Resident Evil Village Gold Edition akan tersedia pada 28 Oktober 2022 untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam. Winters’ Expansion juga akan dikeluarkan pada tarikh yang sama. Berita baiknya, pra-tempah untuk kedua-duanya telah bermula hari ini!
Sempena dengan itu, trailer baru untuk Resident Evil Village Gold Edition dan DLC Winters’ Expansion telahpun dilepaskan! Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.
Stage terbaru untuk The Mercenaries
The Mercenaries ialah mod game tambahan yang penuh aksi, yang boleh dimainkan selepas menyelesaikan cerita utama. Lawan raksasa dari perspektif first-person. Stage baru telah ditambah untuk meningkatkan fleksibiliti mod dan gameplay.
- The Bloody Village
- The Bloody River
- Satu lagi stage baru. Syarat untuk membukanya tidak diketahui dan musuh yang sangat mencabar sedang menunggu pemain.
The Bloody Village The Bloody River
Tiga watak baru akan ditambah!
Beberapa watak ikonik Resident Evil telah ditambahkan berserta kebolehan yang dimiliki untuk digunakan. Berikut adalah watak-wataknya:
- Chris Redfield
- Target Locator
- Straight Punch
- Heisenberg
- Hammer Slam
- Soldat Jet
- Magnetic Field
- Alcina Dimitrescu
- Slicing
- Thrill
- Summon Daughters
Pra-tempah datang dengan bonus terhad “Street Wolf Outfit”

Pra-tempah Resident Evil Village Gold Edition, anda boleh mendapatkan bonus terhad: Street Wolf Outfit. Pakaian alternatif yang boleh dipakai oleh Rosemary Winters dalam cerita baru yang disertakan dengan Winters’ Expansion, Shadow of Rose. Pakaian itu mempunyai lambang unit yang Hound Wolf elit milik Chris Redfield. Jadi jangan lepaskan peluang ini! Untuk dapatkan liputan lain mengenai Resident evil daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post