Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer mengumumkan Blade 14, 15, & 17 varian 2022 – miliki GPU RTX 30 Series & memori DDR5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Razer mengumumkan Blade 14, 15, & 17 varian 2022 – miliki GPU RTX 30 Series & memori DDR5!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer memulakan 2022 dengan model laptop gaming Blade baru termasuk Razer  Blade 14, Razer Blade 15 dan Razer Blade 17 yang dilengkapi dengan NVIDIA® GeForce RTX™ 30 sehingga  RTX 3080 Ti, Windows 11, dan memori DDR5 yang memberikan kelajuan sehingga 4800MHz. Selain itu, teknologi Max-Q generasi ke-4, dengan CPU Optimizer, Rapid Core Scaling dan Battery Boost 2.0, meningkatkan lagi kecekapan, prestasi dan hayat bateri. 

Razer Green sepanjang jalan

Razer Blade 14, 15 dan 17 dikuasakan oleh kedua-dua AMD®️ dan  Intel®️. Blade 14 kembali dengan pemproses AMD Ryzen™ 6000 Series di mana setiap konfigurasi menawarkan pemproses Ryzen™ 9 6900HX. 

Blade 14

Kedua-dua Blade 15 dan Blade 17 pula dilengkapi dengan pemproses 12th Gen Intel Core™ H-Series sehingga Intel Core™ i9-12900H dengan kiraan 14 teras baharu. Pemproses Intel Core i9  akan melihat frekuensi berkelajuan tinggi sehingga 5.0GHz dan memori 16GB DDR5 untuk mengatasi generasi sebelumnya. 

Model Blade baharu memaparkan reka bentuk papan kekunci yang diperbaharui,  dengan kekunci yang lebih besar sedikit, untuk menjadikan pengalaman menaip lebih ergonomik. Reka bentuk baru juga termasuk pembesar suara potongan laser, reka bentuk engsel yang diperbaiki dengan profil yang lebih nipis dan pengudaraan tambahan dengan kaki getah untuk mencipta saluran penyejukan.

Blade 15

Dengan MUX Switch baru, Blade 14 mempunyai salutan kalis cap jari dan kamera web IR 1080p yang menyokong Windows Hello.

Kuasa, Prestasi & Kesempurnaan

Blade 17

Selain menawarkan chipset terkini daripada NVIDIA GeForce dan Intel, Razer Blade 15  kembali dengan paparan canggih untuk memanfaatkan sepenuhnya perkakasan terkini. Blade 15 menawarkan konfigurasi Full HD 360Hz dan QHD  240Hz, serta konfigurasi UHD 144Hz serba baharu. Paparan Gred IPS baharu menampilkan refresh rate yang dipertingkatkan, berbanding generasi 60Hz sebelumnya, dan meliputi 100% gamut warna DCI-P3, untuk memberikan kejelasan dan kontras yang luar biasa.

Razer Blade 17 mempunyai lapan pembesar suara dan bateri 82WHr yang lebih besar. Apabila membawa Blade 17 di luar, perjalanan kini lebih mudah dengan pengecas 280W berkuasa GaN dalam saiz yang mudah alih.

Ciri Klasik & Razer Care Lanjutan

Barisan baharu Razer Blade 14, 15 dan 17 semuanya mempunyai Windows®️ 11, dengan faedah lazimnya termasuk DirectStorage, Xbox GameBar dan Xbox Game Pass. Bahagian tepi setiap Razer Blade terdiri dari pelbagai input, bergantung pada casis, dan antaranya adalah USB-C, HDMI 2.1, pembaca kad SD UHS-II dan lain-lain

Papan kekunci ketiga-tiga Razer Blade dikuasakan oleh Razer Chroma RGB yang boleh diubahsuai untuk produktiviti atau gaming manakalala pembesar suara menyediakan audio 360 darjah  apabila mendengar filem, muzik atau game dengan THX® Audio Spatial pada mana-mana headset analog atau pembesar suara di peranti.

Selain itu, generasi baharu Razer Blade menawarkan waranti bateri lanjutan sehingga 2 tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Razer Blades serba baharu, sila tekan SINI. 

Harga & Ketersediaan

Kesemua laptop gaming Razer Blade di atas akan tersedia  untuk pra-pesan di Razer.com, lokasi Razer Store dan pengedar terpilih pada awal tahun 2022. Berikut adalah harga dan bila ia tersedia:

Razer Blade 14: $1,999.99 (anggaran RM8,371.96) – 10 Februari

Razer Blade 15: $2,499.99 (anggaran RM10,464.96) – 25 Januari 

Razer Blade 17: $2,699.99 (anggaran RM11,302.16) – 25 Januari

Tags: 2022laptop gamingrazerRazer Blade
Previous Post

Ini perkara penting yang anda perlu tahu tentang Jian Xia Qing Yuan R! Muat turun sekarang!

Next Post

Acer Swift X 2022 datang dengan GPU Intel Arc yang baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Acer Swift X 2022 datang dengan GPU  Intel Arc yang baru!

Acer Swift X 2022 datang dengan GPU Intel Arc yang baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd