Selepas segala gembar-gembur di keliling judul ini, entri seterusnya dalam francais God of War akhirnya akan tiba pada 9 November. Kami semua tahu Ragnarok adalah game PlayStation yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2022 tetapi adakah sekuel ini berjaya menepati jangkaan orang ramai atau adakah ia satu kekecewaan? Sebelum pelancaran rasmi God of War Ragnarok di PS4 dan PS5, saya berpeluang untuk mencuba game ini beberapa hari lebih awal – jadi berikut adalah review ikhlas saya tanpa spoiler.
Teruskan baca untuk lagi lebih lagi termasuk jalan cerita semasa, sistem pertempuran, gameplay umum dan banyak lagi!
Titik terkuat berada pada jalan cerita (Kisah tanpa Spoiler)
Jalan ceritanya mudah untuk faham kerana ini adalah kesinambungan langsung daripada game pertama. Selepas Kratos dan Atreus mencapai puncak Jotunheim, kini mereka berhadapan dengan ancaman jauh lebih besar iaitu Ragnarok, yang akhirnya akan membawa kepada pengakhiran dunia.
Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, Atreus berusaha keras untuk membelajar lagi tentang identitinya sebagai Loki sambil memastikan ayahnya tidak tahu. Untuk Kratos pula, dia sebenarnya tidak mahu terlibat lagi dengan apa-apa kejadian pelik termasuk peristiwa Ragnarok atau dewa Norse yang memburunya dan hanya ingin memastikan Atreus selamat.
Zaman Kratos membunuh dewa sudah lama berlalu dan dia sekarang hanya mahu menjalani kehidupan yang aman bersama anaknya, tetapi sikap ingin tahu dan keazaman Atreus untuk membuktikan dirinya membuatkan Kratos terpaksa menemaninya dalam pengembaraan baru untuk menghalang ramalan malapetaka itu.
Saya tidak akan mendedahkan sebarang spoiler tentang game, tetapi banyak adegan penting dan rahsia tersembunyi akan didedahkan. Itu sahaja saya boleh beritahu. Bagi saya, kekuatan terbesa tentang game ini adalah jalan cerita dan watak-wataknya.
Hubungan bapa dan anak lebih padu dari game sebelum dan benar-benar memberikan mesej yang bermakna tentang kasih sayang keluarga. Ia memberi perspektif serba baharu tentang hubungan mereka dan sejauh mana duo itu telah berkembang, terutamanya jika anda mengingati semua detik penting daripada game pertama.
Ini sebenarnya bahagian yang paling saya jatuh cinta dengan Ragnarok sedangkan ada banyak lagi ciri hebat yang mereka berjaya bawa untuk sekuel. Satu lagi perkara yang saya perlu suka adalah perkembangan watak Atreus. Dia bukan lagi seorang “budak kecil”, dan kini lebih matang sebagai watak yang berdikari berbanding zamannya kanak-kanaknya.
Selain Kratos dan Atreus, hampir semua watak (terutamanya watak daripada game pertama) mempunyai momen dalam jalan cerita utama untuk menyerlah.
Cuma, ada beberapa watak yang saya anggap penting tetapi mereka tidak begitu menyerlahkan dan tidak mempunyai peranan lebih menonjol seperti yang saya harapkan. Itu agak mengecewakan kerana saya anggap peranan mereka dalam jalan cerita amat penting.
Secara ringkas, saya boleh kata bahawa naratif God of War Ragnarok adalah salah satu kisah game terbaik pernah saya mainkan sepanjang tahun 2022. Walaupun tidak segila seperti teori dalam internet, tetapi dari segi perwatakan dan kemajuan mereka, Ragnarok tidak mengecewakan. Untuk mereka yang game jenis bercerita seperti, Ragnarok wajib masuk dalam list korang.
Sistem pertempuran sama dengan beberapa tambahan baru
Berbanding game pertama, tiada banyak yang berubah tentang sistem pertempuran kerana mekanik asas dan hampir semua pergerakan mereka masih sama. Sesetengah orang mungkin akan memanggil pemajunya “malas”, tetapi saya selesa dengan pendekatan ini kerana pemain lama boleh menyesuaikan diri dengan mudah pada sistem pertempuran.
Nak kata pemaju malas pun agak “over” sedangkan Santa Monica Studio membawa banyak penambahbaikan untuk membuatkan pertempuran rasa “fresh” sambil mengekalkan intipati game pertama. Antaranya adalah semasa awal permainan, Kratos sudah mempunyai akses kepada Leviathan Axe dan Blade of Chaos, yang memberikan banyak pilihan dari permulaan berbanding GoW 2018 di mana Blade of Chaos ialah senjata rahsia yang hanya boleh dibuka kemudian dalam jalan cerita.
Walaupun set pergerakan masih lebih kurang sama, Kratos kini boleh melakukan pelbagai teknik baru – salah satunya ialah Frost Awaken di mana dia membekukan Leviathan Axe untuk menguatkan serangan seterusnya lalu menyerang mana-mana musuh. Teknik ini nampak simple tetapi cukup berkesan untuk membatalkan serangan musuh, jadi anda boleh bermain dengan lebih agresif tanpa perlu menjaga jarak.
Seperti biasa, Kratos ada light attack, heavy attack, dan Spartan Rage yang merupakan meter khas untuk mengaktifkan mode “Super Saiya” di mana dia boleh membantai musuh dengan serangan melee yang tidak boleh dihalang. Dalam sekuel, abiliti tersebut tekah dirombak dan Kratos sekarang boleh memilih antara tiga Spartan Rage berbeza iaitu Wrath, Fury, dan Valor.
Wrath akan memakan sebahagian daripada Spartan Rage lalu Kratos menyerang musuh dengan damage kritikal besar. Fury amat sama dengan Spartan Rage original di mana dia boleh memasuki Rage mode untuk mengalahkan musuh dengan penumbuk berapi dan serangan khas. Akhir sekali adalah Valor yang membolehkan Kratos memulihkan HP dengan memakan sebahagian meter Spartan Rage. Setiap satu mempunyai kegunaan sendiri, tetapi Valor mungkin akan adalah yang paling kurang dipakai apabila pemain sudah mahir dalam game. Bukan itu sahaja, jumlah HP yang boleh dipulih pun agak sedikit, lantas membuatkan abiliti ini tidak berbaloi.
Selain pergerakan biasa dan Spartan Rage, Kratos boleh melakukan Light attack and Heavy Runic attack dengan memasukkan Gem istimewa ke dalam senjata. Selain itu, terdapat “Shield” yang boleh digunakan untuk bertahan, menangkis atau memecahkan pertahanan musuh. Akhir sekali adalah Relic, yang merupakan artifak-artifak kecil yang memberi abiliti unik dan mempunyai cooldown seperti Runic Attack.
Secara kasar, itulah ringkasan bagi senjata Kratos dan cara-cara dia berlawan dalam Ragnarok. Perbezaannya tidak terlalu drastik berbanding game pertama, tetapi pada masa yang sama, saya suka semua tambahan baru yang memberikan sedikit kelainan kepada sistem pertempuran.
Bagaimana pula dengan Atreus? Ternyata, dia mengalami perubahan paling besar dan kini memberi lebih banyak sumbangan. Malangnya, saya tidak dapat membincangkan lebih lanjut dalam review ini kerana kebanyakannya adalah spoiler. Cuma saya boleh beritahu bahawa Arteus masih bertindak sebagai support secara umum di mana kita akan mengarahkan dia dalam pertempuran untuk menembak anak panah ke musuh atau menyelesaikan teka-teki.
Musuh makin sukar dan bervariasi
Kratos dan Atreus sudah kita bincangkan, mari ke topik musuh pula.
Serangan musuh mempunyai penunjuk warna berbeza yang terdiri daripada;
- Kuning untuk heavy attack yang boleh ditangkis,
- Biru menunjukkan serangan berbahaya yang perlu anda bertahan dengan menggunakan Shield,
- dan Merah menunjukkan serangan yang perlu anda elak.
Musuh kadangkala mempunyai perisai yang menambah lapisan HP, tetapi anda memerlukan senjata khusus untuk memecahkan perisai tersebut berdasarkan elemen. Sebagai contoh, perisai yang mempunyai meter biru boleh dicairkan oleh Blade of Chaos. Pada masa yang sama, anda boleh melihat stun meter di bawah HP musuh yang boleh kita kurangkan untuk melaksanakan finisher brutal.
Jika GoW 2018 tidak cukup mencabar, kini sejenis makhluk Nightmare akan merasuk musuh lalu menjadikan mereka lebih kuat. Musuh ini bernama Einherjar dan mereka boleh menggunakan Bifrost. Serangan ini datang secara kombo dan jika terkena serangan kedua, ia akan meletup dan mengambil sebahagian besar daripada HP Kratos.
Satu lagi musuh bermasalah adalah Elf yang mendiami alam Alfheim. Mereka sangat pantas dan menjengkelkan, terutamanya Elf jenis elit. Sejujurnya, musuh sekarang memang lagi susah sedangkan saya “overleveled” dan bermain difficulty Normal@Give Me Balance. Jika ini cabaran yang korang inginkan, Ragnarok pasti boleh memuaskan hati para gamer tegar.
Alang-alang kita sembang topik musuh, saya juga suka tambahan variasi musuh. Bagi mereka yang tidak tahu, salah satu aduan terbesar tentang GoW 2018 ialah kekurangan variasi musuh dan bagaimana studio sering mengitar semula jenis boss yang sama.
Di sini, saya dapat mengesahkan bahawa masalah ini sudah dikurangkan dalam Ragnarok kerana game menawarkan lebih banyak pertarungan epik dari awal yang masing-masing terasa sangat berbeza. Walaupun masih ada beberapa boss yang sama, ia tidak berlaku begitu kerap – jadi ini bukan lagi masalah besar.
Saya juga perasan yang sekuel ini sudah tidak ada Troll lagi. Satu-satunya Troll yang saya jumpa dalam cerita utama telah mati dipenggal oleh Kratos dalam cutscene. Ini agak kelakar kerana Troll ialah boss yang paling kerap kita akan jumpa dalam GoW 2018 dan merupakan aduan terbesar dalam komuniti.
Selain Bifrost yang saya sebutkan tadi, game ini mempunyai banyak lagi status effect yang anda perlu tahu seperti Frost, Burn, Shock, Poison, Daze, Blind, Sonic, dan Hex. Bukan setakat Kratos sahaja, kebanyakan status effect ini juga boleh dilakukan oleh musuh, Antara yang paling teruk saya rasa adalah Burn kerana damage-nya terlalu banyak. Inilah sebabnya saya benci musuh yang menggunakan serangan jenis letupan, jadi hati-hati lah ya wahai kawan-kawan sekalian.
Customization lebih mirip RPG, ubahsuai Kratos ikut cita rasa
Sama seperti sistem pertempuran, sistem customization pun lebih kurang sama. Adik-beradik Dwarf, Brok dan Sindri, akan menjadi tukang besi peribadi kita dan sentiasa berada di mana-mana sahaja korang pergi. Jadi anda boleh sentiasa singgah apabila mempunyai sumber yang mencukupi untuk upgrade gear atau mencipta peralatan baharu. Saya tidak perlu ajar satu-satu, tetapi upgrade senjata dan armor sangat penting kerana ini adalah cara paling berkesan untuk meningkatkan kekuatan keseluruhan Kratos dalam pertempuran.
Elemen RPG juga semakin ketara dalam sekuel. Sejak GoW 2018, francais ini sudah digelar sebagai aksi RPG dan bukan sekadar action adventure. Kratos mempunyai level dan stats sendiri untuk ditingkatkan seperti Strength, Defense, Runic, Cooldown, Vitality, dan Luck. Di sini, kita boleh mengubah suai Kratos mengikut playstyle kita.
Selain Kratos, jangan lupa beri perhatian pada senjata istimewanya. Game ini membolehkan anda mengubahsuai bahagian-bahagian senjata untuk meningkatkan stats dan menambah efek khas. Contohnya, anda boleh meningkatkan lagi damage Runic attack, menambah status ailment, dan banyak lagi.
Untuk Armor, terdapat jumlah banyak yang boleh anda hasilkan dan semuanya nampak garang macho, sesuai untuk seorang dewa perang! Set armor terdiri daripada perisai dada, pergelangan tangan dan pinggang dan menawarkan pelbagai jenis peningkatan pada stats dan efek tambahan. Akhirnya, ia terpulang kepada anda untuk menentukan mana lebih sesuai bagi Kratos.
Bagi saya, saya sentiasa cenderung untuk memilih armor dengan Defense/ Vitality terbaik kerana sangat mudah untuk mati dalam game ini jika anda tidak berhati-hati.
Satu tambahan baru untuk kita upgrade ialah Amulet. Ini ialah aksesori tambahan untuk Amulet of Ygdrassil di mana anda boleh kumpul sehingga 9. Setiap alam dalam Ragnarok mempunyai set Amulet sendiri – jika anda ingin memanfaatkan bonus, maka anda perlu menggunakan 3 jenis amulet yang sama.
Saya tidak banyak membeli barang-barang lain selain daripada menaik taraf senjata dan armor, kerana kebanyakan benda yang kita perlukan boleh diperolehi dengan meneroka dunia. Nasihat saya untuk supaya tidak meluangkan terlalu banyak masa grinding Hacksilver demi mendapatkan gear terbaik dalam game, semuanya boleh perolehi secara semula jadi.
Kratos dan Atreus juga mempunyai skill tree sendiri yang diasingkan mengikut senjata. Unlock sesebuah skill agak mudah kerana ia hanya memakan XP dan anda boleh mendapatkannya dengan mudah apabila semakin, tetapi bahagian paling sukar ialah untuk upgrade senjata bagi mengakses tahap yang lebih tinggi. Untuk upgrade sebuah senjata tidaklah mahal mana, cuma sumber yang anda perlukan sangat “rare” dan hanya boleh diperolehi di penghujung jalan cerita.
Pada satu tahap nanti, skill anda akan bertukar kepada warna “emas” dan masa inilah kita boleh menambah Mod Token untuk meningkatkan lagi kekuatan skill itu. Sebagai contoh, anda boleh meningkatkan damage Kratos, meningkatkan durasi Stun bagi sesebuah skill atau meningkatkan daya tahan Kratos terhadap sejenis elemen memakai token tertentu. Semuanya terserah kepada anda.
Sistem customization secara keseluruhan mudah untuk faham dan memberikan maklumat yang mencukupi untuk kita membina build sendiri.
Bahagian eksplorasi & aktiviti sampingan
Pertama kali masuk ke dalam game, semua orang akan mengakui dunia God of War Ragnarok lebih luas dan besar kerana kita akhirnya boleh meneroka kesemua 9 alam. Apa yang membuatkan bahagian eksplorasi lebih menarik adalah semua alam terasa sangat berbeza antara satu sama lain. Walaupun sebahagian besar alam sudah wujud dalam GoW 2018, studio melakukan kerja yang hebat untuk memastikan setiap satu alam daripada Ragnarok berasa berbeza apabila pemain menerokainya semula.
Contoh terbesar ialah Lake of Nine di Midgard yang dahulu berfungsi sebagai kawasan hab dari GoW 2018. Ia digambarkan sebagai tasik yang indah dengan pemandangan yang menakjubkan di mana anda boleh melihat Jormungandr (ular gergasi) daripada jauh, tetapi kini kawasan sekitar dan keseluruhan tasik itu beku sepenuhnya kerana Fimbulwinter. Pada mulanya, saya tidak sedar dan fikirkan ia kawasan baharu. Rupanya tidak, di sinilah tempat sama yang pernah saya lalui sama dalam game sebelum.
Satu lagi tambahan baru adalah Kratos kini boleh berayun ke kawasan baru dengan Blade of Chaos-nya. Anda boleh mencapai tempat yang tinggi atau jauh, yang merupakan sesuatu mekanik yang pasti ramai peminat rindu daripada siri klasik God of War.
Tambahan kecil ini pun sebenarnya membawa banyak berubah kepada pengalaman platforming Ragnarok, termasuk reka bentuk level di mana beberapa kawasan berorientasikan pertarungan distrukturkan supaya anda boleh menggunakan mekanik berayun dalam pertarungan untuk membuat serangan mengejut ke atas musuh.
Selain mengikuti misi utama, ada banyak aktiviti sampingan untuk dilakukan. Sama ada memburu harta karun, collectible atau sekadar melakukan Favors (misi sampingan), game ini sentiasa ada sesuatu untuk kita lakukan sebelum memajukan cerita.
Favors pun sangat penting malah ada beberapa yang saya rasa patut dimasukkan dalam cerita utama. Dalam sesi bermain saya, kita akan menerima Favor daripada seorang NPC di mana semua perkara yang dia minta oleh Kratos boleh membahayakan keselamatan alam jika tidak dijaga. Namun, anda juga boleh mengabaikan misi ini sepenuhnya kerana jalan cerita tidak akan berubah.
Tidak lengkap lah sebuah game God of War jika tidak ada teka-teki dan peti berbeza untuk dicari. Sebahagian daripada peti ini menyediakan bekalan berharga seperti peti Nornir yang mengandungi Horns of Blood Mead dan Idunn Apples untuk meningkatkan Kratos HP dan meter Spartan Rage, serta peti Legendary yang kadang-kadang mengandungi Runic attack, Summon attack, dan lain-lain.
Melakukan aktiviti sampingan seperti ini nampak agak membosankan tetapi God of War Ragnarok memberi ganjaran yang pasti akan membantu dalam pertarungan terakhir.
Pilihan mode & ciri accessibility di PS5
Saya tidak ada satu aduan untuk prestasi God of War Ragnarok di PS5. Sepanjang saya bermain, game ini sentiasa berjalan dengan lancar dan cantik tanpa sebarang masalah.
Sama seperti GoW 2018, Ragnarok direka untuk menjadi satu pengalaman gaming tanpa henti; tiada langsung satu bahagian loading (kecuali apabila kita mati)! Ciri Haptic Feedback dan Adaptive Trigger juga wujud, tetapi selepas bermain keseluruhan game, ia tidak begitu mengagumkan seperti game lain. Mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan efek ini selepas bermain Ratchet & Clank, tetapi saya menjangkakan sesuatu yang lebih unik di Ragnarok.
Apa yang saya pasti adalah game ini memang tidak mempunyai sebarang loading.
Walau bagaimanapun, perkara yang paling mengagumkan tentang versi PlayStation 5 adalah mode Graphics yang disediakan.
Untuk PS5, pemain mempunyai sebanyak 6 pilihan untuk cuba bergantung pada setup TV masing-masing. Saya mencuba kedua-dua Favor Performance dan Favour Quality tetapi mendapati bahawa perbezaannya tidak begitu besar. Game ini masih kelihatan cantik dalam mode Performance di mana resolusi sentiasa kekal tajam. Satu-satu perbezaan besar adalah kesan pencahayaan di beberapa kawasan nampak gelap.
Secara keseluruhan saya sarankan korang semua untuk cuba mode Performance mode walaupun anda jenis gamer yang lebih utamakan grafik. Bersama tambahan FPS, Kratos nampak lebih lancar apabila bertarung dan pasti akan bantu dalam beberapa pertarungan yang memerlukan kita untuk mengelak banyak.
Jika anda tidak kisah tentang FPS, maka bermainlah pada mode Quality di mana game terasa lebih sinematik pada 30 fps.
Bersama setiap game moden, pilihan accessibility kini lebih penting untuk memudahkan para gamer dan terdapat banyak perkara yang mereka tambah di dalam God of War Ragnarok. Saya betul-betul mengira dan terdapat sekurang-kurangnya lebih 60 pilihan yang dibahagikan mengikut kategori khusus untuk audio, pertempuran, motion reduction, navigasi & teka-teki, playstyle, controller, bantuan visual dan banyak lagi.
Boleh dikatakan bahawa sesiapa sahaja, tidak kira apa jua situasi atau kekurangan, boleh menikmati perjalanan baharu Kratos, malah siap ada adegan “recap” tentang GoW 2018 supaya korang dapat memahami jalan cerita dengan segera.
Satu perkara akhir yang perlu ditambah ialah Photo Mode kerana buat masa ini, Ragnarok tidak mempunyai apa-apa Photo Mode. Tetapi mereka pasti akan menambahnya pada masa hadapan.
Pendapat
Sekilas pandang, ia nampak seperti game yang sama tetapi God of War Ragnarok berjaya membuktikan dirinya sebagai sekuel bagus yang lebih baik dan lebih besar.
Seperti saya kata tadi, jalan cerita adalah ciri terkuat dalam game ini, terutamanya bagaimana mereka menggambarkan hubungan antara Kratos dan Atreus. Saya terpaksa menahan diri supaya tidak memberi apa-apa spoiler kerana sebahagian besar daripada kandungan game berkait rapat dengan banyak elemen lain termasuk gameplay dan mekanik. Jangan risau, saya akan ceritakan semuanya apabila ramai lagi dapat mencuba Ragnarok.
Daripada segi gameplay, ia hampir sama dengan GoW 2018 tetapi jika formulanya sudah bagus, buat apa mereka mahu berubah. Gameplay asas mereka sudah solid, jadi apa yang Santa Monica perlu buat adalah untuk menambah baik sahaja. Saya sebenarnya lebih suka mereka mengekalkan gameplay untuk sekuel tetapi pada masa yang sama, saya juga faham jika beberapa peminat yang mungkin kecewa.
Nasib baiklah, penambahbaikan mereka pun banyak dan tidak keterlaluan. Secara keseluruhan, saya suka God of War Ragnarok dan akan mengesyorkan 100% kepada semua pemilik PS4 dan PS5 untuk cuba. Anda pun tidak perlu tunggu lama lagi, kerana game ini akan dilancarkan pada 9 November 2022.
Untuk membaca segala liputan kami tentang God of War Ragnarok, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
God of War Ragnarok
Sekilas pandang, ia nampak seperti game yang sama tetapi God of War Ragnarok berjaya membuktikan dirinya sebagai sekuel bagus yang lebih baik dan lebih besar. Jalan cerita adalah ciri terkuat dalam game ini, terutamanya bagaimana mereka menggambarkan hubungan antara Kratos dan Atreus. Daripada segi gameplay, ia hampir sama dengan GoW 2018 tetapi jika formulanya sudah bagus, buat apa mereka mahu berubah. Gameplay asas mereka sudah solid, jadi apa yang Santa Monica perlu buat adalah untuk menambah baik sahaja.
PROS
- Cerita yang lebih luas dan lebih baik
- Perkembangan watak yang bagus
- Tambahan baharu pada sistem pertempuran dan penerokaan
- Lebih banyak variasi musuh dengan tidak banyak boss yang dikitar semula
- Banyak aktiviti sampingan terutamanya apabila memasuki fasa end-game
CONS
- Sesetengah watak tidak mempunyai banyak masa untuk menyerlah dan kurang menonjol
- Mungkin berasa terlalu sama untuk peminat yang mengharapkan perubahan drastik
Discussion about this post