Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] A Quiet Place 2 – Sekuel hebat tetapi penuh persoalan

Maira by Maira
November 3, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
[Review] A Quiet Place 2 – Sekuel hebat tetapi penuh persoalan
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya, dapat juga kita menonton filem sekuel A Quiet Place setelah ditangguhkan akibat Covid yang melanda negara kita. Filem A Quiet Place 2 merupakan filem yang menyambung kisah yang berlaku di filem pertama membawa kita ke sebuah lagi kisah di dunia yang wujudnya raksasa yang sensitif kepada bunyi. Kami telah mendapat peluang untuk menonton filem ini di pawagam dan ini adalah review kami tentang filem ini.

Penulisan A Quiet Place 2

Pada pendapat saya, penulisan untuk sekuel ini agak kurang berbanding filem pertamanya. Jika anda menonton filem pertama sebelum sekuel ini anda pasti akan dapat mengesan perbezaannya yang ketara.

Watak dalam filem ini sering membuat keputusan yang buatkan kita rasa kecewa dan mempersoalkannya. Mereka tau apa yang mereka perlu elak tetapi masih lagi membuat perkara yang menarik perhatian makhluk-makhluk tersebut. Saya rasa macam watak seperti dipaksa untuk bertindak begitu kerana plot. Ianya agak jelas semasa babak terakhir filem tersebut. Kita akan berulang alik antara tiga perspektif watak yang berada di lokasi berbeza. Ketiga-tiga perspektif ini disunting bersama untuk membina suasana yang tegang tetapi nampak seperti tidak kena pada naratifnya.

Selain itu, beberapa bahagian mengenai watak dan subplot seperti tidak dikembangkan dengan baik. Walaupun lore untuk dunia itu dikembangkan dengan baik tetapi ia masih boleh diterokai lagi. Secara keseluruhannya, A Quiet Place 2 mempunyai formula berbeza daripada filem pertama. Saya lebih suka A Quiet Place 1 kerana plotnya tetapi sekuelnya melakukan kerja yang bagus dalam mengembangkan lore dan perkara lain tentang dunia luar.

RelatedPosts

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

Filem ini juga tidaklah menyeramkan dan saya agak seronok apabila menontonnya. Jumpscare yang ada bukanlah semata-mata untuk menakutkan penonton.

Lakonan

Walaupun saya ada banyak perkara yang tidak puas hati mengenai watak dalam filem ini tetapi ia sebenarnya lebih bagus daripada filem seram yang lain. Pelakon telah membawa watak dengan baik untuk A Quiet Place 2.

Saya sangat suka persembahan watak perempuan yang pekak yang telah dilakonkan oleh Milicent Simmonds. Dia telah memainkan peranan yang penting berbanding filem yang lalu dan walaupun saya tidak setuju dengan beberapa keputusan yang dibuatnya, dia seorang watak yang memberikan banyak inspirasi. Untuk sesiapa yang minat dengan watak protagonis yang hebat, sila tengok filem ini.

Visual dan bunyi

Untuk visual A Quiet Place 2, saya tidak mempunyai banyak komen mengenainya kerana kebanyakkan adegan dalam filem ini berlaku pada waktu pagi jadi ia tidak mempunyai banyak sangat masalah. Pencahayaannya juga banyak menggunakan cahaya semula jadi dan kurang bermain dengan warna.

Reka bentuk bunyi filem ini memang terbaik. Walaupun kualiti penulisannya agak kurang tetapi dengan reka bunyi A Quiet Place 2 masih menjadikannya lebih baik daripada filem seram lain di luar sana. Kalau dibandingkan dengan filem pertama, filem ini lebih banyak bunyinya dengan dialog, tembakan dan banyak perkara lagi yang sememangnya bagus.

Walaupun anda tidak dapat melihat raksasa itu, bunyi pernafasannya menetapkan suasana dengan baik. Untuk aksi yang genting, bunyi alat muzik berjaya membina aksinya? Antara sebab kenapa filem ini sangat menarik adalah bunyi yang digunakan untuk menarik perhatian penonton.

Kesimpulan

Sejujurnya bagi saya, A Quiet Place 1 lebih baik daripada A Quiet Place 2. Tetapi itu tidak bermakna filem sekuel ini teruk. Saya seronok menontonnya. Ia tidak bosan dan semestinya menarik perhatian saya walaupun watak-wataknya melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Reka bentuk bunyinya sangat hebat dan filem ini betul membina daripada filem pertama secara naratif. Senang cerita, sekuel ini sangat berbaloi untuk korang tonton.

Jika anda ingin menonton A Quiet Place 2, anda boleh pergi ke panggung wayang berdekatan anda seperti GSC atau TGV. Jika anda ingin membaca review filem lain dari kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

A Quiet Place 2

8 Score

PROS

  • Reka bunyi yang sangat bagus.
  • Pengalaman menonton yang menarik
  • Perkembangan cerita yang bagus

CONS

  • Keputusan yang dibuat oleh watak

Review Breakdown

  • A Quiet Place 2 memang sebuah sekuel yang bagus dan anda pasti menyukainya walaupun watak-wataknya seperti dipaksa kerana penulisannya. 0
Tags: A Quiet Place 2review
Previous Post

Law dan Kid Telah Menaik Taraf Selepas “Awakened” Kuasa Devil Fruit

Next Post

ASUS Memperkenalkan Vivobook 13 Slate OLED (T3300), Laptop Detachable Pertama Dunia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!
Berita

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

May 8, 2025
Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini
Mobile

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

May 8, 2025
Next Post
ASUS Memperkenalkan Vivobook 13 Slate OLED (T3300), Laptop Detachable Pertama Dunia

ASUS Memperkenalkan Vivobook 13 Slate OLED (T3300), Laptop Detachable Pertama Dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd