Sesuatu yang menarik ditangan kami~ Ramai yang menyatakan ianya adalah sebuah klon kepada iPad Pro, tetapi sejujurnya kami menyatakan ini adalah sebuah produk HUAWEI yang sangat digemari oleh kami!!! Ya, HUAWEI Malaysia memberi kami peluang untuk mencuba sendiri produk terbaru mereka iaitu HUAWEI MatePad Pro dan nyata tablet ini adalah sesuatu yang membuat kami jatuh cinta terutama pada kami pencinta Android!
Tetapi, tentu saja seperti peminat HUAWEI tahu, mana-mana peranti Android HUAWEI semasa ini, terdapat permasalahan bahawa tiada sebarang perkhidmatan Google seperti Gmail, YouTube dan Play Store di dalamnya. ~ Psst~ tu memang agak sedih lah sebab banyak yang kami nak muat turun terpaksa menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk memuat turunnya~
Dengan menggunakan EMUI 10.0.1 /Android 10.0, kapasiti RAM 8 GB dan ROM 256GB, dari segi hardware sebuah tablet, MatePad Pro adalah pemenangnya tetapi untuk pakej yang sempurna, jalan ceritanya ia masih kekurangan disebabkan tiada perkhidmatan Google~ Okay cukup pengenalanya jom kita kenal ciri selebihnya dalam HUAWEI MatePad Pro ini!
Reka Bentuk dan Skrin~ Nyata cantik dan jelas!
Ibarat potongan buah! Sangat tipis dengan bahagian tepi yang nampak lekuk. Badannya menggunakan Lighweight Magnesium alloy, jadi jangan risau dengan beratnya! Hanya berat 400g, ianya adalah sebuah jenis tablet yang kemas, ringan dan kuat.
Keseluruhan sisi MatePad Pro ini hanya terdapat dua butang di sisi tepi dan atas, satu adalah butang lock/unlock/switch off dan satu lagi adalah untuk volumn/zoom. Kemas sangat, sebab selain butang itu, hanya terdapat 4 lubang dimana tempat audio dikeluarkan, menggunakan audio Harmon Kardon, bunyi 360 darjah mengelilingi MatePad Pro ini. Satu lagi lubang port untuk pengecasan atau transfer melalui usb type C, untuk diingatkan, MatePad Pro tiada sebarang port Audio Jack, jadi pengguna boleh menggunakan sambungan type C usb pada headphone jack anda. Jangan risau, ianya tersedia sekali dalam kotak HUAWEI MatePad Pro okay!
Skrin 0.8 inci dengan resolusi 2560 x 1600, 280 piksel per inci, kecerahan 540 nits dan sokongan warna DCI-P3 untuk gambar seperti tengok filem di pawagam! Skrin ini dah cukup luas untuk sebuah tablet, dengan rangkanya yang nipis, skrin ini memang memberi penjelasan jelas di setiap sudut tablet.
Imej dan video menunjukkan warna, kontras, dan kecerahan yang sangat baik. Ini memang kami tidak dapat menafikannya, kerana warna yang sangat jelas mencantikkan harmoni setiap tontonan dimata kita!
Bahagian belakang juga tiada apa-apa, memang nampak minimalist, hanya logo HUAWEI dan logo Audio yang digunakan iaitu Harmon Kardon sahaja dibelakangnya. Terdapat dua warna untuk MatePad Pro ini, iaitu Pearl White dan Grey. Yang ditangan kami semestinya warna Grey yang tampil seperti sebuah produk yang terlalu eksklusif!
Ciri-ciri Software dan spesifikasinya~
Seperti yang dinyatakan diawal perenggan, malangnya HUAWEI MatePad Pro tidak menggunakan Google Play Service walaupun ianya menggunakan EMUI 10 dan Android 10 dalam sistem operasinya. Jadi itu bermaksud ianya tiada sebarang aplikasi Google dan anda perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk sebarang muat turun. Lagi satu jangan risau sangat! Terdapat HUAWEI App Gallery untuk pengguna gunakan! Jadi anda boleh lah muat turun apa jua aplikasi dalam HUAWEI App ni okay!
Bergerak melalui Android 10 cuma tanpa Google, jangan risau MatePad Pro ini tetap sama seperti peranti Android yang lain! Cuma anda perlu bekerja keras sikit, seperti kalau anda nak mainkan permainan kegemaran anda yang hanya ada di Google Play Store, anda perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, itupun bukan semua dapat dimuat turun dan dimainkan. Juga seperti perkerjaan, anda tidak dapat membuka aplikasi Google Docs, atau aplikasi Gmail, tetapi anda masih boleh membukanya melalui laman web.
Anda tidak perlu risau dengan storan! Seperti telefon pintar terkini, HUAWEI MatePad Pro tersedia dengan Chipset Kirin990, RAM sebesar 8GB dan ROM sebesar 256 GB! Terkedu lidah kan? Dah cakap ianya memang dah habis memuaskan lah!
Mod split-screen baru juga dimasukkan ke dalam tablet ini, jadi bekerja di dua aplikasi pada MatePad Pro ini bukanlah menjadi satu masalah. Terdapat pilihan aplikasi terapung yang berguna dan bahkan UI desktop dengan tetingkap terapung dalam ukuran yang baik.Khusus untuk MatePad Pro ini, paparkan skrin telefon pintar HUAWEI pada paparannya yang menyenangkan anda membalas teks dengan papan kekunci atau menyeret dan melepaskan fail di antara keduanya. (sayangnya saya tidak menggunakan telefon pintar HUAWEI jadi saya tidak dapat mengambil gambar situasinya).
Connectivity dan Bateri~ Tahan lama woo!
Anda tidak akan menemui tablet dengan ciri yang lebih fokus pada bateri seperti MatePad Pro. Bukan hanya pengecasan yang sangat pantas melalui plug 40w yang disertakan dan ana akan cas penuh dari 0-100% hanya memerlukan kurang dari 90 minit, ia juga menambah pengecasan tanpa wayar 15 w dan kemampuan untuk mengecas peranti berkemampuan di belakangnya.
Paling menarik juga, dengan kurang kegunaan anda boleh menahan bateri sehingga sehari atau dua hari! Jika anda aktif menggunakan MatePad Pro ini, baterinya boleh bertahan hingga 10jam. Kalau bermain game pun tiada masalah kerana jika main game tanpa henti ianya masih bertahan hingga 6jam! Puas hati lah dengan ketahanan bateri MatePad Pro!
Untuk connectivity, tak perlu risau, Wifi terus akses pada 4G! Laju sahaja kesinambungnnya dengan sebarang peralatan wireless atau bluetooth. Jadi anda tidak perlu risau dengan sebarang sambungan internet. Lagi satu, tiada sebarang antena menggangu anda pun kat sekeliling tablet ini! Kami turut dapat magnetic keyboard dan M-Pencil, keduanya terus auto sambung dengan tablet bila diletakkan! Awsome habislah dia nya sambungan!
Kamera dah cukup jelas!
Kami agak berpuas hati dengan kameranya. Walaupun hanya sebuah tablet, hasil sesebuah gambar masih memuaskan hati dengan skrin yang luas membuat kami seronok mengambil gambar tidak kira dari jarak jauh ataupun dekat!
Dengan kamera utama 13MP ianya disertakan dengan kombo lensa f/1.8, jadi anda nak tangkap gambar masih memuaskan hati walaupun MP yang biasa dan anda boleh zoom sehingga 10x kebesaran! Auto dan manual focus turut ada dalam pilihan, jadi ianya sangat berguna walaupun menangkap imej yang bergerak. Kami turut mencuba versi panorama di kamera ini, hasilnya cukup memuaskan!
Contoh gambar dari HUAWEI MatePad Pro;
Manakala untuk kamera hadapan adalah 8MP. Jadi anda bolehlah selfie puas-puas dengan gambar penuh! Oh ye! Jangan risau untuk rakaman video, Full HD video akan menjadi jika anda merakam sesuatu dibawah cahaya yang sempurna dan penggerakan yang stabil!
Audio? Tak cukup kuat? Jangan risau MatePad Pro dah macam dalam Pawagam!
Menggunakan Harman Kardon untuk audio MatePad Pro ini adalah sesuatu yang paling memuaskan! Seperti yang disebutkan diatas, terdapar 4 speaker audio pada kedua sisi tablet ini. Audio yang sangat jelas meliputi keseluruhan tablet ini, kami mencuba dalam volumn tertinggi dan hasil bunyi terasa seperti sambungan handphone kami pada speaker Sonic Gear kami!
Bunyi bass, atau noise semuanya terlindung, Memang tiada sebarang bunyi pecah lah dari speaker in! Dah cakap dah, ibarat tonton filem di wayang! Tapi malangnya ianya tiada lubang audio jack, anda kena guna sambungan USB type C untuk gunakan headphone okay!
Dah semesti kami cuba main game kat MatePad Pro ini!
Apabila bukan seorang pengguna tablet, memang terasa ganjil sikit bila guna MatePad Pro ini untuk bermain game! Tapi, kami tetap gagah mencuba okay! Game pertama yang kami cuba sudah semstinya game battle royale terkenal PUBG Mobile! Okay, nak main PUBG ni memang agak payah lah, rasa boleh jadi player 10-fingers pula bila main dengan MatePad Pro ni. Tetapan kawalan memang terpaksa diubah, tetapi bagi pemain yang dah mainkan game ni kat iPad mungkin tiada sebarang masalah pun kalau guna tablet ni. Tapi, dengan menggunakan high grafik HDR, serta Frame Rate Ultra, memang puas hati lah! Skrin besar ni membuat kan kami nampak celah bedah mana pun enemy berada termasuk yang kaki prone! Paling menarik, tiada sebarang lagging atau tablet panas pun!
Sama juga seperti Creative Destruction yang ala-ala Fortnite ni~ Nak jadi pemenang alaa kacang goreng jelah!
Kami turut mencuba game racing terkenal dengan graphic 3D yang nampak sangat realistik iaitu Asphalt! Dengan menggunakan grafik paling tiptop, memang game ini nampak macam tengah ada atas track betul lah! Lagi-lagi bab bunyi, kami buka volumn paling kuat~ Jangan tanya kenapa jiran ketuk rumah ingat ada race kereta dalam rumah! Eh gurau-gurau, tapi memang bergemalah bilik kami ni bila buka volumn paling kuat! Dah main lama tu memang takde sebarang lagging gais! Puas hati!
Spesifikasi HUAWEI MatePad Pro |
|
Nama Model | HUAWEI MatePad Pro |
Warna | Midnight Grey, Pearl White |
Skrin sentuh | Multi-touch: 10 points | Fingerprint-resistant film: Yes | Active stylus pencil: Supported |
Dimensi | 246 mm (H) x 159 mm (W) x 7.2 mm (D) |
Tersedia dalam kotak | Charger, Type-C Data Cable, 3.5 mm Headset Jack, Eject Pin, Quick Start Guide, Warranty Card |
Berat Item | Lebih kurang 460 g (termasuk bateri) |
Kamera |
|
Kamera hadapan (Kamera kedua) | 8 MP camera with F2.0 autofocus |
Kamera Utama | 13 MP camera with F1.8 autofocus |
FLASH | Supported |
Resolusi Gambar | Primary Camera : up to 4160 x 3120 pixels || Secondary Camera : up to 3264 x 2448 pixels |
Resolusi Video | Primary Camera : up to 3840 x 2160 pixels, 30 fps || Secondary Camera : 1920 x 1080 pixels, 30 fps |
Paparan |
|
Saiz Skrin | 10.8 inches |
Warna Skrin | 16.7 M |
Resolusi | 2560 x 1600 Pixels (WQXGA) |
Pixel Skrin Disenty PPI | 280 |
Bahan Skrin | IPS |
Bateri |
|
Jenis | Lithium Polymer Battery |
Kapasiti | 7250 mAh (typical value) |
Network |
|
WIFI | IEEE 802.11 a/b/g/n/ac 2.4 GHz/5 GHz |
GPS | GPS, GLONASS, BeiDou |
USB | Version: 3.0 | Functions : Charging, USB OTG, DP output, USB network sharing, and MTP/PTP |
BLUETOOTH | Bluetooth 5.1, compatible with Bluetooth 4.2, Bluetooth 4.0, and Bluetooth 2.1+EDR |
NFC | Not supported |
Storan & Hardware |
|
Storan dalaman (ROM) | 256 GB |
RAM | 8 GB |
Storan sehingga | Up to 256 GB |
Jenis sokongan kad memori | NM Memory Card |
Sistem Operasi | EMUI 10.0.1 (based on Android 10.0) |
Jenis pemproses | HiSilicon Kirin 990 (2x Cortex-A76 Based @2.86 GHz, 2 x Cortex-A76 Based @2.09 GHz, and 4 x Cortex-A55 Based @1.86 GHz) |
EXTERNAL PORTS |
|
Headset Jack | USB Type-C stereo headset jack, standard 3.5 |
Micro Usb Charging Port | USB Type-C |
Selebihnya |
|
Jenis Sensor | Gravity sensor, Gyroscope, Ambient light sensor, Hall sensor, Compass and Status indicator |
Message | SMS, MMS |
FM | Not Supported |
Supported (POP3/IMAP/Exchange) | |
MULTI-MEDIA | Audio formats: *.mp3, *.mp4, *.3gp, *.ogg, *.aac, *.flac, and *.midi | Video formats: *.3gp and *.mp4 | Image formats: PNG, GIF, JPEG, and BMP |
Magnetic Keyboard dan M-pencil? Aksesori yang sempurna untuk MatePad Pro!
Terima kasih HUAWEI sebab bagi kami cuba sekali aksesori yang memang 100% sempurna buat MatePad Pro ini! Memperkenalkan Magnetic Keyboard dan M-pencils~
Magnetic Keyboard
Pilih diantara PC Mod atau Tablet Mod apabila anda sambungkan MatePad Pro ke Magnetic Keyboard! Magnetic keyboard ini memang sangat sesuai pada pekerja yang perlu bekerja dimana-mana sambil melakukan sebarang kerja menaip atau pun ambil nota bila-bila masa!
Magentic keyboard ini sangat selesa digunakan walaupun kecil kekuncinya, tetapi ianya sangat lembut bila disentuh. Letak sahaja MatePad Pro anda dan ianya akan disambungkan serta merta. Menggunakan Magnet yang agak kuat anda tidak perlu risau jika MatePad Pro terjatuh dari casing keyboard ini.
M-Pencils
Dah sedia nak menjadi kreatif dimana sahaja anda berada? M-Pencils yang semestinya sangat menarik ini memang selesa digunakan! Ianya akan melekat di tepi MatePad Pro dengan menggunakan ciri magnetik nya. Pen ini tidak mempunyai hujung yang lembut kerana penggerakannya juga magnet, terasa macam menguis tablet ini dan rasa risau jika tercalar. Sebaliknya, jangan risau, tablet anda tidak akan tercalar pun dengan kegunaan M-Pencil ini!
Lebih menarik dengan ciri wireless nya, ianya akan auto charging apabila disambung di sisi MatePadPro! Iya, biar sahaja ianya lekat ditepi, akan ada notifikasi bateri M-pen anda dicharge. Jadi tidak perlu risau jika takut M-pen anda habis bateri! Eh puas hatilah pakai M-pencils ni! Anda nak lukis ke, tulis ke atau edit sekali pun, memang sangat sesuai untuk pereka grafik yang mendapat ilham untuk buat kerja dimana-mana! Kami pun sempat cuba untuk melukis lah! ~~Walaupun lukisan kami hodoh~~
Kesimpulanya~ Adakah anda patut beli MatePad Pro?
Sejujurnya, ikhlas dari hati kami selepas mencubanya sepanjang PKP ini, kami mengesyorkan pada anda untuk~~ MEMBELINYA! Iya, HUAWEI MatePad Pro sememangnya memuaskan hati! Sangat selesa untuk digunakan, senang dibawa kemana sahaja, dengan ringan dan tipis dan skrin nye yang luas, memang tak terkata kehebatanya! Nak risau pasal UI pun tadahal! Sebab sama sahaja macam Android 10 yang lain. Cuma kekuranganya adalah tiada aplikasi Google~ Tapi apa yang penting HUAWEI MatePad Pro adalah inovasi tablet yang sangat menggoda di mata kami!
Jadi secara keseluruhan, ini adalah sebuah tablet yang anda patut pertimbangkan untuk dibeli! Dengan harga bermula RM2399.00, HUAWEI turut sertakan aksesori bundle secara percuma iaitu MatePad Pro + Keyboard Bundle Free Gift berharga lebih dari RM459! Selain itu terdapat Cloud Storage hingga 50gb untuk anda redeem yang sah sehingga 12 bulan; HUAWEI video bersama Tawaran premium percuma 3 Bulan; WPS Office Premium Sah sehingga 3 bulan dan yang terakhir HUAWEI M-Pencil!
Jadi apa anda tunggu lagi? Jom terus ke kedai dalam talian HUAWEI untuk pembelian MatePad Pro atau pergi ke kedai jualan sah HUAWEI untuk pembelian!
@gamersantaimy
The Review
HUAWEI MatePad Pro
Sebuah tablet yang memuaskan! Kami jatuh cinta dengan semua aspek MatePad Pro ini!
PROS
- Paparan dan Grafik yang gerenti memuaskan!
- Bunyi Audio sememangnya sangat memuaskan!
- Rekaan yang nipis dan sangat selesa bersama aksesorinya
CONS
- Tiada Google Play Service yang agak menyukarkan
Discussion about this post