Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil Requiem Kongsi Info Baharu Melalui Developer Diary – Watak Utama, Cerita & Visual
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengeluarkan sebuah developer diary berdurasi lapan minit bertajuk “Creators’ Message” untuk Resident Evil Requiem, entri kesembilan dalam siri utama francais survival horror ikonik ini.

Dalam diari tersebut, pengarah Koshi Nakanishi, pengarah seni Tomonori Takano, serta penerbit Masachika Kawata dan Masato Kumazawa berkongsi pelbagai maklumat baharu yang menekankan pengalaman seram berteraskan “ketakutan yang membuatkan pemain ketagih”.

Resident Evil Requiem berlatar 30 tahun selepas kerajaan A.S. melancarkan peluru berpandu Sterilization Missile ke atas Raccoon City bagi membendung wabak t-virus. Game ini berperanan sebagai eulogi kepada watak-watak yang terkesan oleh tragedi tersebut.

Kali ini, siri ini memperkenalkan watak baharu, Grace Ashcroft, seorang penganalisis risikan FBI yang jauh berbeza daripada barisan watak-watak utama dalam game-game terdahulu.

Grace digambarkan sebagai seorang yang pendiam dan mudah panik, namun kehadirannya menawarkan sudut pandang baharu yang lebih peribadi dan rapat dengan pemain.

Sepanjang permainannya, Grace berdepan ketakutan yang mendalam dan cuba mengatasinya melalui latihan senjata dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan ketika berdepan situasi genting. Menurut Nakanishi, “Ketakutan Grace mencerminkan ketakutan pemain, menjadikan setiap saat lebih berkesan.”

Pasukan pembangunan juga menekankan tahap realisme tinggi dalam reka bentuk Grace. Takano memberi contoh seperti kemerahan pada wajahnya ketika tergantung secara terbalik dan gerakan rambut yang kelihatan semula jadi, hasil daripada penggunaan rambut palsu khas sebagai rujukan visual.

Buat pertama kali dalam sejarah siri ini, pemain boleh bertukar dengan mudah antara pandangan first-person dan third-person.

Mod pandangan first-person memberikan pengalaman seram yang lebih dekat, manakala pandangan third-person dari sudut bahu lebih sesuai untuk aksi yang lebih aktif — memenuhi kehendak pelbagai jenis pemain. “Kami mahu memberikan kebebasan kepada pemain untuk alami seram mengikut cara mereka sendiri,” ujar Kawata.

Game ini akan dilancarkan pada 27 Februari 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Resident Evil Requiem.

ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds Title Update 2 Membawa Masuk Lagiacrus, Seregios & Ciri Baharu Bermula 30 Jun

Next Post

Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!

Gameplay Baharu PRAGMATA - Hack Musuh Untuk Menyerang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd