Anda suka bermain game seperti Among Us atau Sherlock Holmes? Ada game baru yang boleh gabungkan kedua-duanya telah dilancarkan 14 April lepas bertajuk CRIMESIGHT. Gameplay-nya amat menekankan cara anda melakukan deduksi. Kalau anda ingin tahu selebihnya, jom baca review kami mengenai game ini!
Konsep
Mari kita mulakan dengan konsep. Game ini berlaku di London pada tahun 2075, era di mana jenayah telah dikurangkan sebanyak 90% di seluruh dunia, terima kasih pada sistem canggih yang dipanggil “Foresight AI”. Tetapi disebabkan sistem ini meramalkan kejadian yang tidak dapat dielakkan, pembangun mula mencipta AI berkuasa yang mampu selesaikan jenayah yang paling kejam. AI ini dipanggil “Sherlock”, tetapi tidak lama selepas itu, ancaman sebenar muncul daripada AI lain, Moriarty, yang menyaingi keupayaan Sherlock dan tidak inginkan apa-apa selain kehancuran dunia.

Walaupun ramai orang suka membuat perbandingan dengan Among Us mengenai game misteri ini, Crimesight jauh lebih berbeza. Segala-galanya tertumpu kepada potensi pembunuhan ngeri yang akan berlaku di sebuah rumah agam yang besar, di mana matlamat anda hanyalah bertumpu pada pihak yang dipilih – jenayah atau keadilan. Tetapi bukan semuanya mengenai kelakuan yang mencurigakan, ia juga memerlukan strategi menggunakan semua kuasa dan kebolehan istimewa yang mereka ada.

Gameplay Crimesight
Terdapat tiga watak yang anda boleh mainkan. Berikut adalah wataknya:
- Sherlock: Senang citer, watak baik yang tugasnya untuk menghalang AI jenayah, Moriarty. Sherlock mampu mengawal sehingga 3 pawn termasuk sasaran pembunuh. Tetapi arahan Sherlock tidaklah begitu kuat kerana jika dia dan Moriarty cuba gerakkan pawn yang sama, pawn itu akan mengikut arahan Moriarty. Selain itu, kemahiran duduksi Sherlock adalah yang terbaik dan dia juga boleh melakukan analisis lengkap pada penghujung hari untuk memberikan maklumat berguna untuk menjejaki sasaran dan penyerang.
- Moriarty: Penjenayah ini merupakan AI yang lebih mudah. Dia hanya perlu mengambil alih penyerang untuk membunuh sasaran utama yang telah didedahkan dari awal. Anda tidak perlu melakukan banyak deduksi, sebaliknya gunakan persekitaran dengan berkesan untuk menjalankan misi pembunuhan. Bermula daripada mencari senjata pembunuhan untuk digunakan, mengambil kesempatan daripada laluan rahsia atau alatan lain seperti semburan gas. Anda cuma perlu menyerang sasaran anda apabila tiada saksi dalam satu bilik.
- Irene: Dia boleh dikatakan sebagai sidekick Moriarty. Walaupun dia masih tahu siapa sasaran dan pembunuh, keupayaan Irene lebih terhad kerana dia tidak boleh memberikan arahan “Assail” atau sentuh kotak fius untuk padamkan elektrik. Satu-satunya perkara yang membuatkan dia istimewa ialah keupayaan untuk kekal tersembunyi. Jadi, jika dia kebetulan menguasai pawn sama seperti Sherlock, maka jejaknya tidak dapat dikesan. Dia pada dasarnya pembantu yang sempurna untuk Moriarty untuk menyemarakkan game dan membuatkan pemain Sherlock lebih menderita.

Anda tidak boleh memilih watak yang anda ingin mainkan, ia akan diberi secara rawak dengan tiga pemain lain dalam talian. Jika anda bermain sebagai Sherlock, misi anda adalah untuk mengesan sasaran utama dan penjahat dengan memerhatikan perkara yang berlaku di rumah agam itu. Sebagai Moriarty pula, anda perlu mengawal penjahat utama untuk mencari masa terbaik untuk bunuh sasaran. Irene pula bertindak sebagai pembantu yang menipu Sherlock dan membantu Moriarty menjalankan misi dengan lancar. Senang cerita, ia seperti permainan catur yang dikawal tiga orang pemain.
Had masa untuk setiap game ialah 10 pusingan dan ia juga dibahagikan kepada hari. Setiap pawn yang anda kawal agak terdedah kerana mereka boleh lapar dan cedera. Jika perkara itu berlaku, pawn tidak boleh bergerak jauh dan mudah menjadi sasaran penjahat atau mengalami kesukaran untuk mengejar sasaran jika bermain sebagai penjahat. Penerokaan menjadi penting untuk elakkannya. Anda boleh menjumpai makanan, senjata dan ubat-ubatan dalam rumah agam itu. Dalam sesetengah kes, kejadian yang tidak dijangka boleh berlaku. Contohnya, anjing liar yang masuk ke dalam rumah, kebocoran gas atau putus bekalan elektrik.

Rentak game ini juga stabil dan sentiasa memberikan perubahan ketara pada situasi dalam setiap pusingan. Contohnya Sherlock berjaya mengesan tindakan Moriarty, yang membolehkan pemain lain mendapat petunjuk kemudian. Lebih membimbangkan apabila Sherlock menggunakan kemahiran deduksi setiap hari dan memberikan banyak petunjuk untuk disiasat. Tetapi yang labih penting ialah cara menjejak pergerakan setiap pawn, kerana situasi boleh menjadi bertambah buruk jika salah seorang daripadanya mempunyai senjata dan berada dekat dengan pawn lain dalam satu bilik. Selalunya keadaan sebegini akan membawa kepada pembunuhan.

Bahagian kegemaran saya dalam game ini ialah cara anda bekerjasama dengan setiap pemain. Jelas sekali, anda tidak akan mempercayai semua orang dengan begitu mudah, tetapi Crimesight memberikan pilihan di mana setiap pemain boleh berkomunikasi antara satu sama lain seperti bertanya sama ada mereka boleh mengawal watak tertentu. Ini membolehkan anda menutup jejak anda dengan membenarkan seseorang menggerakkan pawn pembunuh, tetapi hakikatnya, anda sudah mengawal pawn tersebut dan mengenali Moriarty dengan lebih mudah. Ia juga mempunyai pilihan untuk membuang undi untuk menentukan pemain yang bertindak paling mencurigakan, tetapi ia hanya penunjuk untuk memberi amaran kepada penyiasat lain supaya memerhatikan pemain tertentu.

Bagi saya, Moriarty lebih seronok untuk dimainkan. Bukan setakat banyak kelebihan dari permulaan game, ia juga lebih tertumpu pada misi. Game mungkin menjadi lebih lama jika bermain sebagai Sherlock dan lebih senang ditipu oleh Moriarty. Irene pula sangat bergantung kepada Moriarty. Jadi, kalau anda bermain dengan seseorang yang tidak tahu mengenai perkara penting dalam game ini, Irene tidak boleh mengawal keputusan dalam setiap pusingan. Untuk mendapatkan barang juga menggunakan RNG. Jadi, memang susah kalau anda ingin menjumpai makanan untuk diberikan pada pawn. Sebab itu, lebih mudah bermain sebagai Moriarty kerana mencari senjata untuk melakukan pembunuhan adalah lebih penting.

Kandungan
Walaupun saya menyukai konsep game ini dan seronok bermain sebagai Moriarty, tetapi dengan hanya beberapa perlawanan sahaja sudah cukup untuk menunjukkan segala-galanya tentang Crimesight. Terdapat 4 mod game, satu varian rumah agam, 3 AI utama dan struktur misi yang sama. Terdapat juga tutorial yang banyak dan sememangnya penting untuk dipelajari. Tetapi ia agak sukar untuk difahami, dan anda perlu bermain beberapa perlawanan untuk betul-betul memahami game tersebut. Anda juga boleh menyemak statistik anda dan bersaing di leaderboard mingguan.
Walaupun tidak banyak kandungan buat masa ini, Crimesight merupakan game yang berpatutan untuk dimiliki. Terdapat banyak potensi untuk game pada masa hadapan seperti tambahan AI baru, peta, acara rawak dan lebih banyak variasi untuk membunuh sasaran kerana hanya cutscene sama yang ditunjukkan semasa pembunuhan berlaku.

Kesimpulan
Crimesight ialah gabungan bijak antara game misteri dan deduksi sosial. Tetapi kalau tutorial lebih difahami, ia lebih mudah untuk pemain mengenali peranan AI masing-masing. Semasa bermain, suasan menjadi lebih mendebarkan dengan setiap pusingan boleh mencetuskan perubahan ketara, jadi taktik yang dipakai akan sentiasa ditukar. Ia pengalaman yang sangat segar untuk keseluruhan game, dan saya rasa ia layak mendapat tumpuan daripada pemain lain.
Walaupun kadang-kadang terasa game ini berat sebelah dan lebih berpihak kepada Moriarty, ia masih lagi memberikan cabaran hebat ketika bermain sebagai Sherlock. Aspek RNG dalam Crimesight agak menyakitkan, lebih-lebih lagi ketika mencari makanan atau ubat untuk diberikan kepada pawn. Malah, masa juga banyak terbuang semasa anda mencarinya dan mudah untuk Moriarty membunuh sasaran. Jadi, kalau keseimbangan antara AI ini dapat diperbaiki, setiap perlawanan pasti lebih seronok untuk dimainkan tidak kiralah sebagai Sherlock atau Moriarty.
Game ini hanya tersedia di Steam, malah anda boleh dapatkannya dengan Project Winter dalam satu bundle khas. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
CRIMESIGHT
PROS
- Gameplay dengan konsep yang unik
- Tempo game yang bagus
- Reka bentuk watak yang mantap
CONS
- Tutorial agak sukar untuk difahami
- Terlalu bergantung pada RNG (Random Number Generator)
- Bermain sebagai Sherlock atau Irene agak susah untuk menang
Discussion about this post