Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review ASUS ProArt Studiobook 16 OLED – Laptop paling perfect untuk content creator!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2021
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review ASUS ProArt Studiobook 16 OLED – Laptop paling perfect untuk content creator!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ASUS telah menumpukan perhatian kepada para kreatif digital seperti pereka grafik, penyunting video dan animator 3D yang inginkan komputer yang mampu menguruskan tugasan intensif dan sesebuah mesin yang boleh menampung sesi “heavy-duty gaming”. Di sini, ASUS memperkenalkan ProArt Studiobook 16 OLED selaku model terbaru dalam barisan kreatif mereka. Persoalannya, adakah ia boleh melakukan dua tugas besar dengan lancar? Untuk mendapatkan jawapan yang lebih jelas, inilah review saya untuk ASUS ProArt Studiobook 16 OLED!

*Unit kami terima ialah model H5600QR yang menggunakan AMD Ryzen 9 5900HX Mobile Processor, NVIDIA GeForce RTX 3070 dan 64GB RAM.*

Reka bentuk

Saya sebenarnya agak suka reka bentuk Studiobook 16 OLED. Ia ada rupa “low profile” atau minimalis di mana hanya warna hitam saja meliputi seluruh casis, dengan logo perak ProArt di atas -memang simple saya katakan. Keseluruhan casis juga mempunyai kemasan matte yang -walaupun tidak memantulkan sebarang cahaya- dapat memastikan cap jari atau tanda tapak tangan kita tidak melekat pada permukaan.

Dengan lebar 362mm x kedalaman 264mm x ketinggian 19.6mm bersama berat 2.4kg, nak memikul laptop ini untuk urusan luar bukanlah tugas yang mudah. Bertabahlah wahai pengguna yang perlu bawa laptop ke kerja. Walaupun saya kata begitu, ini menjadikan laptop tersebut cukup kukuh, sehingga lulus ujian ketahanan gred tentera (MIL-STD 810H).

Bagi port I/O pula, terdapat 2 USB Type-A, 2 USB Type-C yang menyokong power delivery dan paparan, 1 HDMI 2.1, 1 audio jack 3.5mm, 1 port Ethernet dan pembaca kad SD.

Keyboard & Touchpad

Keyboard mempunyai “key travel” yang boleh tahan bagus dan respon tactile yang baik, serta menawarkan number pad berasingan. Walau bagaimanapun, keseluruhan keyboard rasa seperti dianjak ke atas manakala butang pula agak kecil, kerana ASUS Dial telah mengisi ruang antara touch pad dan keyboard. Saya tidak kata ini adalah ciri yang teruk, cuma pengguna baru perlu cepat membiasakan diri supaya dapat bekerja dengan selesa.

Ke bahagian touchpad pula, setiap sentuh terasa lancar, responsif dan kita bukan hanya ada dua, malah tiga butang di sisi. Butang ketiga memberi kawalan tambahan yang berguna untuk aplikasi 3D atau AutoCAD, menyunting video untuk menandakan titik “penting”, dan sebagainya. Ia juga merupakan touch pad pertama daripada ASUS yang menyokong stylus menggunakan standard MPP 1.51. Ini membolehkan artis untuk menggunakan touchpad sebagai tablet. Malangnya, saya tidak dapat mencuba fungsi ini, jadi tidak begitu pasti kalau ia bagus atau tidak.

Paparan

Sebaik sahaja membuka laptop, anda akan melihat paparan 16″ 4K OLED HDR 16:10 NanoEdge. Seperti yang dipromosikan oleh ASUS, gambar memang sharp, berwarna-warni dan cantik. Setakat ini, memang inilah paparan terbaik pernah saya lihat di sebuah laptop.

Panel 10-bit menawarkan 100% liputan warna DCI dengan kecerahan sehingga 550 nits. Bersama dengan ketepatan warna, ini membolehkan kerja pembetulan warna yang lebih tepat dalam aplikasi seperti Adobe Lightroom. Nisbah kontras 1,000,000:1 dan ciri OLED menjadikannya sesuai untuk kandungan video, manakala Sijil VESA DisplayHDR 500 True Black, turut meningkatkan output warna bagi Studiobook 16.

Memandangkan laptop ini menyokong resolusi 4K, paparannya lebih terpesona dan menjadikan objek di sebalik skrin kelihatan “seakan-akan betul.” Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pensijilan “eye-care” untuk memastikan mata kita kekal selamat walaupun menggunakan laptop pada jangka masa panjang. Tetapi masih ada beberapa kekurangan! Paparan ini hanya menyokong refresh rate setinggi 60Hz dan response time serendah 0.2 ms. Ini bukan yang terbaik tetapi cukup baguslah memandangkan ia bukan laptop gaming tulen. Jika gaming bukan fokus utama, jadi anda tidak akan ada masalah.

ASUS Dial

Satu lagi ciri menarik adalah ProArt Dial yang terletak betul-betul di bawah papan kekunci. Dengan menekannya, sebuah menu akan keluar di sudut kiri atas paparan yang terdiri daripada pelbagai fungsi. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan dial untuk mengubah kelantangan bunyi atau meningkatkan kecerahan monitor. Semuanya lebih mudah daripada menggunakan Function key.

Tetapi untuk betul-betul memanfaatkan ciri ini sepenuhnya, anda memerlukan Adobe Creative Cloud suite. Apabila membuka Photoshop, dial ini akan menampilkan sejenis menu dengan pilihan untuk “brush, layer” dan sebagainya. Dengan menekannya sekali lagi, anda akan membuka pilihan baru untuk “hardness, flow, opacity” dan banyak lagi. Adobe Premiere dan After Effects mempunyai menu yang hampir serupa.

Untuk para content creator, ini adalah alat bagus untuk membuat pembetulan kecil, menukar alatan dengan cepat dan sebagainya. Jika sebelum ini korang dah pantas menggunakan keyboard dan mouse, saya yakin ASUS Dial akan cepatkan lagi workflow anda.

ProArt Creator Hub

Untuk mereka yang dah terbiasa dengan ROG Gaming Center, anggaplah ini fungsi yang sama untuk Studiobook 16 OLED di mana kita boleh memantau prestasi laptop, dan bertukar kepada mode lain mengikut keutamaan untuk meningkatkan user experience.

Di sini, anda boleh memprogram semula fungsi mengikut apa yang anda mahukan melalui menu. Selain daripada mengubah suai ASUS Dial dan butang tambahan, anda juga boleh menggunakannya untuk membuat Task Group. Secara ringkas, setiap “group” boleh diisi maksimum 8 aplikasi/perisian dan setelah selesai memilih, anda boleh klik “group” tersebut dalam ProArt Creator Hub untuk serta-merta membuka semua aplikasi/perisian yang ada di dalam.

Mengikut pendapat peribadi, saya sebenarnya berharap ini akan menjadi ciri biasa untuk setiap laptop berunsur produktiviti kerana ia benar-benar menjadikan kerja kita lebih mudah daripada perlu membuka satu-satu aplikasi. Kalau kerja kita memerlukan lebih daripada satu aplikasi, saya rasa ini adalah cara yang bagus untuk jimatkan masa, sambil memberi “ease of access” kepada pengguna.

Prestasi, isu pemanasan & hasil ujian

Bersama AMD Ryzen 9 5900HX Mobile Processor, NVIDIA GeForce RTX 3070 dan 64GB RAM, saya menaruh harapan yang tinggi untuk ProArt Studiobook 16 OLED dan nasib baik keputusannya tidak mengecewakan semasa menulis review ini.

Di 3DMark, ia berjaya memperoleh markah setinggi 8,027 yang membuktikan ia jauh lebih baik daripada kebanyakan laptop bukan gaming. Bukan setakat itu sahaja, ia juga berjaya mengalahkan beberapa laptop gaming yang datang daripada jenama terkenal. Untuk PC Mark 10, keputusannya masih sangat mengagumkan di mana ia memperoleh markah sebanyak 6,072.

3DMark

PCMark 10

Selain daripada paparan 60Hz, rata-rata semua ciri berunsur high-level gaming. Tapi adakah ia benar-benar bagus? Saya menguji beberapa game dalam resolusi 4K dan wow.. hasilnya memang mengejutkan. Saya fikir mungkin ada beberapa game yang tidak boleh berjalan, tetapi semuanya okay dan tiada masalah yang betul-betul ketara. Namun, ia bukan yang terbaik dan masih ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan.

Far Cry 6

Ini adalah salah satu contoh untuk perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Studiobook 16 OLED. Dalam tetapan “High”, semuanya baik dan lancar dengan purata 35-40 FPS. Tetapi apabila bermain pada tetapan maksimum iaitu Ultra, game ini hanya mampu berjalan dalam 2 FPS sahaja. Nak buka menu untuk quit pun payah.

Back 4 Blood

Sebaliknya, Back 4 Blood lebih lancar pada tetapan maksimum dengan purata 25-30FPS walaupun banyak aksi sedang berlaku di atas skrin seperti kesan darah memercik, tembakan api, asap berterabur dan sebagainya.

Tales of Arise

Walaupun pada tetapan maksimum, game ini berjalan pada purata 100 FPS sedangkan saya adegan pertarungan dengan banyak kesan visual ala-ala anime. Apabila hanya meneroka, game ini berjalan pada 140 FPS, yang lebih bagus.

Isu termal?

Bagi saya, suhunya sebenarnya agak panas jika melakukan aktiviti intensif dan boleh cecah lebih menolak 90 darjah celsius. Menurut ASUS, mereka telah mencipta solusi termal bernama “IceCool Pro” yang sepatutnya akan meningkatkan aliran udara sehingga 16 peratus, sambil mengekalkan tahap bunyi di bawah 40 dbA dalam mode standard. Jika memerlukan lebih banyak kuasa, anda boleh bertukar kepada mode Performance atau Full-Speed yang meningkatkan kuasa sehingga 135 watt. Cuma, bunyi kipas agak kuat ya..

Pendapat

Sebagai laptop yang bertujuan untuk produktiviti, ProArt Studiobook 16 OLED menawarkan lebih daripada apa yang saya jangkakan dalam review ini.

Walaupun tahu ia dilengkapi dengan salah satu CPU dan GPU terbaik dalam pasaran, saya tetap terkejut apabila melihat ia mampu menjalankan beberapa game taraf AAA dalam resolusi 4K pada tetapan maksimum. Itu sahaja dah cukup mengagumkan. Ia bukan sahaja pantas, malah lancar dan boleh dipercayai untuk membuat kerja-kerja kreatif seperti penyunting video 4K dan imej besar tanpa menjadi terlalu panas.

Ciri tambahan seperti ASUS Dial yang inovatif juga memudahkan content creator apabila menggunakan aplikasi Adobe seperti Photoshop dan Premiere Pro. Walaupun anda tidak ingin membuat kerja kreatif pun, Dial ini dapat menyokong aktiviti lain dalam kehidupan seharian untuk memudahkan pengalaman pengguna.

Buat masa ini, ASUS ProArt Studiobook 16 OLED adalah laptop Windows 10 terbaik untuk sesiapa yang suka hasilkan content dan tidak ingin terbatas oleh kemampuan peranti. Jika anda menepati syarat itu, saya mengesyorkan untuk dapatkan model ini.

Maka, tamat lah review saya untuk ASUS ProArt Studiobook 16 OLED yang boleh didapati pada harga bermula RM9,999. Untuk maklumat lanjut, awak boleh menyemak laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Untuk segala liputan kami tentang ASUS, sila tekan pautan ini.

Tags: AsusAsus ProArt Studiobook 16 OLEDLaptopreview
Previous Post

[Review] GTA the Trilogy: Definitive Edition – Mengimbau memori zaman PS2

Next Post

Gamer Forza Horizon 5 kena ban hampir 8000 tahun selepas tambah design Kim Jong-un & KFC di kereta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Gamer Forza Horizon 5 kena ban hampir 8000 tahun selepas tambah design Kim Jong-un & KFC di kereta

Gamer Forza Horizon 5 kena ban hampir 8000 tahun selepas tambah design Kim Jong-un & KFC di kereta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd