Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) – Spidey lagi hebat secara teknikal & grafik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2022
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, Open World, PC, PS5, Review, Steam
0 0
0
Review Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) – Spidey lagi hebat secara teknikal & grafik!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Spider-Man edisi Remastered akhirnya akan tiba di PC pada 13 Ogos selepas pengumuman mengejutnya di PlayStation State of Play pada bulan Jun lalu. Bersamanya, ia akan membawa resolusi dan frame rate yang luar biasa, sokongan monitor ultra-wide, dan ciri ray-tracing di mana pemain mampu meningkatkan grafiknya lebih jauh dengan perkakasan mereka sendiri.

Ini merupakan berita baik untuk gamer, terutamanya bagi mereka yang mempunyai PC tetapi tidak dapat memainkan Marvel’s Spider-Man disebabkan ia hanya ditawarkan di konsol PlayStation sahaja. Maka, saya berpeluang mencuba game ini beberapa lebih awal jadi berikut adalah review lengkap saya tentang Marvel’s Spider-Man Remastered versi PC!

Harap maklum ya, saya tidak akan menjelaskan tentang jalan cerita dan gameplay. Review ini hanya akan menyentuh tentang aspek teknikal seperti ciri-ciri PC dan grafik serta perkara berkait sahaja. Untuk membaca review lengkap, korang boleh rujuk artikel lama kami di sini.

Saya menguji game ini menggunakan spesifikasi PC berikut:

  • Ryzen 5 3600
  • 16GB RAM
  • RTX 2070
  • 1440p Monitor

PC high-spec atau low-spec, semua okay

Pertama sekali, saya memang sangat suka cara Sony melaksanakan DLSS. Mereka bukan sahaja menambah ciri ini, malah menyediakan pelbagai pilihan. Secara asas, DLSS ialah sejenis teknik “video rendering” yang meningkatkan frame rate dengan memaparkan bingkai pada resolusi yang lebih rendah daripada yang dipaparkan dan menggunakan “deep learning”, sejenis AI, untuk meningkatkan skala bingkai supaya imej kelihatan tajam seperti resolusi asli.

DLSS dalam game PC biasanya hanya tersedia dengan pilihan “On” dan “Off”, tetapi dalam game ini, terdapat pilihan untuk Quality, Balanced, Performance dan Ultra, bergantung pada mana satu yang terbaik untuk setup anda.

Saya cuba menggunakan DLSS dalam tetapan Quality supaya saya dapat mengekalkan visual sentiasa baik dan tajam. Tanpa DLSS, saya boleh mendapat frame rate pada 85 FPS, tetapi apabila saya menggunakan DLSS dalam pilihan Quality, purata frame rate yang saya dapat ialah sekitar 98 FPS – peningkatan kira-kira 13 FPS.

Saya juga mencuba pilihan DLSS tertinggi untuk meningkatkan frame rate, iaitu Ultra. Hasilnya, sebelum ini mendapat frame rate pada 85 FPS, kini purata frame rate yang saya peroleh ialah 105 PFS, peningkatan kira-kira 20 FPS, atau 7 FPS lebih tinggi daripada pilihan Quality.

Pada pendapat saya, pilihan terbaik untuk bermain game ini adalah dengan menggunakan pilihan DLSS dalam Quality. Kerana prestasi yang diperolehi sangat tinggi tanpa mengorbankan kualiti visual. Saya tidak nampak sebarang perbezaan visual antara menggunakan DLSS dalam pilihan Quality atau tanpa DLSS.

Jika anda menggunakan pilihan Ultra, kualiti visual nampak sangat buruk dan buruk hingga menjadi tidak sedap untuk dipandang.

Berikut adalah contoh antara pilihan Quality dan Ultra:

Spidey pun sokong AMD FSR 2.0

Tadi borak tentang ciri NVIDIA, sekarang kita bincang pula tentang AMD. Buat mereka yang pakai GPU AMD, game ini juga menyokong AMD FSR 2.0 (FidelityFX Super Resolution), iaitu teknologi yang sama seperti DLSS.

Sekali lagi, saya mencubanya dan membandingkannya dengan pilihan Quality dan Ultra. Tanpa AMD FSR 2.0 saya mendapat 85 FPS tetapi di pilihan Quality, saya boleh mendapat frame rate hingga 97 FPS, peningkatan sebanyak 12 FPS. Untuk Ultra, saya mendapat 109 FPS, peningkatan kira-kira 24 FPS, atau 12 FPS lebih tinggi daripada pilihan Quality.

Berikut adalah contoh antara pilihan Quality dan Ultra:

DLAA belum cukup bagus

Deep Learning Anti-Aliasing atau DLAA adalah ciri “AI” yang sama daripada NVIDIA. Mode anti-aliasing berasaskan AI ini menggunakan teknologi yang sama dengan DLSS, tetapi tanpa upscaling dan peningkatan prestasi. Tujuannya hanyalah untuk menajamkan imej dan geometri. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah DLAA & DLSS tidak boleh digunakan pada masa yang sama.

Saya cuba menggunakan DLAA dan membandingkannya dengan TAA konvensional. Akibatnya, DLAA hanya meningkatkan “sedikit” ketajaman imej, perbezaannya hampir tidak dapat dilihat melainkan jika anda benar-benar fokus padanya. Apa yang membuatkan keadaan lebih teruk adalah DLAA memakan lebih banyak kuasa daripada TAA. Menggunakan DLAA, saya mendapat 85 FPS, tetapi dengan TAA saya boleh mendapat 94 FPS dengan kualiti yang hampir sama.

Pada pendapat saya, DLAA masih belum sempurna seperti DLSS dan masih belum cukup bagus untuk digunakan. Tiada perbezaan yang ketara, malah ia mengurangkan frame rate.

Contoh:

Dunia lebih realistik dengan ray-tracing

Jika saya tidak silap, ini adalah kali pertama Sony menawarkan game PS ke PC dengan ray-tracing, kerana God of War PC pun tidak ada ciri ini. Untuk Spider-Man Remastered PC. pilihan “Ray-Traced Reflection” datang dengan dua pilihan berbeza, daripada High hingga ke Very High dan disertakan dengan “Object Range Slider”, supaya anda boleh melaraskan jarak objek yang ingin menampilkan ciri ray-tracing.

Apabila menggunakan tetapan HIgh, kualitinya memang memukau mata dan kelihatan sangat berbeza berbanding tanpa menggunakannya. Pantulan yang terhasil daripada bangunan, pencakar langit, kereta, atau air di jalan, semuanya nampak sangat realistik. Cuma, frame rate 85 FPS yang biasanya saya dapat akan turun kepada 52 FPS.

Apabila cuba menggunakan tetapan Very High, saya tidak nampak perbezaan yang ketara. Mungkin ia nampak lebih cerah secara sekilas pandang, di mana saya perlu betul-betul fokus untuk nampak perbezaannya. Di tetapan Very High, frame rate purata 85 FPS akan menurun secara drastik kepada 30 FPS, atau 22 FPS.

Hakikatnya, korang perlu pilih untuk aktifkan atau tidak ciri ini. Kerana, ia pilihan yang membuatkan pengalaman lebih realistik tetapi memerlukan GPU yang lebih kuat.

Contoh:

Pelaksanaan DualSense

Selepas keluaran God of War di PC, saya rasa semua game PlayStation di PC secara default menyokong DualSense. Anda hanya perlu plug n play sahaja.

Buat mereka yang tidak tahu, versi PC game ini juga menyokong haptic feedback and dynamic trigger (bukan adaptive trigger, Sony kata) untuk DualSense. Tetapi hakikatnya, saya hanya dapat merasakan haptic feedback, contohnya apabila mengayun dari bangunan ke bangunan, atau ketika melakukan Heavy/Finishing Attack.

Bagi dynamic trigger, sejujurnya saya tidak dapat merasakan ciri ini langsung. Semua butang berasa sama apabila ditekan tidak kira apa keadaan. Saya tidak mengalami sebarang “tension” sedangkan semua ciri ini dapat dialami di Spider-Man PS5.

Bagaimana pula dengan mouse dan keyboard? Berita baik kerana kawalan dan button mapping sangat selesa. Secara default, susunan aksi untuk setiap butang sangat mudah untuk digunakan dan amat optimal, tanpa perlu membuat apa-apa perubahan besar. Jadi bagi mereka yang tiada controller atau gamepad, anda tidak perlu risau.

Prestasi dan isu bug?

Sony, seperti biasa, menghasilkan port yang sangat bagus untuk Marvel’s Spider-Man Remastered, sama seperti God of War dulu. Hampir tiada isu “stuttering” atau “frame drop” dan semuanya stabil dan lancar selagi anda mempunyai spesifikasi PC yang sesuai untuk memainkannya.

Terdapat banyak preset untuk kualiti grafik daripada Very Low (tambahan baharu untuk PC kentang), Low, Medium, High dan Very High. Saya paling suka apabila mereka menambah preset Very Low yang memberi lebih ramai orang peluang untuk bermain game ini memandangkan nak beli kad grafik bagus masih adalah satu cabaran. Satu poin penting untuk beritahu adalah anda boleh menukar tetapan grafik tanpa memulakan semula/restart game.

Dari segi bug, saya hanya jumpa satu di mana objek seolah-olah tidak bernyawa pun boleh tiba-tiba bergerak seperti “glitch”. Satu-satunya cara untuk membetulkan isu ini adalah dengan keluar dari game dan buka semula. Nasib baik lah bug ini jarang muncul.

Pendapat

Sony memegang reputasi mengeluarkan game PC dari PS berkualiti tinggi dan nampaknya pencapaian itu masih kekal. Marvel’s Spider-Man Remastered PC menawarkan pelbagai ciri canggih untuk dinikmati dan prestasinya sangat cemerlang di semua skala.

Pelbagai ciri seperti DLSS dan FSR 2.0, benar-benar membantu meningkatkan prestasi untuk kedua-dua pemilik kad grafik NVIDIA & AMD. Ditambah dengan penambahan ray-tracing buat pertama kali dalam game port PC buatan Sony, akhirnya mereka yang mempunyai PC canggih dapat bermain game ini dalam cara yang lebih hebat dari segi grafik.

Bukan sahaja dari segi ciri dan visual, sistem kawalan pun lebih baik. Walaupun DualSense adalah cara yang lebih mengasyikkan dan hanya perlu plug-n’-play tetapi, jika anda hanya mempunyai mouse dan keyboard, itu pun tidak menjadi masalah, kerana tanpa mengubah apa-apa, game ini sudah mempunyai skema kawalan yang sangat baik dan optimum.

Perkara negatif yang saya jumpa pun hanyalah satu bug kecil yang jarang muncul. Pada masa yang sama, ray-tracing masih tidak sesuai untuk kad grafik RTX jenis low-end manakala teknologi DLAA masih jauh daripada “perfect” kerana tiada bezanya dengan TAA.

Maka, tamat lah review saya untuk Marvel’s Spider-Man Remastered PC yang bakal dikeluarkan di Steam dan Epic Games pada 13 Ogos 2022. Untuk semua liputan kami tentang Spider-Man, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel’s Spider-Man’s RemasteredPCreview
Previous Post

Ejen Ali Musim 3 Akan Bersambung Dengan Bahagian 2 Disember ini, Pemilik Baru IRIS akan dipilih!

Next Post

Interview Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) bersama Nixxes Software & Insomniac Games

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Interview Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) bersama Nixxes Software & Insomniac Games

Interview Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) bersama Nixxes Software & Insomniac Games

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd