Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Returnal akan keluar di PC Steam/Epic Games pada 15 Februari – Spec PC lengkap diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam
0 0
0
Returnal akan keluar di PC Steam/Epic Games pada 15 Februari – Spec PC lengkap diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony PlayStation mengumumkan bahawa Returnal versi PC akan dilancarkan secara rasmi melalui Steam dan Epic Games Store pada nilai harga RM 249 bermula 15 Februari. Buat sesiapa yang pre-order, korang akan menerima akses awal kepada item in-game berikut:

  • Senjata Electropylon Driver
  • Senjata Hollowseeker
  • Satu Reflex Stimulant
  • Satu artifak Pulsating Mass
  • Satu Adrenaline Booster

Sesiapa yang link akaun Steam mereka dengan akaun PlayStation Network akan memperoleh pakaian ASTRA Model 9 Prototype Suit dan ASTRA Model 14 Tactical Suit.

Bagi mereka yang tidak kenal dengan Returnal, ini adalah game “third-person shooter roguelike” buatan Housemarque yang asalnya dilancarkan pada 30 April 2021 di PS5. Selepas dikeluarkan, game ini dipuji oleh para kritik untuk grafik visual, bahagian pertempuran, reka bentuk audio dan pencapaian teknikalnya yang hebat lantas menjadi salah satu game paling hebat pada 2021.

Kini Returnal akan tiba di PC. Jadi apa kelebihannya di platform ini?

Ciri-ciri Returnal PC

  • 5x tetapan grafik disertakan, bersama metrik prestasi in-game yang menunjukkan FPS, GPU, CPU dan latency.
  • Nisbah aspek 16:10, Ultrawide (21:9) dan Super Ultrawide (32:9) menawarkan medan pandangan lebih luas – semuanya dalam 4K.
  • Pantulan dan bayang-bayang ray-tracing menambahkan lapisan visual baharu —semuanya boleh diubah suai.
  • Teknologi peningkatan prestasi seperti DLSS NVIDIA dan NVIDIA NIS, serta FSR (2) AMD, turut tersedia.
  • Juga menyokong DualSense untuk mengalami efek haptic feedback dan dynamic trigger seperti di PS5.
  • Pilihan accessibility ditambah.
  • Menambah sokongan Dolby Atmos, dapat memilih jenis sokongan Audio 3D

Spesifikasi Returnal PC:

Game ini berlatarkan di fiksyen sains futuristik di mana pemain mengawal Selene Vassos – seorang juruterbang angkasa lepas, dilengkapi dengan sut dan bersenjatakan senjata berteknologi tinggi, yang terdampar di planet asing bernama Atropos dan terperangkap dalam time loop.

Selepas setiap kematian, Selene akan hidup semula dan perlu merentasi persekitaran asing dan memerangi entiti luar angkasa di dunia yang sentiasa berubah.


Untuk membaca segala liputan kami tentang Returnal termasuk review kami, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Returnal
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Housemarque
Release Date: 2021-03-19
PlayStation 5
Returnal adalah permainan "third-person shooter" yang menampilkan elemen "roguelike". Berlangsung pada zaman futuristik, pemain akan mengawal Selene, seorang juruterbang angkasa yang dilengkapi dengan senjata berteknologi tinggi. Dia terdampar di planet asing dan terperangkap dalam lingkaran waktu. Selepas mati, dia akan dihidupkan semula, lalu harus teroka persekitaran asing dan memerangi entiti luar di dunia yang sentiasa berubah.
Tags: epic games storePCReturnalsteam
Previous Post

M3GAN 2 Diumumkan Secara Rasmi! Dijadualkan Untuk Tayangan Pada 2025!

Next Post

Dragon Quest Champions diumumkan untuk iOS/ Android, ada mode battle royale ala PUBG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Dragon Quest Champions diumumkan untuk iOS/ Android, ada mode battle royale ala PUBG!

Dragon Quest Champions diumumkan untuk iOS/ Android, ada mode battle royale ala PUBG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd