Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RASMI! Netflix One Piece live-action dapat Season 2 bersama kemunculan Chopper!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
RASMI! Netflix One Piece live-action dapat Season 2 bersama kemunculan Chopper!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita rasmi, Netflix telah memperbaharui siri One Piece live-action untuk Season 2! Sejak tayangan perdananya pada 31 Ogos, One Piece telah mendahului carta Netflix dan kini pencipta siri telah mengesahkan berita yang kita semua berharap untuk dengar.

NAKAMA!!! 🏴‍☠️👑 It fills us with great joy to give you this message directly from Oda-Sensei. ⛵️ #OnePieceNetflix #OnePieceLiveAction pic.twitter.com/X8ZOLPkaXD

— ONE PIECE(ワンピース) Netflix (@onepiecenetflix) September 14, 2023

Khususnya, Eiichiro Oda selaku pencipta One Piece mengesahkan berita ini dalam video khas melalui Transponder Snail — bahawa adaptasi aksi langsung akan kembali dengan pengembaraan baharu. Malangnya, jumlah episod, butiran cerita dan tarikh keluaran tidak didedahkan tetapi akan dikongsi kemudian.

Bak kata Oda-sensei;

“Saya menghabiskan masa yang lama bekerja [One Piece] dengan Netflix dan Tomorrow Studios.”

“Nampaknya orang di seluruh dunia telah menikmati rancangan ini yang menjadikan kerja keras daripada pasukan produksi benar-benar berbaloi. Dua minggu selepas pelancaran, saya telah menerima berita bagus. Netflix memutuskan untuk memperbaharui rancangan itu.”

Kredit: Netflix

Selain daripada mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka, Oda-sensei — yang juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif untuk siri aksi langsung ini — mengusik bahawa;

“Mulai sekarang, nampaknya Straw Hat memerlukan doktor yang hebat… Kita lihat!”

Sebagai tambahan, beliau turut melukis Tony Tony Chopper yang bakal menjadi ahli terbaru untuk krew itu.

Kredit: Netflix

Tanpa memberi spoiler kepada peminat baru, Tony Tony Chopper memegang peranan Doktor di dalam krew Luffy. Mereka bertemu apabila Luffy dan rakan-rakan singgah di Drum Island, dan di situlah Chopper mula diperkenalkan. Pada masa itu, dia bekerja di bawah Dr. Kureha, seorang wanita tua yang bertindak sebagai mentor dan ibu angkat kepada Chopper.

Dengan kemunculan Chopper tidak lama lagi ke One Piece live-action Season 2, ramai peminat anime tertanya-tanya sama ada dia akan dihidupkan sepenuhnya oleh grafik komputer atau jika siri ini akan bergantung pada prostetik untuk membawa rupa rusa tersebut ke “dunia sebenar”.

Kredit: Netflix

Jika berminat, jangan lupa untuk tonton One Piece live-action sekarang! Setakat minggu ini, One Piece ialah rancangan #1 di seluruh dunia di Netflix dengan 37.8 juta tontonan dalam masa kurang dua minggu sejak ia dikeluarkan. Siri ini juga mencapai Top 10 di 93 negara, dan memulakan debut di #1 dalam 46 negara, termasuk Malaysia.

Tags: live-actionnetflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

GUNDAM Metaverse Jalankan Beta Oktober Ini! Hanya di Jepun & Amerika Sahaja!

Next Post

Aquaman and the Lost Kingdom Dedahkan Trailer Rasmi! Black Manta Kembali Dengan Trident Berkuasa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Aquaman and the Lost Kingdom Dedahkan Trailer Rasmi! Black Manta Kembali Dengan Trident Berkuasa!

Aquaman and the Lost Kingdom Dedahkan Trailer Rasmi! Black Manta Kembali Dengan Trident Berkuasa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd