Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Respawn mengumumkan Apex Legends Mobile untuk Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 20, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Respawn mengumumkan Apex Legends Mobile untuk Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan pelbagai jenis kandungan baru untuk Apex Legends “Season 9“, Respawn memberi satu kejutan terakhir dalam sebuah blog post di laman web rasmi permainan. Pengarah Apex Legends, Chad Grenier, mendedahkan bahawa akhirnya- Apex Legends Mobile sedang dalam pembikinan dan akan memulakan ujian beta serantau tidak lama lagi!

Grenier mengesahkan ujian beta serantau pertama untuk Apex Legends Mobile akan bermula pada hujung bulan ini. Menurut beliau, pasukan pembangunan ingin memastikan “semuanya kecil pada awal pelancaran” dan akan melancarkan beta untuk pemain di India dan Filipina. Bagi mereka yang ingin mencuba, jangan sedih! Respawn merancang untuk memperkenalkan permainan ini ke lebih banyak wilayah dan negara-negara lain di seluruh dunia.

Seterusnya, Grenier menjelaskan bahawa permainan mempunyai naratif yang berbeza dengan versi PC/konsol. Dalam blog post tersebut, Grenier menyatakan bahawa, “ia adalah versi baru Apex Legends” tetapi menegaskan yang versi mudah alih ini akan cuba setia dengan versi asli. Apex Legends Mobile juga direka khusus untuk penggunaan skrin sentuh, dan akan merangkumi kawalan dan pengoptimuman yang lancar untuk peranti mudah alih.

Blog post ini diakhiri dengan bahagian Soalan Lazim yang merangkumi beberapa soalan penting untuk peminat. Bagi mereka yang tertanya “bila Apex Legends Mobile akan keluar di wilayah lain?”, Respawn menjawab bahawa ujian beta pertama di India dan Filipina akan bermula pada musim bunga 2021 di peranti Android sahaja. Pasukan akan meneruskan ujian ini dan akhirnya memperluas saiz dan wilayah ujian tersebut, serta melaksanakan sokongan iOS.

Selain itu, bahagian Soalan Lazim juga mengesahkan bahawa permainan adalah free-to-play, tetapi tidak akan menampilkan fitur “cross-play” seperti di PC atau konsol. Akhir sekali, bahagian Soalan Lazim mendedahkan bahawa pasukan juga sedang mengusahakan permainan bersama “rakan lain” tetapi tidak mendedahkan butiran lebih lanjut. Adakah ia Tencent? Saya pun tidak pasti. Kita hanya mampu menunggu sahaja sehinggalah Respawn memberi maklumat baru Apex Legends Mobile.

Untuk segala liputan kami tentang Apex Legends, sila tekan pautan ini.

Sumber – EA

Tags: AndroidApex LegendsApex Legends mobileiOSrespawnujian beta
Previous Post

Sony menarik semula penutupan perkhidmatan PS3 dan Vita di PlayStation Store

Next Post

Gameplay Showcase Resident Evil Village mendedahkan Musuh, persekitaran dan kombat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Gameplay Showcase Resident Evil Village mendedahkan Musuh, persekitaran dan kombat

Gameplay Showcase Resident Evil Village mendedahkan Musuh, persekitaran dan kombat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd