Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review MSI Stealth 15 A13V – Minimalis tapi masih berkuasa

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 15, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Teknologi
0 0
0
Review MSI Stealth 15 A13V – Minimalis tapi masih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun melihat laptop gaming yang besar dan penuh dengan lampu RGB, keinginan gamer kini semakin berubah dan rasanya lagi ramai yang tertarik dengan reka bentuk yang simple dan minimalis. Maka, muncul lah MSI Stealth 15 terbaharu, yang berjanji untuk menjadi salah satu unit terbaik daripada segi prestasi dan penampilan.

Kami berjaya mendapat satu unit MSI Stealth 15 A13V untuk tujuan review tetapi adakah ia dapat memenuhi selera para gamer? Jom kita lihat!

Berikut adalah spesifikasi bagi unit yang saya terima:

CPUIntel Core i7-13620H
GPUNVIDIA GeForce RTX 4050 GDDR6 6GB
Memory (RAM)16GB Dual Channel DDR5 RAM (sehingga 5,200MHz)
Display15.6” (1920 x 1080p) FHD 144Hz IPS panel display
Storage1TB NVMe PCIe Gen4x4 SSD
Wireless dan ConnectivityWiFi 6 dan Bluetooth 5.2

Reka bentuk yang kena dengan tema Stealth

Di bahagian luar produk, Stealth 15 hadir dalam warna hitam dan mempunyai logo MSI di tengah. Logo ini merupakan satu-satunya design yang jelas pada komputer riba, kerana rupanya selebihnya kelihatan kosong dan minimalis.

Ini memainkan peranan besar dengan konsep yang diberi oleh MSI kerana terasa sangat sesuai dengan tema “stealth“. Memandangkan logo dibuat daripada jenis bahan yang memantul cahaya, logo kelihatan seolah-olah “bercahaya” apabila dilihat pada sudut tertentu.

Daripada segi saiz, Stealth 15 mempunyai ketebalan ukuran 19.9mm dan berat sekitar 2.1kg. Walaupun bukan komputer riba paling ringan yang pernah kita uji setakat ini, Stealth 15 masih cukup nipis untuk dibawa ke mana sahaja dengan rangka badan yang terasa kukuh.

Casis diperbuat daripada bahan jenis logam ringan yang menjadikannya sedikit lebih berat. Bagi sesiapa yang menginginkan produk lebih kukuh, ini pilihan sesuai kerana daya ketahanan yang lebih tinggi berbanding komputer riba ringan lain.

Stealth 15 disertakan dengan port input/output (IO) berikut:

  • 2 x USB Type-A 3.2 Gen 2
  • 1x USB Type-C 3.2 Gen 2
  • 1x USB Type-C 3.2 Gen 2 (menyokong DisplayPort atau power delivery dengan maksimum 100W)
  • 1x HDMI 2.1
  • 3.5mm audio combo jack
  • RJ-45 Ethernet Port

Di dalam, perkataan “stealth” boleh dilihat pada bahagian atas komputer riba – memang cara halus untuk memaparkan jenama Stealth. Keyboard pula adalah jenis membran standard dan hanya memaparkan warna putih, bukan RGB – untuk menepati tema keseluruhan yang minimalis.

Apabila menaip, respon terasa baik dan cukup pantas. Bukan yang paling selesa tetapi cukup bagus untuk membuat kerja. Seperti kebanyakan laptop gaming nipis, keyboard tidak mempunyai Numpad. Bagi touchpad, itu pun terasa standard – ia besar, mudah digunakan dan responsif.

Untuk memastikan semua komponen kekal sejuk ialah reka bentuk serba baharu Shared Pipe milik MSI yang menggunakan 5 paip haba dan 3 kipas untuk keupayaan terma yang dipertingkatkan. Semasa ujian, saya bermain banyak game yang grafik intensif seperti Returnal dan Spider-Man: Miles Morales, dan ternyata GPU dan CPU berjaya tahan sekitar 80 darjah Celsius. Daripada segi suhu, itu agak mengagumkan.

Speaker milik Stealth 15 juga boleh tahan walaupun ia hanya komputer riba. Seperti semua gamer laptop tahu, anda selalunya akan memakai headset atau earphone untuk menikmati audio, tetapi rasanya tiada masalah untuk menonton video atau movie kegemaran memakai Stealth 15.

Cuma ada satu masalah, kedudukannya agak pelik kerana speaker terletak berhampiran kawasan berehat tapak tangan. Satu kebimbangan adalah saya takut bahagian speaker ditutup secara tidak sengaja oleh tangan saya semasa bermain game atau membuat kerja. Namun sepanjang menguji komputer riba ini, tidak pernah (walau sekali) pun perkara ini terjadi.

Jangka hayat bateri

Stealth 15 mempunyai bateri 53.5Whr yang mengambil masa kira-kira 2 jam untuk menghabiskan kuasa daripada 100% ke 14% dalam keadaan berikut:

  • Kelantangan bunyi dan kecerahan ditetapkan pada 50%
  • Berada dalam Mode Hybrid Graphics
  • Berada dalam Mode Silent

Sebaliknya, ia mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk mengecas komputer riba menggunakan bateri 180W yang disertakan.

MSI Center

Setiap laptop MSI memiliki perisian ini, yang mempunyai beberapa ciri-ciri bagus yang boleh digunakan oleh pengguna.

Pertama, Hardware Monitoring memberikan gambaran keseluruhan tentang prestasi komponen. Malangnya, pilihan untuk mengubah beberapa fungsi amat terhad. Sebagai contoh, anda tidak boleh melaraskan kuasa GPU secara khusus, tetapi itu hanya masalah kecil. Ini masih adalah merupakan menu bagus yang berfungsi untuk memberi maklumat dan prestasi umum tentang laptop anda.

Ciri kedua ialah User Scenario yang mempunyai mode operasi berlainan mengikut situasi kerja semasa anda. Khususnya, ia akan menukar kelakukan komputer riba termasuk pengagihan kuasa, bateri dan lain-lain sambil memilih bahagian apa yang perlu diutamakan pada ketika itu. Jika anda tidak begitu pandai menukar tetapi, biarlah fungsi AI “Smart Auto” menyesuaikan diri dengan sewajarnya.

Pilihan terakhir adalah Support yang sepatutnya dapat membantu pengguna jika anda menghadapi apa-apa masalah berkaitan produk. Di samping itu, ia mengandungi pelbagai ciri tambahan yang boleh anda muat turun.

Benchmark bagi prestasi gaming

Sekarang mari ke bahagian yang orang ramai paling bimbang sekali, iaitu prestasi komputer riba – lagi-lagi apabila memainkan game intensif. Untuk ujian ini, kami mencuba Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Returnal dan Overwatch 2; yang semuanya sangat berbeza antara satu sama lain dari segi beban sistem.

Berikut adalah keputusan ujian:

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales

Max Setting: Purata 80 FPS, 1% Low 9 FPS

Max Setting – DLSS Ultra Performance: Purata 131 FPS, 1% Low 9 FPS

Max Setting – DLSS Ultra Performance – Ray Trace High: Purata 90 FPS, 1% Rendah 33.9 FPS

Returnal

Max Setting: Purata 61 FPS, 1% Low 6 FPS

Max Setting – DLSS Ultra Performance: Purata 74 FPS, 1% Low 12 FPS

Max Setting – DLSS Ultra Performance – Ray Trace High: Purata 65 FPS, 1% Low 7 FPS

Overwatch 2

Max Setting: Purata 109 FPS, 1% Low 40 FPS

Lowest Setting: Purata 287 FPS, 1% Low 53 FPS

Pendapat

Secara keseluruhan, MSI Stealth 15 A13V memberi nilai prestasi yang cukup bagus, cekap dan lancar apabila menjalankan Returnal dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales. Jadi kalau korang nak bermain game lebih berat daripada itu, tiada masalah!

Suhu terma pun kekal sejuk (hanya suam-suam, tidak panas) walaupun menjalankan banyak perkakasan intensif. Tambah pula dengan teknologi Nvidia DLSS, visual dan grafik yang dipaparkan melalui skrin 144hz ternyata sangat jelas dan berwarna-warni.

Secara keseluruhan, MSI Stealth 15 A13V terlebih mampu untuk memberikan pengalaman gaming mudah alih yang selesa, tanpa perlu anda risau. Malah, ia juga boleh digunakan untuk kerja 3D jika anda bekerja dalam bidang itu.


MSI Stealth 15 A13V dijual pada harga RM7,699 dan anda boleh mendapatkan butiran lanjut di laman web rasmi mereka. Baca segala berita kami tentang produk MSI di SINI.

ShareTweetSend
Previous Post

Game Arked Klasik “Metal Slug: Awakening” Akan Hadir ke Malaysia Dengan Pelancaran Awal!

Next Post

AniManGaki 2023 Dedahkan Harga Tiket! Harga Bermula RM 45!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
AniManGaki 2023 Dedahkan Harga Tiket! Harga Bermula RM 45!

AniManGaki 2023 Dedahkan Harga Tiket! Harga Bermula RM 45!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd