Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer umum Kaira Pro HyperSpeed & Hammerhead HyperSpeed, reka khas untuk gaming next-gen!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2022
in Aksesori, Artikel, Audio, Berita, Teknologi
0 0
0
Razer umum Kaira Pro HyperSpeed & Hammerhead HyperSpeed, reka khas untuk gaming next-gen!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara RazerCon hari ini, Razer telah mendedahkan tiga tambahan baru pada produk audio mereka iaitu Kaira HyperSpeed, Kaira Pro HyperSpeed dan Hammerhead HyperSpeed. Direka untuk pengguna alami sesi audio lebih hebat, berikut adalah isi kandungan bagi setiap produk:

Kaira HyperSpeed/Kaira Pro HyperSpeed

Barisan produk Razer Kaira telah bertambah dengan pengenalan Kaira HyperSpeed dan Kaira Pro HyperSpeed baharu, yang merupakan headset wayarles yang dibina untuk pelbagai platform.

Menampilkan teknologi Razer HyperSpeed, kedua-dua headset boleh dicucuk melalui sambungan wayarles 2.4GHz yang memenuhi permintaan permainan kompetitif pada pelbagai platform dan jangka hayat bateri selama 30 jam. Razer Kaira Pro HyperSpeed juga menampilkan maklum balas haptik yang dikuasakan oleh Razer HyperSense, supaya pemain dapat “merasakan apa mereka mendengar.”

Seluruh produk Kaira baru menampilkan driver Razer TriForce Titanium 50mm dengan diafragma bersalut titanium untuk kejelasan tambahan dan julat audio penuh, serta mikrofon Razer HyperClear Supercardiod ENC yang boleh ditanggalkan, untuk memastikan pengguna boleh mengalami pengalaman komunikasi yang jelas semasa bermain.

Razer Kaira Pro HyperSpeed (PlayStation Licensed) akan tersedia pada 15 Oktober 2022 di Razer.com dan di peruncit terpilih. Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila tekan SINI.

Razer Hammerhead HyperSpeed

Direka untuk gaming on-the-go, Razer Hammerhead HyperSpeed ialah earbud wayarles gred gaming untuk pelbagai platform dengan teknologi “active noise cancellation” (ANC) untuk pengalaman audio tanpa gangguan dan kebebasan tanpa tali.

Menampilkan dua mikrofon “environmental noise cancelling” (ENC) untuk kejelasan vokal semasa berkomunikasi dalam game atau dalam panggilan, Hammerhead HyperSpeed dikuasakan oleh Razer Chroma RGB, dan mempunyai jangka hayat bateri selama 30 jam dengan bekas pengecasan yang disertakan untuk kegunaan sepanjang hari.

Bersama sambungan 2.4GHz (dengan dongle Type C yang disertakan) atau Bluetooth 5.2, pemain dapat menghilangkan gangguan untuk bermain di mana-mana dan pasang ke mana-mana dari konsol ke mobile.

Hammerhead HyperSpeed (PS)
Hammerhead HyperSpeed (Xbox)

Bukan itu sahaja, Razer Hammerhead HyperSpeed tersedia dalam jenis PlayStation dan Xbox! Untuk maklumat lanjut, sila lihat di SINI. Produk ini akan tersedia pada November 2022 di Razer.com dan di pengedar terpilih.


Untuk membaca segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.

Tags: audioRazer Hammerhead HyperSpeedRazer Kaira Pro HyperSpeed
Previous Post

Jom Strim Dengan Penuh Gaya! Perkenalkan Razer Kraken Kitty V2 Pro dan Razer Blue Screen!

Next Post

Nak Masuk Industri Game? Fahami Proses Untuk Mendapatkan Kerja Dalam Industri! [IGDX 2022]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
Nak Masuk Industri Game? Fahami Proses Untuk Mendapatkan Kerja Dalam Industri! [IGDX 2022]

Nak Masuk Industri Game? Fahami Proses Untuk Mendapatkan Kerja Dalam Industri! [IGDX 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd