil kesempatan daripada situasi dan mendapatkan kuasa, Tediore mencuri Vault Key daripada Atlas dan menyerang planet dengan niat untuk mencari segala kekayaan di bawah permukaan pembetungan.
Anu, Octavio dan Fran, tiga watak yang boleh dimainkan dan “protagonis kami yang disayangi”, terperangkap dalam masalah ini dan harus bekerjasama untuk sampai ke Vault dahulu sebelum Tediore.

Asalnya bekerja di bawah Atlas sebagai penyelidik, Anu menerokai planet untuk membantu Octavio, abang angkatnya, kerana dia bimbang tentang pencerobohan bandar Tediore. Fran, pemilik kedai Frogurt tempatan dan bos kepada Octavio, memutuskan untuk pergi bersama mereka untuk membalas dendam terhadap Susan Coldwell, Ketua Pegawai Eksekutif Tediore, yang dia salahkan atas kemusnahan kedainya.
Seperti Fran, adik-beradik itu mempunyai motif mereka sendiri untuk mendapatkan isi kandungan Vault, sama ada untuk menjadikan galaksi sebagai tempat yang lebih baik tanpa keganasan, atau keinginan untuk kekayaan dan kemasyhuran.

Disebabkan ini adalah game jenis naratif, New Tales from the Borderlands mempunyai banyak ending/penamat bercabang bergantung pada pilihan dan hubungan antara tiga watak utama. Kita akan mendapat anggaran kasar tentang progress hubungan watak di penghujung setiap bab.
Bagaimana protagonis aneh ini akan mengubah dunia – dan menemui diri mereka sendiri – itu adalah inti jalan cerita permainan.
Gameplay novel interaktif bersama mini-game

Memandangkan game ini adalah sekuel kepada novel kinetik “Telltale Games”, mekanik dan gameplay umum tidak banyak berubah. Gameplay pun tidak begitu rumit di mana kebanyakannya aksi terdiri daripada pilihan dialog yang ada timer, penerokaan interaktif dan Quick Time Event (QTE).
Bagi mereka yang tidak yakin dengan kepantasan jari, beberapa pilihan QTE boleh dimatikan, tetapi masih terdapat adegan di mana anda perlu melakukan input serta bahagian menyiasat yang memerlukan kita berjalan-jalan mencari rahsia.

Setiap watak mempunyai kelebihan ‘unik’ mereka: Anu memiliki cermin mata canggih yang boleh digunakannya untuk mengimbas, Oct mempunyai “P-HONE” yang boleh memanggil watak tetapi lebih kerap digunakan untuk menggodam minigame, dan Fran mempunyai mekanik bertarung di mana dia boleh membekukan dan menghancurkan objek menggunakan Frogurt Hoverchair-nya.

Namun, kita tidak boleh lakukan apa sahaja sesuka hati. Pemaju tidak membenarkan kita menggunakan mekanik yang saya sebutkan di atas selain daripada segmen yang diwajibkan oleh plot.
Kembali ke topik jalan cerita, game ini hanya mempunyai 5 bab “sahaja” tetapi saya masih mengambil masa kira-kira 9 ½ jam untuk sampai ke satu penamat/ending. Ending lain mungkin memakan tempoh yang sama tetapi akhirnya ia bergantung pada pilihan pemain.
PETUA: Dalam “game naratif” seperti ini, tidak melakukan apa-apa/tidak memberi jawapan juga merupakan pilihan yang sah.

Anda boleh kembali untuk memainkan semula “episod” (segmen) tertentu dalam bab. Mereka tidak memberitahu bahagian mana yang mempunyai pilihan penting (selain daripada yang terakhir), atau bagaimana pilihan yang kita buat akan mempengaruhi jalan cerita.
Apa yang saya perasan adalah game ini lebih menekankan pilihan pemain. Setiap jawapan yang kita beri pasti akan memberi impak, cuma kita tidak tahu jika kesannya serta-merta, akan berlaku dalam bab seterusnya, atau di penghujung jalan cerita.

Akhir sekali, terdapat minigame bernama Vaultlanders di mana anda “berlawan” dengan watak figura daripada siri Borderlands. Setiap figura mempunyai stats dan abiliti istimewa sendiri. Nak main, mudah sahaja – tidak perlu pun terlalu taktikal.
Anda hanya perlu lawan dan mengelak serangan musuh. Apabila mengelak cukup banyak kali, musuh akan terkena stun. Di sini, anda boleh menyerang habis-habisan dengan damage critical. Setiap figura mempunyai animasi finisher sendiri, di mana keseluruhan pertarungan akan ditemani ulasan.
Pendapat

Pertama sekali saya nak puji adalah pilihan accessibility yang direka khusus untuk mereka yang hanya ingin menikmati jalan cerita. Cuma saya perlu beri amaran; jika anda menutup terlalu banyak option, ia akan menghilangkan terlalu banyak interaktiviti daripada game.
Saya 100% mengesyorkan anda semua untuk mencuba setiap adegan interaktif selagi boleh, kerana itulah cara paling seronok untuk menikmati New Tales from the Borderlands.
Daripada segi jalan cerita, game ini ada bahagian-bahagiannya yang menyerlah terutamanya bahagian saspen dan emosi, bersama dengan detik-detik menggembirakan dan lucu. Watak pun mempunyai diversiti tanpa perlu terikat kepada stereotaip tertentu, dan mempunyai karisma masing-masing.

Jika ditanya siapa yang paling menyerlah, saya anggap Anu, dalam kes ini, memiliki personaliti dan fokus yang jauh lebih besar daripada Octavio dan Fran, tetapi lebih ideal jika ketiga-tiganya boleh mempunyai karisma yang sama kuat.
Berdasarkan pengalaman saya bermain New Tales from the Borderlands, ia sangat jelas bahawa game ini direka untuk “meneruskan tradisi pendahulunya”, dan bukannya untuk mencipta semula pengalaman baru.
Saya harap tiada yang salah faham dengan ayat saya – itu bukanlah satu kekurangan, sebaliknya saya memuji mereka kerana ramai studio suka “mengubah perkara yang tidak perlu ditukar.”
Secara keseluruhan, Gearbox Quebec telah meluangkan masa yang banyak untuk memahami kandungan game pertama, dan berjaya menerapkan nilai-nilai bagus game original ke dunia berlatarkan Borderlands 3 bersama lapisan sistem baharu dan pendekatan baharu kepada aspek penceritaan – semuanya dalam gaya naratif Tell Tales.
Jika berminat, New Tales from the Borderlands akan tersedia pada 21 Oktober untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S.
@gamersantaimy
The Review
Ciri kebolehaksesan yang hebat Cerita yang selesa dengan pelakon 'pelbagai' yang bukan bahan jenaka; ia kebanyakannya berfungsi dengan watak dan tetapan aneh
PROS
- Banyak pilihan accessibility yang bagus
- Jalan cerita menarik dengan senarai watak berdiversiti
- Lakonan suara yang realistik
CONS
- Walaupun accessibility bertambah, banyak bahagian interaktif terpaksa buang
- Mekanik tidak unik dan lebih kurang sama
Discussion about this post