Lepas kejadian dengan acara komuniti baru-baru ini, Genshin Impact lagi sekali diserang peminat yang memberikan review rendah pada permainan itu di Google Play. Review tersebut diberikan sebagai tanda protes peminat selepas mendapat ganjaran ulang tahun yang tidak memuaskan pemain.

Genshin Impact di Google Play Store yang mempunyai rating 4.6 sebelum ini telah menurun antara 1.9 dan 2.5 selepas diserang oleh peminat. Ini merupakan penurunan mendadak kurang dari dua minggu. Terdapat dua sebab kenapa penurunan ini terjadi. Pertama, pemain berasa marah apabila pembangun MiHoYo yang menyambut ulang tahun pertama Genshin Impact dengan teruk. Kedua pula, review yang ditinggalkan pemain rata-ratanya negatif dan sebilangan dari mereka mengungkit ganjaran tidak seberapa yang diterima mereka.

Setakat ini, ganjaran login untuk ulang tahun pertama Genshin Impact hampir setaraf dengan login bonus acara permainan sebelum ini. Acara ini memberikan pemain 10 wish bersamaan dengan 1600 primogem. Permainan ini telah acara web dan pertandingan seni yang menjengkelkan pemain yang sudah kecewa.
Genshin Impact bukan satu-satunya permainan MiHoYo yang menjadi sasaran bom review ini. Honkai Impact 3rd, yang dilancarkan beberapa tahun sebelum Genshin Impact juga menerima review satu bintang tetapi penilaian keseluruhannya masih kekal pada 4.3 bintang. Jumlah itu dua kali lebih tinggi dari Genshin Impact ketika ini.

Serangan ini bukan hanya terjadi di Google Play malah akaun rasmi Discord Genshin Impact juga di spam oleh pengguna menggunakan sticker emote tersedia untuk menunjukkan kekecewaan mereka. Video promosi terbaru yang dikeluarkan di saluran rasmi Youtube juga menerima bilangan dislike yang tinggi. Video yang ditonton lebih dari sejuta itu telah menerima 95 ribu like dan 39 ribu dislike.
Polisi review untuk Google Play ada melarang pengguna untuk meninggalkan ulasan palsu, tidak tepat, berulang dan ulasan yang mengelirukan. Tetapi kebanyakkan pemain permainan itu nampak seperti memenuhi kriteria tersebut. Jadi, Genshin Impact akan terpaksa membuang review tersebut untuk memulihkan rating permainan itu kembali. Lagi-lagi sambutan ulang tahun pertama permainan itu dan perkara ini merupakan sesuatu tidak dijangka oleh pemain dan sudah semestinya MiHoYo.
Sumber: Gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post