Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Memperkenalkan Vivobook 13 Slate OLED (T3300), Laptop Detachable Pertama Dunia

haziq by haziq
November 3, 2021 - Updated on November 4, 2021
in Berita, Eksklusif, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
ASUS Memperkenalkan Vivobook 13 Slate OLED (T3300), Laptop Detachable Pertama Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS hari ini baru sahaja memperkenalkan  Vivobook 13 Slate OLED (T3300). Ia didatangkan dengan Windows 2 dalam 1 dan detachable laptop13.3-inci pertama di dunia. Vivobook 13 Slate OLED dilengkapi dengan skrin sentuh OLED ditambah pula dengan pemproses quad-core Intel®.

Vivobook 13 Slate OLED juga mempunyai gaya yang tersendiri dengan detachable keyboard dan cover stand yang boleh digerakkan sehingga 170 darjah. Ia juga dibekalkan dengan ASUS Pen 2.0 stylus, disimpan dengan kemas dalam pemegang pen magnet. Laptop ini juga boleh digunakan tanpa keyboard, memudahkan untuk menulis, menaip, atau menonton di mana-mana sudut yang selesa. Dalam majlis pelancaran, ASUS Vivobook 13 Slate OLED yang dilengkapkan bersama Windows 11 menjanjikan produktiviti terbaik, permainan yang santai dan pengalaman hiburan yang baik.


TV OLED Peribadi Anda

Vivobook 13 Slate OLED dilengkapi dengan skrin sentuh besar 13.3-inci OLED Dolby Vision, mampu memaparkan 1.07 bilion warna, mempunyai  skrin lebar 16:9 ratio, yang menyediakan pengalaman menonton skrin penuh apabila menonton filem dan rancangan TV. Ia juga disahkan dan diperakui oleh  PANTONE® dan DisplayHDR™ di mana mempunyai 100% DCI-P3 gred pawagam untuk warna yang tepat dan terang. Paparan OLED ini mempunyai masa tindak balas 0.2 milisaat yang pantas, dan ia juga menawarkan perlindungan mata yang jauh lebih baik, dengan paras cahaya biru yang lebih rendah secara semula jadi sehingga 70%. Sistem bunyi dari Dolby Atmos quad-speaker yang berkuasa juga didatangkan sekali sehingga 3.5 kali lebih kuat daripada speaker biasa. Dengan kehadiran WiFi 6 bersama ASUS WiFi Master, ia mampu memberikan sambungan yang lebih stabil dan lebih dipercayai.

RelatedPosts

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

Lakarkan setiap idea kreatif anda

Vivobook 13 Slate OLED menyerlahkan lagi hobi dan minat kreatif dengan skrin sentuh responsif dan ASUS Pen 2.0 yang berketepatan tinggi, dibantu dengan 4096 tahap tekanan, daya hujung pen 5-350 gram dan kadar pensampelan 266 Hz. Hujung pen juga boleh ditukar dalam 4 saiz mimic pensil berbeza iaitu 2H, H, HB dan HB yang memberikan rasa yang sebenar sewaktu melukis dan melakar. Pengecasan lebih mudah apabila mengunakan pengecas jenis USB-C dan apabila dipasangkan melalui Bluetooth®, butang pintasan menyediakan fungsi satu klik intuitif, yang mampu mengambil tangkapan skrin atau menavigasi ke halaman seterusnya sewaktu dalam pembentangan.

PC yang Bergaya

Vivobook 13 Slate OLED cemerlang dalam tugas apabila mempunyai detachable full-size keyboard. Ia dipasang secara magnetik dan mempunyai jarak kunci sehingga 19.05 mm, untuk mendapat pengalaman menaip yang selesa sama seperti papan kekunci standard yang lain dengan key travel yang panjang, iaitu 1.4 mm. Prestasi yang pantas dan lancar disediakan oleh pemproses Intel quad-core 3.3 GHz, dengan komponen 256 GB PCIe® Gen 3.0 x4 SSD dan 8GB RAM LPDDR4X. Terdapat dua port USB-C, audio jack dan pembaca kad mikroSD sedia. Untuk log masuk sentuhan pantas, terdapat penderia cap jari pilihan pada butang kuasa. Kadar pengecasan juga pantas iaitu 69% selama 39 minit dengan kapasiti bateri sebanyak 50 Wj.

Panggilan video yang lebih jelas

Tiada yang lebih memalukan daripada panggilan video yang bising dan kabur. Itulah sebabnya Vivobook 13 Slate OLED mempunyai dua kamera, 5 MP di hadapan untuk panggilan video yang jelas dan kamera belakang 13 MP untuk mengambil gambar atau video yang hebat. Ditambah pula dengan Audio Pembatalan Bunyi AI, yang mampu mengendalikan mesyuarat dengan jelas, walaupun terdapat ramai orang di dalam bilik.

Edisi Eksklusif dari Artis Ternama

Sebagai tambahan kepada model standard, peranti ini juga akan tersedia dalam dua Edisi Artis yang menarik dan eksklusif. Akan datang pada awal 2022, Edisi Artis direka bentuk dengan kerjasama bersama Steven Harrington dan Philip Colbert. Steven Harrington ialah artis kontemporari California yang menawarkan reka bentuk unik, diilhamkan oleh karya seninya. Edisi Artis Philip Colbert adalah karya surealis oleh artis kontemporari yang berpangkalan di London.

Ketersediaan & Harga

ASUS Vivobook 13 Slate OLED akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Anda boleh menyemak maklumat lanjut di laman web rasmi Asus.

Spesifikasi

[wpdatatable id=48]
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusVivobook 13 Slate OLED
Previous Post

[Review] A Quiet Place 2 – Sekuel hebat tetapi penuh persoalan

Next Post

Review Naraka: Bladepoint – Pertempuran shaolin versi multiplayer!

haziq

haziq

Minat yang mendalam terhadap game dan anime hingga membuatkan menjadi wartawan gaming. Bermain game dari zaman belajar sehingga kini. Bermain dalam semua jenis MOBA dan Gacha game.

Related Posts

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Berita

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

July 3, 2025
My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!
Berita

My Hero Academia: All’s Justice – Fighting Game Baharu Memfokuskan Pada Final Arc!

July 3, 2025
Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

Next Post
Review Naraka: Bladepoint – Pertempuran shaolin versi multiplayer!

Review Naraka: Bladepoint - Pertempuran shaolin versi multiplayer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd