gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Review ASUS ZenBook 13 OLED UX325 – Laptop 13″ paling mantap di pasaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2021
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review ASUS ZenBook 13 OLED UX325 – Laptop 13″ paling mantap di pasaran!
Share on FacebookShare on Twitter

RelatedPosts

[Review] Rollerdrome – Rasai pengalaman sukan lasak baru dengan menembak

Kingston umum memori FURY Renegade DDR5, maksimumkan “potensi Overclock”

Interview Rollerdrome bersama Paul Rabbitte – Membawa Gabungan Unik Antara Sukan Dan Menembak!

ASUS memperkenalkan model baru ZenBook 13 OLED UX325 dengan paparan OLED dan CPU terbaru dari Intel, tetapi apa yang membuatkan produk ini menarik adalah harganya yang murah bermula dari RM 4,299, lantas menjadikan ini laptop OLED paling murah, dan salah satu komputer riba 13 inci terbaik yang boleh anda beli. Pada harga itu, pasti ramai yang risau tentang prestasi atau jangka hayat bateri, tetapi setelah menghabiskan beberapa minggu mengkaji produk, saya dengan senang hati boleh berithau bahawa anda tidak perlu risau. Inilah review saya untuk ASUS ZenBook 13 OLED UX325!

Reka bentuk

Reka bentuk ZenBook 13 OLED cukup simple. Unit yang diberi kepada kami adalah Pine Grey (tetapi kalau tak minat, anda boleh dapatkan pilihan warna Lilac Mist). Sekiranya kamu melihat bahagian atas laptop, ia mempunyai kemasan metalik yang cantik dan kalau diperhati betul-betul, terdapat sejenis lingkaran bulat yang kononnya terpancar dari logo ASUS. Itu saya memang suka.

Laptop ini juga sangat padat dengan kenipisan sebanyak 13.9 mm dan berat hanya 1.14 kg. Anda boleh memuatkan laptop ini ke dalam mana-mana beg pun dan ia masih ada banyak ruang. Selain itu, ZenBook 13 OLED sangat ringan dan terasa seperti memegang botol kecil air mineral. Menurut ASUS, ZenBook 13 OLED adalah laptop OLED paling ringan di dunia dan kalau awak dapat pegang satu unit, saya rasa awak pun akan setuju.

Seperti ROG Zephyrus G14, ZenBook 13 OLED mempunyai reka bentuk ErgoLift di mana bahagian belakang dinaikkan sedikit, supaya lebih mudah untuk menaip berbanding laptop biasa. Ia juga membantu bab penyejukan kerana sepanjang tempoh saya menguji ZenBook 13 OLED untuk review, ia kekal “sejuk” walaupun saya cuba game yang sepatutnya mencabar prestasi laptop.

Paparan

Paparan skrin adalah ciri nombor 1 untuk ZenBook 13 OLED dan merupakan skrin terbaik yang boleh anda dapat untuk sebuah laptop 13 inci. Dari segi kualiti visual, setiap warna muncul dengan jelas dan saya dapat melihat perbezaan yang besar ketika menonton video 1080p dan video 4K di YouTube. Laptop lain memberi hasil resolusi yang lebih kurang sama, tetapi ZenBook 13 OLED menunjukkan perbezaan yang ketara antara kualiti setiap resolusi.

Anda juga boleh mengubah suai beberapa tetapan di aplikasi MyAsus. Satu yang saya akan mengesyorkan adalah pilihan TruLife, yang sepatutnya meningkatkan kualiti visual dan mengubah semuanya menjadi lebih realistik, tetapi apabila menghidupkan option ini, saya tidak dapat melihat apa-apa perbezaan.

Di atas skrin, anda boleh jumpa webcam IR (inframerah). Webcam ini membolehkan kita unlock laptop dengan menggunakan teknologi ” facial recognition”. Salah satu lagi kelebihan adalah inframerah masih boleh berfungsi walaupun dalam keadaan gelap. Saya cuba menggunakan laptop ini selepas memadamkan semua lampu pada waktu malam, dan webcam masih dapat mengesan wajah saya untuk unlock laptop, yang membuatkan proses login sangat mudah dan lancar.

Papan kekunci

Papan kekunci agak biasa-biasa sahaja dan mempunyai fungsi “backlight” dengan 3 tahap kecerahan yang berbeza. Untuk mereka yang inginkan RGB, malangnya tiada tetapi itu tidak mengapa kerana ini bukan laptop gaming. Setiap kekunci terasa lembut dan bukan jenis yang membuat bising, memang cukup selesa untuk menaip. Tetapi mungkin kerana tidak biasa dengan laptop 13 inci, saya kerap menekan butang yang salah. Seperti mana-mana papan kekunci pun, anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri semasa menaip.

Bagi trackpad, ciri ini boleh tahan bagus. Saya tidak merasa kekok semasa menggunakannya dan semua sentuhan cukup responsif. Ia juga mempunyai fitur kalkulator yang mantap! Anda hanya perlu tekan di sudut kanan atas trackpad, dan sebuah kalkulator LED akan muncul yang juga berfungsi sebagai NumPad. Saya tidak begitu menggunakan fitur ini, tetapi ia mungkin berfaedahn untuk sesiapa yang melakukan banyak kerja pengiraan.

Sambungan I/O

Untuk I/O, sebelah kiri laptop mempunyai port HDMI 2.0 dan dua port USB-C Thunderbolt 4 (kedua-duanya boleh digunakan untuk mengecas laptop). Bahagian kanan pula mempunyai port USB 3.2 Gen 1 Type -A dan pembaca kad MicroSD. Malangnya ada satu perkara yang saya kecewa di mana ia tidak mempunyai bicu audio. Produk ini dilengkapi dengan adapter bicu audio ke Type-C, tetapi maksudnya kita akan kekurangan satu port kalau ingin mendengar lagu atau menonton video.

Audio

Saya agak terkejut dengan kualiti audio pada laptop. Ia bukanlah yang terbaik tetapi masih kedengaran sangat jelas dan bunyinya pun agak lantang. Kemungkinan besar, bunyi dapat sampai dengan lebih lancar kerana reka bentuk ErgoLift. Walaupun laptop sangat kecil, jangan pandang rendah pada kekuatan volume-nya. Secara keseluruhan, jika anda menonton filem atau video, bunyinya cukup bagus tetapi kalau anda inginkan pengalaman yang lebih imersif seperti surround sound, itu memang saya sarankan anda pakai headset lah.

Bateri

Menurut ASUS, bateri boleh bertahan hingga 13 jam. Saya cuba menguji laptop ini dengan membuat kerja seharian (memandangkan saya sibuk menaik dan melayari internet 8 jam sehari) dan sangat kagum dengan hasilnya. Walaupun sudah 8 jam lebih bekerja, laptop masih ada baki bateri untuk tahun mungkin 1 atau hampir 2 jam lagi. Bateri memang tahan lama! Bagi gaming on-the-go, saya mencuba bermain CS:GO dari bateri maksimum di mana ia jatuh ke 15% bateri dalam masa sekitar 3 jam setengah. Di samping itu, anda boleh mengecas laptop dengan adaptor Type-C. Mengecas selama 1 jam dapat mengisi bateri dari kosong hingga 60%.

Prestasi gaming

Saya ulang sekali lagi! ZenBook 13 OLED bukanlah laptop gaming. Unit kami dilengkapi dengan 11th Gen Intel Core i5, 8GB RAM dan kad grafik Intel Iris Xe. Saya menguji tiga game dan ia terdiri daripada Outlast, CSGO dan Ghostrunner.

Pada tetapan grafik “Very High”, ZenBook OLED 13 dapat menjalankan Outlast dengan cukup konsisten pada 60FPS. Ia jarang sekali jatuh ke 40 FPS, tetapi secara keseluruhan, pengalaman gaming memang lancar.

Saya bermain CS:GO pada tetapan grafik “High” di peta Dust 2, dan ia berjalan antara 30 hingga 50 FPS. Ini yang terbaik ia mampu capai. Anda masih boleh bermain, tetapi memang jelas tidak sesuai untuk apa-apa game FPS kompetitif.

Game terakhir yang saya cuba adalah Ghostrunner, dan pada tetapan grafik “High”, permainan ini tidak boleh langsung dimainkan. FPS hanya cecah antara 15 hingga 30 sahaja. Oleh kerana ini adalah permainan aksi pantas, ia memerlukan refresh yang tinggi. Anda masih boleh cuba, tetapi tidak akan mendapat pengalaman yang seronok. Kita pun tidak boleh menyalahkan laptop, kerana ia hanya mempunyai Intel-i5 core dan Intel Iris Xe, yang berada di bawah spesifikasi minimum.

Secara keseluruhan, laptop ini kekal sejuk, walaupun menguji permainan yang mempunyai permintaan grafik tinggi. Selagi anda bermain game yang memenuhi spesifikasi yang diperlukan, laptop ini tidak akan mengalami masalah.

Ujian benchmark

Berikut adalah hasil keputusan benchmark untuk bantu dalam review ZenBook 13 OLED:

PCMark 10 memberikan markah 4,565, yang cukup baik kerana tujuannya adalah untuk produktiviti. Anda boleh menguruskan semua kerja seharian dengan selesa, kecuali urusan penyuntingan video yang berat.

Untuk 3DMark Time Spy, markahnya tidak begitu bagus, tetapi itu adalah perkara yang mudah dijangka.

Bagi Cinebench, prestasi Multi Core berada di kedudukan ke-10 manakala prestasi Single Core berada di kedudukan ke-3. Secara keseluruhan, ia adalah laptop kerja yang sangat mantap.

Pendapat

ZenBook 13 OLED adalah laptop produktiviti mantap yang mempunyai banyak ciri anda tidak boleh dapat di laptop lain. Sekiranya mahukan laptop kerja yang bagus untuk bermain game ringin atau menonton filem dan video, saya sangat mengesyorkan ZenBook 13 OLED. Dengan NumPad LED dan webcam inframerah, ia adalah satu laptop bagus untuk dimiliki.

Sudah tentu, speaker-nya tidak begitu mengagumkan, dan tidak ada bicu audio, tetapi ini bukanlah satu kekurangan yang besar. Sekiranya anda memerlukan laptop on-the-go dengan paparan hebat yang mampu bertahan sepanjang hari, Asus Zenbook 13 OLED adalah laptop terbaik pada segmen harga mampu milik!

ZenBook 13 OLED kini berharga RM 4,299 tetapi jika ingin sesuatu yang lebih handal, model ZenBook 13 OLED yang dilengkapi dengan Intel i7 core juga dijual pada nilai harga RM 4,799. Maklumat lanjut tentang produk boleh didapati di laman web rasmi ASUS.

Itu sahaja bagi review saya untuk ASUS ZenBook 13 OLED. Untuk segala liputan kami tentang produk ASUS termasuk review dan promosi, sila tekan pautan ini.

Spesifikasi ASUS ZenBook 13 OLED UX325

CPU 11th Gen Intel Core i5-1135G7 @ 2.40 GHz (8M Cache, up to 4.2 GHz, 4 cores)
RAM 8 GB LPDDR4X on-board (Max up to 32GB)
GPU Intel Iris Xe Graphics
Storage 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
Connectivity Wi-Fi 6 (802.11ax), Bluetooth 5.0 (Dual band), 2*22 x Thunderbolt 4 USB-C1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A1 x standard HDMI 2.01 x MicroSD card reader
Display 13.3-inch, OLED, FHD (1920 x 1080) 16:9, Glossy display, 400nits, DCI-P3: 100%, Pantone Validated, Screen-to-body ratio: 88 %
Audio Audio by ICEpower, Built-in speaker, Built-in array microphone harman/kardon (Premium) with Cortana and Alexa voice-recognition support
Power 67WHrs, 4S1P, 4-cell Li-ionTYPE-C, 65W AC Adapter, Output: 20V DC, 3.25A, 65W, Input: 100-240V AC 50/60GHz universal
Dimensions (W x D x H) 304 x 203 x 13.9 mm (11.98" x 7.99" x 0.55")
Weight 1.14 kg
Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: AsusASUS ZenBook 13 OledLaptopreviewulasan
Previous Post

“Apa yang anda lihat hanyalah sebahagian kecil dunia DokeV” – Temu ramah eksklusif bersama Sangyoung Kim dan Changkee Nam dari Pearl Abyss

Next Post

Anime baru, game konsol kolaborasi SSSS.Gridman/Dynazenon & banyak lagi didedahkan di Azur Lane 4th Anniversary!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Review] Rollerdrome – Rasai pengalaman sukan lasak baru dengan menembak
Review

[Review] Rollerdrome – Rasai pengalaman sukan lasak baru dengan menembak

Kingston umum memori FURY Renegade DDR5, maksimumkan “potensi Overclock”
Teknologi

Kingston umum memori FURY Renegade DDR5, maksimumkan “potensi Overclock”

August 16, 2022
Interview Rollerdrome bersama Paul Rabbitte – Membawa Gabungan Unik Antara Sukan Dan Menembak!
Temuramah

Interview Rollerdrome bersama Paul Rabbitte – Membawa Gabungan Unik Antara Sukan Dan Menembak!

August 16, 2022
Next Post
Anime baru, game konsol kolaborasi SSSS.Gridman/Dynazenon & banyak lagi didedahkan di Azur Lane 4th Anniversary!

Anime baru, game konsol kolaborasi SSSS.Gridman/Dynazenon & banyak lagi didedahkan di Azur Lane 4th Anniversary!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!

Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!

by Maira
August 16, 2022
0

Pada minggu lepas, Dreamworks Animation telah pun mengumumkan bahawa Panda kegemaran ramai, Po akan kembali dengan filem terbarunya. Filem Kung...

One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

by Razin Syafiq
August 15, 2022
0

Untuk meraikan ulang tahun ke-25 One Piece, syarikat badminton terkenal VICTOR melancarkan koleksi baharu yang menampilkan pelbagai produk termasuk raket,...

Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!

Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!

by Maira
August 15, 2022
0

Demon Slayer memang banyak berkolaborasi dengan syarikat luar untuk produk-produk menarik seperti minyak wangi, T-shirt Uniqlo, mouse dan lain-lain. Baru-baru...

Kisah cinta Sasuke & Sakura akhirnya diceritakan – dilukis oleh juruanimasi Naruto

Kisah cinta Sasuke & Sakura akhirnya diceritakan – dilukis oleh juruanimasi Naruto

by Razin Syafiq
August 15, 2022
0

Sebagai salah satu duo paling ikonik dalam siri Naruto, kita semua tahu bahawa Sasuke dan Sakura akhirnya berkahwin bersama. Walaupun...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In